Monday, July 06, 2009

Kelihatan mendung sahaja di Segaham petang ini dan diiringi dengan hujan rintik-rintik, cuaca yang dikira baik untuk mencari ikan di Sungai Baban mahupun sungai-sungai kecil lain yang mengalirkan air ke Batang Rajang. Aku dikira bernasib baik hari ini dapat mengajar jika peristiwa semalam dijadikan ikhtibar apabila enjin berkuasa kuda 15 kepunyaan Apok rosak secara tiba-tiba dan aku kira ia masih lagi rosak. Nasib baik kami masih berada berhampiran dengan muara Sungai Baban masih dikira mudah untuk mendayung pulang.
-
Jika kami sudah berada di hulu bersama muatan ikan dan cuma pulang pada jam 6.00 petang (sudah dikira malam di sini) mungkin aku terpaksa bermalam sahaja di tepi sungai kerana berada sangat jauh dari Batang Rajang. Keadaan pokok hutan di kiri dan kanan yang kadang kala dapat bertemu menutup awan di kawasan sungai akan menyukarkan perjalanan pulang dan aku pun sendiri bangang sangat semalam kerana tidak membawa pemetik api dan lampu suluh seperti biasa. Jika namaku tercatat pada media cetak hari ini sudah tentu aku tidak dapat memaafkan diriku kerana melakukan kesalahan asas ikhtiar hidup.

1 comment:

Pakwar said...

sayang saya tak dapat rasa itu semua semasa di Belaga dulu. Teruskan bro