Sunday, July 12, 2009

Kuku jari kaki kiri dan kanan aku sudah mula pecah-pecah akibat latihan sebelum ini kerana permukaan padang yang tidak rata. Maka aku terpaksa menukar mod larian iaitu berfikir seperti murid-murid di sini dengan berkaki ayam, ternyata ia memberikan kesan yang baik dalam catatan masa iaitu 10 minit lebih cepat daripada minggu lepas. Ini adalah kali pertama dalam sejarah aku berkaki ayam sejauh 10,000 meter walaupun terasa ringan namun kesan kepada keseluruhan kaki tidaklah bagus kerana terasa sengal-sengal selepas 12 jam. Ini disebabkan dengan berkaki ayam ia tidak dapat menyerap tekanan dengan baik seperti memakai running shoes walaupun berlari di atas tanah.

No comments: