Hari-hari yang sangat memenatkan kerana selepas waktu persekolahan aku ke Sg. Luyu Ma’au untuk melakukan kerja-kerja pembinaan empangan air bersih untuk sekolah dan Rumah Panjang Kejaman. Lebih daripada 100 tenaga kerja diperlukan untuk menanam paip sejauh 8km dan membina empangan simen di atas jeram Sg. Luyu Ma’au. Kerja-kerja yang dilakukan ialah menebas, menggali parit, meluruskan paip, mengangkat simen dan pasir, menebang pokok untuk membuat acuan empangan dan makan buah kelubi (hanya aku sahaja yang melakukan ini). Keadaan hujan lebat tambah menyukarkan kerja-kerja tersebut kerana jalan yang lecak untuk ke bukit tersebut.
Friday, October 30, 2009
Tuesday, October 27, 2009
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:17 AM 1 comments
Sunday, October 25, 2009
Pagi yang paling mencabar dalam hidup aku setelah ditolak Projek Trans Titiwangsa dua tahun lepas. Aku yang sepatutnya berjongging pada jam 6.45 pagi sudah menjadi debat di antara aku dengan seorang pelancong Portugis yang datang melawat ke sekolah. Beliau seorang Professor yang melihat dunia dari segi sains dan tidak percaya dengan kewujudan tuhan, selama lebih satu jam aku hendak memberi dia faham kenapa Adam diciptakan tetapi semuanya menjadi sukar bila Teori Darwin menjadi pegangannya. Dan sehingga pengakhiran beliau tidak tahu kenapa beliau hidup di muka bumi!.
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:04 AM 3 comments
Saturday, October 24, 2009
Kedatangan YB Liwan ke Rumah Kejaman di sambut dengan meriah oleh semua pihak dan kelihatan ia melambangkan kesaratan budaya Orang Ulu dalam meraikan tetamu. Tidak ketinggalan beberapa pelancong asing yang datang menjayakan program tersebut. Mereka memberikan kredit kepada anak-anak kecil di sini dapat berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Inggeris simple cuma agak kecewa melihat mereka terjebak dengan alkohol dan rokok dalam usia yang agak muda terutama bila mereka berjalan di Pekan Belaga.
Budaya bercakap panjang lebar dalam setiap program juga memberi ketidak selesaan kepada mereka termasuk diri aku sendiri. Kita harus memahami keadaan di sini bukannya senang untuk YB, Ahli Majlis Daerah dan Pegawai Daerah datang di tempat yang sangat ceruk begini. Cuma inilah masanya mereka dapat bertemu dengan rakyat berbincang dari hati ke hati dan memberikan maklumat yang betul dan lengkap. Alhamdulilllah pelbagai masalah kekurangan kemudahan asas dapat diselesaikan seperti bekalan air, gelanggang sukan dan rumah ibadat.
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:23 AM 0 comments
Thursday, October 22, 2009
PIBG melahirkan hasrat besarnya untuk menggantikan sumber air yang ada dengan empangan yang baru seluas 24 kaki persegi berkongsi dengan Rumah Panjang Kejaman. Projek Hidroeletrik Bakun memberikan RM300 ribu untuk tujuan di atas berdasarkan tanggungjawab sosialnya kerana kesan projek mega tersebut. Duit tersebut akan diagih-agihkan kepada 7 kawasan yang berhampiran Batang Rajang dari Segaham sehingga ke Punan Bah. Kemungkinan besar apabila projek mega tersebut mula beroperasi tiada lagi kemudahan bot ekspress dari Sibu ke Bakun.
Posted by Maswafi Abd Samat at 10:15 AM 0 comments
Wednesday, October 21, 2009
Aku sudah berada di Segaham sejak malam Ahad lagi itupun di atas kesanggupan Marcus dan Cikgu Melvin yang menunggu aku di jelatong Belaga walaupun sudah lewat sampai. Hujan turun mencurah-curah hingga air yang sudah lama tidak naik bilik air naik untuk pertama kali dalam tempoh 3 bulan. Adakah musim kemarau akan berakhir? Tiada siapa yang tahu kerana walaupun hujan turun dengan lebat dan menurunkan suhu ke paras yang rendah cuaca pada siang hari sangat panas seperti biasa hingga menyebabkan ramai murid-murid yang sakit.
Agak terkejut juga kami dengan kehadiran Angkasawan Negara ke tempat kami hingga menyebabkan sekolah dalam keadaan kecoh selama 10 minit dua hari lepas. Siapa sangka beliau akan singgah ke Segaham atau di tempat yang terpencil seperti ini dalam programnya bersama Projek Hidroeletrik Bakun.
Posted by Maswafi Abd Samat at 9:57 AM 0 comments
Saturday, October 17, 2009
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:20 PM 2 comments
Friday, October 16, 2009
Perjalanan temuduga pengesahan perjawatan yang memastikan aku berada pada tahap standard minimum sebagai seorang professional sudahpun berjaya ditempuhi di Kapit. Dalam perjalanan pulang ke Segaham aku mengambil peluang melawat di Kanowit, aku dikira bernasib baik kerana mempunyai ramai kawan di sini untuk melakukan penjelajahan.
Pekan Kanowit aku kira sebesar pekan Bidor di Perak, ia mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk menjadi sebuah bandar. Ia sebuah pekan yang unik kerana boleh dihubungi dengan jalan jalan darat untuk ke Sibu serta jalan air ke Kapit dan Sibu (Batang Rajang). Kawasan di sini kebanyakannya tanah pamah dan ditanami dengan pokok buah seperti durian dan dabai, terdapat juga banyak tanaman kontan seperti jagung dan tebu ditanam di sepanjang tepi jalan yang mempunyai sistem perparitan yang baik pernah aku lihat di Sarawak. Cuma agak pelik padi bukit ditanam di kawasan tanah rata kerana tidak banyak bukit di sini.
Ia mempunyai sebanyak 35 buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah, dan jarak dari satu buah sekolah ke sebuah sekolah kebanyakannya tidak melebihi 15 minit perjalanan. SK Nanga Sengayan dan SK Nanga Pedai itulah sekolah tempat Cikgu Nizam dan Cikgu Lina bertugas. Jika menggunakan jalan darat SK Nanga (sekolah pedalaman satu) terletak kira-kira sejam daripada pekan Kanowit dengan menggunakan jalan darat dan jika menggunakan jalan air melalui jeti SMK Sedaya ia memakan masa cuma 20 minit.
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:19 PM 1 comments