Thursday, October 08, 2009


Hujan lebat yang panjang sepanjang pagi semalam menyebabkan kabus berbalam-balam di banjaran sini hingga menaikkan Batang Rajang dengan mendadak tapi belum membolehkan bot ekspress memudikinya. Ini menyukarkan perjalanan aku ke Kapit yang sepatutnya berlangsung cuma selama 5 jam untuk temuduga pengesahan jawatan. Mengikut pengalaman aku perjalanan melalui jalan darat paling cepat aku boleh sampai ke Sibu adalah pada jam 5 petang dan tiada bot ekpress ke Kapit limpas pukul 2.30 petang. Sekurang-kurangnya masalah bekalan air sudah agak baik walaupun cuma satu paip air yang mengeluarkan air berbanding terpaksa meminum air hujan.

limpas=selepas

No comments: