Thursday, October 22, 2009

Urusan wang pos di kaunter Pos Malaysia Belaga berjalan dengan agak perlahan kerana menggunakan teknologi internet satelit dalam urusan online. Lawrence pegawai yang bertugas sentiasa tersenyum dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kami, sifat-sifat hospitality yang ada padanya sangat sukar dijumpai dewasa ini. Begitu juga jika pergi ke Pejabat Pelajaran Belaga kami dilayan dengan baik oleh semua kakitangan yang faham dengan keadaan kami.

Hari ini berlangsung Gotong Royong Perdana bersama PIBG, sebanyak 502 kg sampah berjaya dipungut oleh murid-murid melalui program pertandingan yang diadakan. Aku rasa separuh daripada sampah tersebut dikutip daripada 2 unit rumah guru bujang iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah aku sendiri.

PIBG melahirkan hasrat besarnya untuk menggantikan sumber air yang ada dengan empangan yang baru seluas 24 kaki persegi berkongsi dengan Rumah Panjang Kejaman. Projek Hidroeletrik Bakun memberikan RM300 ribu untuk tujuan di atas berdasarkan tanggungjawab sosialnya kerana kesan projek mega tersebut. Duit tersebut akan diagih-agihkan kepada 7 kawasan yang berhampiran Batang Rajang dari Segaham sehingga ke Punan Bah. Kemungkinan besar apabila projek mega tersebut mula beroperasi tiada lagi kemudahan bot ekspress dari Sibu ke Bakun.

No comments: