Monday, October 12, 2009


Hari yang sangat membingungkan, kenapa aku kena berada di Segaham (mengajar) sedangkan Cikgu Firdaus, Cikgu Bad dan Cikgu Zul sudahpun mengelilingi dunia (istilah yang digunakan oleh orang di sini jika pergi ke Kapit menggunakan jalan darat). Kenapa aku perlu pergi seorang diri sedangkan hari temuduga aku tidak jauh dari mereka, sebenarnya persoalan itu bukan sahaja membingungkan aku seorang tetapi pihak lain. Itulah akibatnya jika terlebih pandai dalam berbicara akhirnya memakan diri dikemudian hari dan terpaksa menanggung kos pengangkutan dan segala risiko seorang diri entah apa pula yang berlaku hari esok.

Aku bolehlah dikira bernasib baik kerana masih ramai kerabat kerja yang memberi sokongan moral. Ini termasuklah Mak Rossa yang sentiasa memastikan aku tiada masalah menghadapi kehidupan di sini terutama dalam soal bekalan makanan seperti beras bukit dan buah-buahan. Syukur kerana perjalanan aku sentiasa berjalan lancar selama ini kerana mudah berunding dengan Fredie tuan punya perahu, Ah Keong taukeh minyak, Ah Hock tauke hotel dan Ah Kiat tuan punya Land Cruiser. Entah apa yang akan berlaku jika semua mereka ini tidak mengenali aku?

No comments: