Wednesday, December 09, 2009

Jalan ke Singapura (Standard Chartered Singapore Marathon 2009)

Seluruh badan aku sengal-sengal akibat maraton penuh yang ketiga setelah meninggalkannya selama dua tahun. Untung juga mempunyai kawan seperti Hailmi dari organisasi Chap Ayam Runners menolong menguruskan pendaftaran, pengangkutan dan penginapan untuk manusia seperti aku yang sudah terputus dengan hubungan luar. Tiada persiapan rapi seperti dua maraton sebelum ini namun aku tetap meneruskannya untuk mengekalkan momentum jarak jauh iaitu lebih kurang dari Kuala Lumpur ke Nilai.


4hb Disember malam Chap Ayam Runner seramai 13 orang bertolak ke Singapura menggunakan Ekspress Senandung Malam ke Tanjung Pagar, kami berhenti dan terpaksa mengangkut bagasi di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada keesokan harinya dan malang bagi aku kerana terpaksa mengeluarkan segala isi kandungan bagasi untuk pemeriksaan kastam.

Sampai di Tanjung Pagar telefon bimbit aku mula melakukan roaming tanpa disuruh (jika talian berbayar mesti menghubungi pusat perkhidmatan dahulu) lantas kami mengambil MRT dengan tambang $1.00 (sedikit besar dan laju daripada LRT) ke Bugis untuk check in di Fragrance Hostel. Kawasan Bugis di pilih oleh Hailmi kerana ia terletak berdekatan dengan pelepasan Standard Chartered Singapore Marathon di Esplenade, asrama yang murah, Masjid Abdul Gafour , Little India dan tempat makanan halal. Tempat lain yang sesuai bagi orang Islam untuk tinggal ialah di kawasan Geylang yang boleh dicapai dengan stesen MRT Kallang dan Paya Lebar.


Mengikut perancangan kami sempat melakukan lawatan satu dua tempat yang istimewa namun kerana beberapa masalah oleh peserta seperti kehilangan dompet dan telefon bimbit semasa meninggalkan keretapi kami melupakan sahaja niat tersebut. Selepas check in di asrama yang mengenakan hanya $20.00 kami terus ke Expo menggunakan MRT dengan tambang $1.60 (terpaksa berjalan selama 10 minit ke stesen MRT Bugis). Di sini urusan pengambilan bip, vest dan chip berjalan dengan pantas walaupun terdapat 60 ribu peserta, sebenarnya pusat Expo ini juga menjalankan pesta buku pada masa yang sama, ia berfungsi sama seperti KL Convention Centre.


Istimewanya di Expo penganjur juga membuka banyak gerai untuk syarikat sukan menjual barangan mereka seperti supplement, jam, kasut dan baju. Kasut sale yang dah season dijual sekitar $50 hingga & $70 memanglah kelihatan murah untuk yang bekerja di sini tetapi untuk Malaysian lebih baik beli di negara sendiri ini kerana $1.00 bersamaan dengan RM2.47. Urusan makan minum tidaklah menjadi masalah besar di Singapura kerana terdapat banyak restoran mamak yang mengenakan $4.00 hingga $6.00 untuk sekali makan (susah hendak mencari gerai makan Melayu kecuali di Kallang atau Geylang).



Walaupun Masjid Abdul Gafour tidak melaungkan azan menggunakan pembesar suara amat mengejutkan jika kita mendapati 50 peratus ruang masjid dipenuhi orang bersolat apabila sampai waktunya. Mitos mengatakan tiada secebis sampah di Singapura adalah dusta semata-mata kecuali di kawasan perumahan kerana penguatkuasaan di sini amat kuat. Namun tidak dapat dinafikan kawasan di sini jauh lebih bersih daripada Malaysia. Kita boleh berjalan di laluan zebra sesuka hati kerana semua kenderaan akan berhenti untuk kita namun kita tidak pula boleh melintas sesuka hati jika bukan di laluan zebra ataupun di lampu isyarat.

6hb Disember awal pagi kami sudah berjalan ke Esplanade dari asrama yang mengambil masa selama 15 minit. Rakan-rakan meletak beg kecil di kaunter yang sangat tersusun dengan kod masing-masing dan setiap beg dimasukkan ke dalam plastic serta tag dilekat pada beep nombor. Melangkah masuk ke barrier aku memilih jarak yang paling hadapan (3 meter di belakang Abang Gagak Hitam) untuk mengelakkan kesesakan 15 ribu peserta.

Permulaan 20km aku tiada masalah untuk melakukan di bawah masa 2 jam namun selepas jarak itu pelbagai masalah yang mula timbul seperti dada terasa panas, terasa seperti ada angin di belakang betis dan yang paling menyakitkan ialah jari tengah kedua-dua kaki aku mula terasa sakit kerana mungkin kasut Adidas tidak bersesuaian dengan aku. Semuanya aku selesaikan dengan memperlahankan rentak hingga ke penghabisan kerana jika aku berhenti momentum aku akan hilang. Laluan agak mudah kerana sepanjang 42 km cuma terdapat satu cerunam dan satu bukit itupun tidak sehebat Bukit Tunku yang menjadi masalah kepada aku ialah terlampau banyak berpatah balik terutama di East Coast Park yang sangat panjang sepanjang pantai (tidak kurang 10km panjangnya).



Rata-rata orang Singapura agak sporting kepada runners terutama yang berada di East Coast Park ada yang sanggup memotong kecil-kecil sandwich yang mereka bawa untuk diberi kepada peserta yang tidak mereka kenal pun. Mungkin warga Malaysia sepatutnya mengambil yang baik tentang sikap mereka, begitu juga dengan Kementerian Belia dan Sukan harus mengambil contoh dari mereka bagaimana untuk membudayakan sukan. Istimewanya di sini tiada sweeper yang akan mengganggu runners untuk menghabiskan larian di bawah masa 6 jam seperti di tempat lain kerana mereka boleh mengambil masa selama mungkin yang penting mereka dapat menghabiskan larian.


Di kilometer 36 Aru pengsan untuk kali kedua, bila aku mahu memberikan bantuan pegawai perubatan tiba membantu dan kali terakhir aku nampak dia ialah apabila aku menaiki bas ke Larkin pada jam 3.00 petang dia berjalan pulang daripada Esplenade. Aku berjaya menamatkan larian pada catatan 5 jam 15 minit jauh lewat hampir sejam berbanding larian pertama aku dan dalam ranking 3260 daripada 15 ribu peserta. Bagi aku latihan yang telah dilakukan menggambarkan hasil tersebut namun aku cukup gembira kerana aku tidak melakukannya seorang tetapi dengan rakan-rakan daripada Chap Ayam Runners berbaloi dengan wang pendaftaran $65.00 dilaburkan. Ramai yang bertanya aku kenapakah kegilaan dan keghairahan ini timbul pada semua runners? Jawapannya mungkin kerana baju T finisher 42.195km, sekeping medal dan mungkin juga mahu menjadi lebih baik dari semalam.


1 comment:

Anonymous said...

Dear brother and sister,

I am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at Sasanarakkha Buddhist Sanctuary (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.

My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lends donation money to President of Temple (Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.

On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because committees always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.

If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK to return that amount to my monk as soon as possible.

My monk contact place:

Ven. U Nandiya
Sasana Daja Buddhist Temple
49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
Tel: (02) 9649-8124

With kindness

KO KO NAING
Taiping, Perak, Malaysia
We will take action to help you…Master
Ok my son is lawyer