Saturday, December 19, 2009

Sudah 3 hari Makcik Mah pulang ke rumah selepas menunaikan rukun Islam kelima, seperti biasa sudah tentulah rumahnya yang semacam tongkang pecah menjadi leterannya. Biasalah bila orang lelaki jika mengurus rumah dan tangga memang sejak azali cuma melihat secara makro iaitu asalkan tangga tidak runtuh sudah dikira baik tanpa melihat samada pinggan di sinki sudah dibersihkan mahupun sayur di dalam peti sejuk sudah mula rosak.

Tidak banyak yang dapat dibuat sehari dua ini kerana hujan berlaku seharian (berhenti sekejap-sekejap)kecuali melakukan latihan kardio seperti biasa. Cuma kali ini sedikit lain dengan memberikan kepercayaan kepada New Balance Acteva yang kelihatan sedikit besar dan hodoh daripada Adidas Adiprene namun lebih stabil dan ringan serta yang penting tidak merasa sakit walaupun dua jari kaki aku masih lagi menghitam sejak pulang dari Singapura disebabkan penggunaan Adidas Aiprene yang tidak sesuai dengan bentuk kaki.

Adalah menjadi kesilapan aku mengharapkan jenama Adidas untuk full marathon yang lepas kononnya mahu bertukar angin (sebenarnya mahu kelihatan bergaya) kerana sebelum ini aku mennggunakan Brooks yang kelihatan hodoh seperti New Balance langsung tidak mengalami masalah untuk full marathon. Rasionalnnya kaedah “cuba jaya” adalah penting daripada mendengar promosi percuma daripada pengguna yang sudah ekstrem gila dengan sesuatu jenama, namun aku masih percaya pada moto Adidas iaitu Imposibble is Nothing!.

No comments: