Monday, December 14, 2009


Rasanya aku masih belum bersedia untuk melakukan latihan kardiovaskular seperti biasa walaupun full marathon susah seminggu berlalu. Ini kerana masalah kesihatan seperti dua kuku kaki aku yang rosak, selsema dan pinggang yang masih senggal-sengal. Walaupun aku antara yang mempunyai cuti terpanjang berbanding kawan-kawan aku namun aku rasakan masa itu langsung tidak mencukupi untuk aku kerana terlalu banyak aktiviti yang perlu dipenuhi yang tidak dapat dilakukan di Sarawak. Dari gotong royong, menghadiri jemputan kenduri, mengail udang di Sungai Perak, berkelah di Muara Tesong adalah aktiviti yang dilakukan selain rutin membersihkan kebun dua ekar di Sungai Menderang. Cuma perkara yang mengejutkan aku ialah keadaan muara Sungai Tesong sangat uzur sudah tiada yang menguruskannya. Dulu setiap minggu aku akan melakukan penyelenggaraan tanpa upah kerana memikirkan tempat tersebut mempunyai potensi yang besar. Lagipun aku adalah pioneer yang membuka tempat tersebut semasa ia masih dalam keadaan semak samun.

No comments: