Sunday, February 28, 2010

Hari yang malang besok untuk sesiapa yang lahir pada 29 febuari kerana cuma merasainya sekali dalam 4 tahun. Latihan kardiovaskular sejauh 10,000 meter hanya dapat dijalankan sebanyak tiga kali semenjak pulang dari Brunei kerana kesibukan tugas. Aku terpaksa sentiasa meminum air kerana kehilangan air yang cepat di dalam badan berpunca daripada cuaca yang sangat panas, kebiasaaanya dua kampit garam berhidrasi (ORS) akan kuminum setiap kali selepas latihan.

Aku dikira bernasib baik kerana momentum pembelajaran murid tahun satu dan tahun tiga masih ada (kexuali Ajani, Eleza dan Moses) kerana sudah tiga minggu aku tidak mengajar kerana berkursus, MSSRD dan cuti Tahun Baru Cina. Masa yang terluang akku habiskan memancing di belakang rumah tetapi hampa kerana tidak mendapat seekor ikan pun mungkin kerana terlampau banyak sangat sampah.

No comments: