Saturday, March 20, 2010

Dari jeti Pekan Belaga boleh dilihat Batang Rajang memuntahkan banyak balak-balak kerana hujan yang lebat sejak 2-3 hari yang lalu. Trek sekitar pekan Belaga boleh dikatakan agak baik kerana cuma perlu 2 pusingan untuk mencukupkan 10 km berbanding Segaham 50 pusingan. Anjing sangat melata di sini tetapi pelik tiada seekorpun mengganggu urusan aku yang pertama kali melakukan latihan di pekan Belaga berbanding anjing di semenanjung yang suka-suka hati mengganggu pejalan kaki mahupun penunggang kenderaan.

Pekan Belaga meriah dari pagi hingga ke petang kerana ibubapa menghantar anak mereka ke asrama harian SMK Belaga. Sudah tentu mereka akan mennyediakan keperluan hemat diri untuk anak-anak mereka seperti ubat gigi, sabun dan syampu. Seperti biasa perkara yang pertama akan anak-anak mereka tuju ialah peti ais yang mengandungi pelbagai aiskrim, itu termasuklah diri aku sendiri!.

No comments: