Saturday, March 27, 2010

Hari gaji tiba lagi membuatkan sekolah kosong, aku tidak mengambil peluang ini keluar ke Bintulu kerana masih banyak bekalan hidup untuk lebih kurang sebulan lagipun aku sangat malas untuk melalui perjalanan air dan darat yang mengambil masa selama 6 jam. Latihan kardiovaskular sejauh 10 ribu meter berjalan dengan baik cuma kerap sakit kepala mengganggu aku melakukan banyak aktiviti terutamanya untuk melatih murid pada sebelah petang. Cuaca sangat panas kerana hujan sudah tidak turun selama dua hari dan kelihatan Batang Rajang surut mendadak seperti biasa, namun bot ekspress bergerak seperti biasa.

No comments: