Saturday, March 13, 2010

Melihat Tanjung Batu dari awan biru sangat menenangkan apatahlagi bila sudah menjarahnya berkali-kali dengan kasut New Balance aku yang baru. Kali kedua pada tahun ini aku berada di awan biru menandakan aku melakukan perjalanan pulang ke semenanjung. Sudah semakin tidak terbiasa aku dengan kesesakan Kuala-Lumpur yang menjadi rutin selama ini. Baru sepuluh minit sudah terasa stress di atas jalan-raya, namun aku tetap bersyukur kemudahan awam sangat baik di sini berbanding di Sarawak mahupun Brunei cuma kadang-kala warga Kuala Lumpur merungut melebih-lebih. Padahal bila disuruh menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar cukai mesti mengelak seribu alasan kadang-kadang Bahagian Sumber Manusia yang menjadi mangsa.

Hari pertama sampai di Perak sudahpun menjalankan tanggungjawab sosial aku yang pertama iaitu menghadiri kenduri kahwin. Banyak kenalan yang aku jumpa semasa kenduri cuma kali ini terasa manis sedikit kerana tiada siapa yang bertanya bila aku akan bertukar ke semenanjung kerana tahu jawapan manis daripada aku. Aku cukup sedih bila Bomoh Zain tidak dapat mengenali aku walaupun duduk makan di sebelah aku. cakapnya pun sudah tidak teratur seperti dahulu dan mengalami masalah pendengaran.

No comments: