Thursday, March 11, 2010




Murid-murid Tahun 1 mengalami masalah untuk duduk kerana baru sahaja diberi pelalian semalam oleh Pihak Kesihatan. Ramai juga di antara mereka yang menangis walaupun pada zahirnya nampak macam ganas muka mereka. Tugas P&P dapat diteruskan denggan lancar walaupun banyak gangguan oleh kerja-kerja pentadbiran yang menuntut masa yang agak lama, seperti mesyuarat, analisis LINUS dan program keceriaan serta termasuk kerja-kerja sosial yang berlangsung di luar kawasan sekolah.

Aku gagal mendapatkan perahu untuk keluar petang ini ke Belaga, mujurlah bot ekspress masih bergerak seperti biasa esok pagi walaupun cuaca sangat kering kerana air surut secara perlahan-lahan tidak seperti selalu. Kali ini muatan beg aku sangat penuh dengan barangan kraftangan seperti ajat, sumpit, batik dan ilang sebagai kenang-kenangan berada di tempat orang. Aku cuma berharap tidak mengalami masalah untuk sampai ke lapangan terbang Bintulu mengikut jadual supaya tidak ketinggalan belon.

No comments: