Thursday, March 30, 2006
Tuesday, March 28, 2006
Anak angkat
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:54 AM 0 comments
Monday, March 27, 2006
Ahad : 26 Mac 2006
Sewaktu pulang ke rumah aku telah berjumpa dengan Tengku yang merupakan kenalan aku dan awek aku dulu. Dia bertanyakan aku berapa orang anak dan siap nasihat aku lagi pasal tak kahwin lagi. Bila aku tanya “husband kau mana?” dia jawab dengan selamba “aku belum kahwinlah”. Tak pasal-pasal aku jadi ustaz mentazkirah Tengku di awal pagi nasihatkan dia supaya kahwin siap tawarkan diri nak carikan dia jodoh. Ha…ha.. Yang membuat aku termenung panjang ialah, dia kata masalah kenapa aku tak bersedia nak kahwin ialah kerana aku masih teringat awek pertama. Terkedu juga aku, tapi siapa yang dapat lupakan peristiwa penting dalam hidup. Yang pasti aku dah padamkan nombornya dalam telefon bimbit aku.
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:41 AM 0 comments
Friday, March 24, 2006
Ahlan Wahsahlan Sengkoi
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:56 AM 0 comments
AAV 8187
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:32 AM 0 comments
Thursday, March 23, 2006
1 April 2006
Isnin> aku di tegur oleh Kak Radin "Wafi tolong Akak 1 April ni boleh tak?"
Selasa> Kak Ana (bos aku) pula memberi arahan "Akak nak pakai wafi 1 April ni"
Rabu>Syahril pula dengan lembutnya bertanya "Encik Wafi sibukke 1 April ni?
Khamis> Kak Ani bertanya "kemana 1 April ni?"
Posted by Maswafi Abd Samat at 9:06 AM 0 comments
Wednesday, March 22, 2006
Tak mungkin Naga menari
Kat office aku ada satu bos perempuan cina yang jadi Finance Head kat sini. Dia ni kerjanya sampai je office pagi-pagi 8.30pagi cek aku punya komputer dan tray macam aku staff dia la pulak, rasenya aku dah kerja kat sini 5 tahun tak pernah pun bos aku cek aku macam tu. Kalau bos aku cuti panjang aku rasa macam nak pengsan pasal tiap-tiap jam dia datang cek aku buat kerja sampaikan staff dia cakap "kau ni kerja department mana?" Dia punya suara kalau dia bincang dengan staff dia dalam bilik dia satu floor dengar dan kalau dia nak panggil aku, dia menjerit daripada dari bilik dia je. Apa yang buat aku paling terharu ialah bila dia kata "wafi bila nak kahwin?, i boleh tolong pinangkan cakapje siapa yang u suka staff i ke atau orang luar". Sayang juga dia ni kat aku, thanks, but no thanks. Aku tak boleh bayangkan macam mana mak punya terkejut bila tiba-tiba ada "Tarian Naga" masa aku bersanding nanti. hee... hee....
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:58 AM 0 comments
Mael Ladang
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:05 AM 0 comments
Bila Hantu Raya menanam padi
Aku rasa makhluk yang paling taat kat planet bumi ini adalah Hantu Raya. Mungkin cerita ni membenarkan pendapat aku, ada satu pakcik ni tinggal kat utara kerjanya buat bendang, dah tua tapi boleh buat banyak bendang berelung-relung. Ini telah memusykilkan anak-anak muda yang nakal macam aku kat situ, jadi mereka menyiasat macammana pakcik ni buat bendang. Pada satu senja mereka ni mengintai kat bendang dan tengok pakcik ni tengah menanam anak padi kat satu petak sawah lepas tu dia balik. Besok pagi mereka datang kat bendang tu tengok semua petak dah bertanam! Ha kantoi! sah pakcik ni guna Hantu Raya pasal dia tanam satu petak sebagai contoh aje. Jadi pada musim yang berikutnya mereka mengintai lagi dan lihat pakcik ni buat perkara yang sama. Selepas pakcik tu balik ke rumah mereka ni terbalikkan semua anak padi dalam petak contoh iaitu akar ke atas, pucuk di bawah! Besoknya pakcik tu nak pengsan bila tengok bendangnya dimana anak padinya semua di tanam terbalik untuk semua petak! Hantu Raya ni jenis taat, ikut je suruhan tuannya dan bukannya dia tau apa yang dia buat.
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:57 AM 0 comments
Labels: Pengajian Melayu
Tuesday, March 21, 2006
Aku tertipu lagi
Semalam sewaktu minum Restoren Syed Bangsar aku melihat seorang gadis menaiki Gen-2 yang sangat cantik datang minum seorang diri. Rambutnya seperti Rita Rudani, bibir seperti Angelina Jolie, bahunya putih melepak seperti Sarimah, jari-jemarinya seperti Fazura dan badannya potongan Erra Fazira. Kiranya semua mata termasuk Abang Lebai pandang kat awek yang cun ni. Setelah beberapa ketika melihatnya dengan "mata tanpa seurat benang", aku pun memberanikan diri pergi................kaunterla la beb bayar makanan. Baru ku perasan ada biji halkum kat tengkuk awek ni!!! Mujur aku ni jenis penakut nak ngorat awek kalau tidak merana aku.
Posted by Maswafi Abd Samat at 12:41 PM 0 comments
Buku Tebu VS Buku Ceberau
Pagi-pagi lagi Kak Pah, aku punya tea lady datang menegur aku "sejuk ke" kerana tengok aku pakai baju sejuk, lepas tu siap sambung lagi ayat power "tu la orang suruh kahwin tak nak, memilih nak kan buku tebu nanti nanti dapat buku ceberau!". Terkedu juga aku dengar ayat ni, bukan memilih Kak Pah ooi! tapi tak ade chemistry.
Cinta perlu dicari!
*tebu manis sedap dimakan
*ceberau rupanya macam tebu tapi tak boleh dimakan banyak kat tepi sungai.
Posted by Maswafi Abd Samat at 10:08 AM 0 comments
Monday, March 20, 2006
Senyum
Petang semalam 19 Mac 2006, Azam datang hantar komputer, satu makcik tegur aku apa benda yang aku bawa. Akupun cakaple “komputer lama makcik” lantas makcik tu nasihat aku barang lama takpe jangan rase rendah diri dan macam-macam lagi. Tapi yang paling best ialah anak perempuannya siap tegur mak dia. “dahla mak” sambil tersenyum simpul terkulat-kulat kat aku. Hee..hee.. teringat-ingat senyum tu sampai sekarang. Mungkin Mak Ngah senyum macam tu agaknya.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:29 AM 0 comments
Bila Itik Jawa menangis
Kisah ini berlaku dalam perbicaraan kes sepasang suami isteri bomoh terkenal membunuh seorang tokoh politik di Pahang. Bomoh yang berada di mahkamah ketika perbicaraan tersebut mentafsirkan bahawa bunyi tersebut adalah tangisan itik jawa yang dipelihara oleh pasangan berkenaan. Ada sumber yang menyatakan itik peliharaan itu yang kesemuanya berwarna hitam telah mati berangan selepas “kekasihnya” ditangkap atas tuduhan membunuh.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:27 AM 0 comments
Labels: Pengajian Melayu
Panah Rajuna
Bismillahirrahmanirrahim
Bakar-bakar pasir tanah
Aku bakar mata hati jantung (si anu) itu
Bakarkan panah Sang Rajuna
Aku bakarkan gunung, gunung runtuh
Aku bakarkan batu, batu belah
Aku bakarkan di mata hati jantung hawa nafsi (si anu)
Kena hancur luluh panas segala tubuhnya
Gila berahi kepadaku
Tidak boleh senang diam
Seperti pasir ini terbakar
Bencilah (si anu) kepada ibubapanya
Kepada saudara sahabat handainya
Jika dia tidur, menjaga
Jika dia jaga, bangun berjalan
Datanglah kepadaku
Menyembah dirinya
……………………
Berkat (si anu) kena bisa panah Sang Rajuna
Berkat doa, La ilaha illallah
Muhammadun Rasulullah
Ini sebenarya jampi pengasih Panah Rajuna. Saya saja tinggalkan satu baris, biasalah tuk guru simpan satu. Tujuan saya adalah untuk memberi petua bagaimana nak elakkan daripada kena Panah Rajuna. Petuanya sekali jangan beri nama penuh mak kita pada orang yang tak dikenali. Kenapa? Ini kerana syarat jampi ni mesti di binkan kepada nama mak.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:26 AM 1 comments
Labels: Pengajian Melayu
Power Run - 10km
7.30am
19 March 2006
Dataran Merdeka Kuala Lumpur
I meet ZS at Bangunan Sultan Abdul Samad for preparation and warming up at early 6.45 am. During running, i followed (A 756) one mat salleh (A 581), his pacing very consistent. I’m only managed followed him until at Padang Merbok. Medal? Not this time even I did 6 min per km. Placing? I think up to 200, when I at a finished line I saw coupon no from 1-150 already finished. I noticed that one large group of army conquer this event. Anyway I’m totally satisfied when overtaking more than 300 participants because I started with slow pacing at 1st km, it’s like playing PS2. ZS (A 758)? I think he following one pretty Ah Moi (B102) because he reached a finish line same with this Ah Moi, ha.ha… kantoi. Anyway congratulations to you for 74 min, considered fit beb.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:24 AM 1 comments
Labels: Larian
Saturday, March 18, 2006
Sungkai
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:22 AM 26 comments
Bomoh VS Pawang
Manakala Pawang pula hanya menjalankan kerja-kerja yang khusus seperti khidmat diraja, buaya, ular dan hujan. Kalau nak lebih mudah faham bomoh ni sama dengan doktor dan pawang sama dengan doktor pakar pada zaman sekarang.
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:15 AM 3 comments
Labels: Pengajian Melayu
Friday, March 17, 2006
Sayonara Sengkoi
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:39 AM 0 comments
Thursday, March 16, 2006
First Posting
Banyak peristiwa berlaku dalam bulan ni.
Bulan ni kawan2 yang dapat anak adalah seperti berikut:-
Asfizal
Syahril
Pak Su
Nik/Asnan
Minggu pertama 5 March 2006 aku pergi larian AMBank (7km) dengan Zafrul & Cikgu Rajan alhamdulillah semua dapat medal. Cikgu Rajan 50 minit, aku 51 minit & Zafrul 54 minit.
7 March 2006 aku pi interview kat Guthrie tapi aku rase tak dapat pasal kejap sangat interview. Kawan2 aku terutama Ah Fatt nak buat pulut kuning untuk aku kalau aku blah dari company. Sorry beb aku lama lagi kat sini untuk potong claim, OT dan hantar warning letter kat korang.
8 March aku dapat email dari kawan baik aku marah2 pasal aku remind dia absent siap cc kat bos dia
09 jan 2006 CUTI UNTUK HARI RAYA HAJI CHECK FORM CUTI AKU, JNG SEDAP2 NAK EMAIL AKU
CHECK DULU BARU EMAIL
dan ini jawapan aku
Please correct me if i'm wrong for this statement. Let say that i made mistake for 9 january 2006 so why you failing to submitt your application form for date 22 february 2006? You think i don't have anywork to do for remind you every months since i working here.
ha..ha..
10 March 2006 aku balik kg, pagi besoknya awal2 lagi buah hati aku minta tolong buat bangsal 2 hari satu malam baru siap. Aku tanya kat mak aku kenapa tak suruh ude (adik aku), jawabnya ude...emmm.......!!!
12 March 2006 aku pi kenduri kahwin dengan mak aku, semua orang tanya bila nak kahwin? Aku cuma tersenyum lepas tu mak aku sambung dengan perlahan "dah putus tunang", melopong Cikgu Tipah mendengarnya. Dah tak de jodoh nak buat camne!
13 March 2006 Mak Ngah (kawan aku tapi tak pernah jumpa) aku beritahu berita baik. Dia nak bertunang dengan seorang jejaka, cara dia cakap kiranya senyum sampai telinga la. Terkejut juga aku, anyway i wish her for a better life. Aku telefon Gadis Langat tanya ape khabarannya, dia ni memang baik ade jumpa sekali, orangnya manja cuma kalau bercakap tak serancak Mak Ngah, aku tak berapa pandai cakap maka perbualan kami terhenti tiba2.
14 March 2006 Mat Khairi tiap2 hari kerjanya mengutuk aku, aku rase macam nak bomohkan dia je.
15 March 2006 Lilah telefon aku pukul 8.00 malam anaknya jatuh katil, minta2 takde pe2 la. Malam makan kat Pelita Bangsar, Bad bagitau cancell pergi Sabah.
16 March 2006 hari ni aku buat blog ni, best nye pasal dapat kutuk kawan2 aku. hee... hee..
Posted by Maswafi Abd Samat at 2:41 PM 14 comments