Showing posts with label Apa Yang Maktab Perguruan Tidak Beritahu. Show all posts
Showing posts with label Apa Yang Maktab Perguruan Tidak Beritahu. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Pedagogi Pribumi


Selain daripada belajar pelbagai kaedah pedagogi (mengajar) kadang-kala kita harus juga memahami pelanggan (murid) jika sesuatu perkara yang diajar berulang kali tidak mencapai objektif yang dikehendaki. Pengalaman sebagai guru PJ mengesan kesalahan penggunaan perkataan “putus” di kalangan murid. Jika seseorang murid itu terseliuh kaki atau patah kaki janganlah berasa terkejut jika ada murid datang berjumpa anda dan mengatakan rakan mereka “putus” kaki. Masalah ini terjadi berkemungkinan tiada kosa kata patah dalam perbendeharaan mereka.

Jika mereka mengalami luka, hanya perkataan "pedas" yang keluar daripada mulut mereka iaitu menggambarkan rasa pedih. Logiknya dari segi bahasa perkataan pedas itu yang paling dekat dengan perkataan pedih (sakit+panas).

Juga jangan sesekali marahkan pelanggan yang tidak datang latihan sukan kerana mereka memberikan alasan “emak saya tidak suruh”. Bukannya mereka bermaksud kurang ajar (perspektif kita: emak saya tidak suruh kenapa pula saya perlu datang) dengan kita tetapi maksud mereka sebenarnya ialah “emak saya melarang”.

Perkataan rosak amat jarang sekali digunakan bagi menggambarkan sesuatu benda fizikal, mereka lebih suka menggunakan perkataan "jahat" kata sifat bagi manusia. Sebagai contoh "kerusi itu jahat" membawa makna kerusi itu rosak yang sebenarnya.

Sistem pernomboran daripada 12-19 adalah yang paling sukar diajar dalam bentuk penulisan angka. Kebiasaannya mereka akan menulis secara terbalik iaitu 11, 21, 31, 41, 51, 61, 71, 81, 91, 20. Ini berlaku apabila mereka menulis mengikut susunan lafaz nombor tersebut dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris iaitu:-

Dua belas
Twelve
2              11

Tiga belas
Thirteen
3              11

Empat belas
Fourteen
4              11

Namun jika kita dapat memahamkan konsep nombor dalam bahasa mereka keadaan lebih mudah kerana lafaz nombor mereka mengikut urutan iatu:-

Puan      Deguah                (Kejaman)
Poeng    Leguah                 (Lahanan)
Pulu       Duwak                 (Kayan)
Puluk     Due                      (Kenyah)
Puluen   Duo                      (Punan)
Semeheng Due                   (Bidayuh)
10               2

Puan     Tedauh                 (Kejaman)
Poeng   Tedul                    (Lahanan)
Pulu      Telok                    (Kayan)
Puluk    Telu                      (Kenyah)
Puluen   Tolu                     (Punan)
Semeheng Taruh               (Bidayuh)
10             3

Puan      Pat         (Kejaman)
Poeng    Epat       (Lahanan)
Pulu       Pat         (Kayan)
Puluk     Pat         (Kenyah)
Puluen   Pat         (Punan)
Semeheng Empat (Bidayuh)
10            4

Penjodoh bilangan juga antara perkara yang agak sukar diajar, ini dapat dikesan apabila kuiz diadakan ramai murid menjawab penjodoh bilangan untuk buah epal adalah buah. Kesukaran dikesan apabila tidak terdapat penjodoh bilangan dalam sesetengah bahasa di sini (Sarawak). Untuk lebih memahamkan mereka haruslah diberi contoh satu ayat dalam Bahasa Melayu kemudian diterjemahkan dalam bahasa mereka. Sebagai contoh:-

Bapa saya membeli sebiji buah epal.

Apai akau meli ja epal.  (Kejaman)

Apa yang penting ialah murid harus difahamkan terdapat beberapa struktur dalam Bahasa Melayu yang tidak menyamai dalam bahasa mereka. Jika terdapat kesalahan haruslah ditegur seberapa segera dan berhemah.

Sunday, October 16, 2011

Pembersihan Empangan Graviti

Awal-awal pagi ahad dimana semua orang sedang dibuai mimpi, beberapa penduduk kampung datang menjengah pintu kuarters aku. Ini merupakan tugas guru yang paling sukar (setakat hari ini) iaitu memastikan 84 orang murid tidak kebulur kerana ketiadaan bekalan air bersih. Ini semua gara-gara kerakusan pengurusan Balak Kem Teleng (tiada syarikat lain) menjarah kawasan tadahan air yang terletak 1 jam perjalanan kaki dari sekolah.

Tahap kesihatan aku sudah semakin baik walaupun terpaksa berjalan mendaki bukit ke punca air bersih tertinggi di Segaham. Jika tidak sudah tentu termengah-mengah melayan “pacing” penduduk kampung yang sangat laju. Cuma aku sangat lelah bila terpaksa mengeluarkan sampah yang terdiri daripada kayu balak dan batu-batu di dalam kawasan empangan.
Sebenarnya aku tidak kisah melakukan rutin penyelenggaraan empangan air, cuma mengalihkan balak dan batu adalah sangat tidak munasabah kerana sebelum ini kami cuma membersihkan daun-daun kering di dalam empangan. Adilkah aku kerana terpaksa berlawan dengan satu syarikat besar dibandingkan dengan jawatan aku yang sangat kerdil ini.

Thursday, August 18, 2011

Di Recycle

Seminggu sudah berkampung di Belaga sempena kursus KSSR Pendidikan Kesihatan, ini merupakan kursus yang keempat untuk tahun ini. Untuk sekolah kecil kebiasaannya guru-guru di recycle sebanyak mungkin untuk pergi berkursus akibat kekurangan guru walaupun sebenarnya kursus tersebut kadang-kadang agak tersasar sedikit dari bidang tugas. Agak mengantuk kursus di bulan Ramadhan, namun ia adalah pengalaman baru dan setiap petang selepas berkursus aku dan Andrew akan ke **na* Restoren menempah makanan seperti rusa masak kicap, rusa masak halia dan sup rusa untuk juadah berbuka puasa.

Aku agak terkejut apabila memeriksa tuntutan perjalanan di emaklumweb.amn.gov.my untuk kursus KSSR BM dua minggu yang lalu telah masuk. Ia hampir-hampir mustahil untuk berlaku, namun tahniah diucapkan untuk pihak berkenaan walaupun terdapat pemotongan pada tuntutan tersebut. Ini menunjukkan bahawa tuntutan perjalanan ini tidak perlu mengambil masa sehingga 1 tahun 2 bulan untuk dibereskan ataupun tidak langsung terima seperti yang lepas-lepas.

Thursday, July 07, 2011

Successful Teaching (Bryan Coombs)


(Mengajar Secara Efektif)

Bab 1 menceritakan tentang motivasi murid untuk belajar dimana terdapat halangan-halangan seperti persekitaran, di sini guru perlu berperanan untuk mengingkatkan motivasi pelajar. Caranya mengenalpasti masalah murid sebelum merancang tindakan.

Bab 2 menceritakan perancangan mengajar, betapa pentingnya seorang guru membuat persediaan mengajar sebelum masuk ke kelas. Penulis berpendapat semasa di institut perguruan bakal guru diajar menulis secara panjang tetapi jika pada keadaan sebenar memadai secara ringkas sahaja berdasarkan pengalaman mengajar.

Bab 3 menyentuh tentang bilik darjah iaitu:-

  • Susun atur: murid mestilah sentiasa dalam keadaan mengadap guru walaupun dalam kerja berkumpulan.
  • Penggunaan lorong: guru mestilah mempunyai lorong untuk berjalan sewaktu memantau murid supaya dapat memantau 360 darjah.
  • Kelengkapan bilik darjah:

  1. ABM: mesti ada dan hendaklah relevan dengan murid.
  2. Kapur warna: supaya guru dapat memberi marking kepada perkara-perkara penting.
  3. Penunjuk: guru tidak boleh menggunakan tangan.
  4. Jelas dilihat: murid mesti dapat melihat papan hitam dan guru tidak boleh melindung murid.
  5. Jelas didengar: sewaktu menulis di papan hitam jika guru perlu bercakap hendaklah ia berhenti menulis dan memandang kepada muridnya barulah bercakap.
  6. Jam dinding: supaya guru dan murid dapat mengatur masa tanpa tertanya-tanya.
  7. Papan pameran: diletakkan jadual bertugas, jadual kelas dan peraturan kelas.

  • Bab 4 menceritakan tentang bahan pengajaran yang paling asas adalah buku teks, namun guru mestilah berusaha supaya murid dapat ditambah nilai dengan penggunaan pusat sumber secara maksima seperti buku cerita, akhbar dan video.
  • Bab 5 menceritakan tentang aktiviti bilik darjah iaitu :-

  1. Tingkah laku pelajar dalam bilik darjah seperti bercakap, berbisik dan tidak respon. Murid harus dijelaskan perkara-perkara yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan di dalam kelas pada awal tahun.
  2. Guru juga harus tahu bila hendak menggunakan kaedah secara individu, kelompok dan secara kelas.

  • Bab 6 menyentuh soalan-soalan yang berkesan kepada murid, sebagai contoh “Mary, apakah ibu negeri Perak?”. Ia boleh ditukar kepada “Apakah ibu negeri Perak?” berhenti sejenak kemudian memanggil nama “Mary, sila jawab!”. Ini supaya semua murid memberikan perhatian dan tidak rasa tersisih.

Akhirnya saya suka memetik kata-kata Bryan Coombs pada halaman 47:-

“Tiada satu cara yang “betul” dalam kaedah pengajaran. Mungkin ini suatu rahmat. Tugas mengajar adalah usaha yang membosankan apabila hanya satu kaedah yang boleh diikuti. Mengajar adalah cabaran. Para guru sentiasa mencari dan berjuang bagi menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Usaha memperbaik diri inilah yang memberikan nafas kepada para guru.

Tuesday, July 05, 2011

Peraturan Kelas

  • Mesti menjalankan tugas harian mengikut jadual yang telah ditetapkan (duty roster).
  • Setiap murid bertanggungjawab terhadap diri sendiri
  • Mesti menjaga kawasan sendiri.
  • Tiada sampah di bawah meja atau kawasan sekeliling.
  • Tidak membuat bising semasa guru tiada.
  • Berada tepat di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran.
  • Beratur di luar kelas sebelum ke makmal atau bengkel.
  • Menyiapkan kerja / tugasan yang diarahkan.
  • Tidak melawan kata guru.
  • Ketidakhadiran ke sekolah mesti mempunyai surat.
  • Memakai baju sukan semasa kelas PJ.
  • Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelas sewaktu guru tiada atau semasa menunggu kedatangan guru.

Peraturan Asrama

  • Semua penghuni asrama mesti tinggal dan menginap di asrama.
  • Penghuni-penghuni asrama tidak dibenarkan menginap di luar.
  • Penghuni asrama lelaki mesti tinggal dan menginap di asrama lelaki.
  • Penghuni asrama perempuan mesti tinggal dan menginap di asrama perempuan.
  • Orang luar tidak dibenarkan masuk ke asrama lelaki dan asrama perempuan tanpa kebenaran.
  • Murid-murid asrama tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam asrama.
  • Jangan makan dan minum di dalam asrama.
  • Asrama adalah tempat menginap, tidur dan beristirehat. Jangan buat bising dalam asrama.
  • Murid asrama yang hendak keluar asrama mesti mendapat kebenaran dari pihak Jawatankuasa Asrama, Guru Besar, Penolong Kanan HEM,Penyelia Asrama atau Waden Sekolah.
  • Murid asrama yang didapati sakit mesti dilaporkan segera kepada pihak sekolah
  • Murid-murid asrama tidak dibenarkan menggantung pakaian yang basah dalam asrama dan semua pakaian yang basah mesti di jemur di penyidai di luar asrama.
  • Murid-murid asrama tidak dibenarkan membawa dan menyimpan alat-alat yang tajam di asrama.
  • Murid-murid asrama adalah tidak dibenarkan membawa dan menyimpan mancis, lighter, mosquitoe coil dan bahan-bahan api dalam asrama.
  • Murid-murid asrama adalah dilarang membawa dan bermain mercun dan bunga api di dalam asrama dan di kawasan sekolah.
  • Semua murid asrama mesti berada ditempat tidur dan tidur pada pukul 9.30 malam.
  • Semua penghuni asrama bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan asrama.
  • Semua bahan buangan dan sampah mesti dibuang di dalam tong sampah.
  • Semua alas kaki mesti diatur ditempat yang disediakan diluar.
  • Murid-murid asrama adalah dilarang membawa dan menyimpan wang dan memakai alat kemas mahal di asrama. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kehilangan yang berlaku.

Thursday, June 23, 2011

Tiada Bernyawa atau Cuma Dihukum?

Tangan aku masih lenguh-lenguh kerana menghabiskan tenaga memegang “hantu” yang merasuk Malisa malam tadi. Adakah tindakan murid-murid memanggil hantu melalui permainan “spirit-spirit” itu berbaloi? Hingga menyebabkan hantu itu menyerang Malisa yang sedang membaca buku di pusat sumber. Adakah berbaloi tindakan Chester dan Benjamin bermain di bawah pokok ara berhampiran sungai? Adakah berbaloi tindakan murid-murid tahun 6 membaling batu ke arah sarang tabuan belakang rumah Apok?

Yang pasti minggu ini merupakan minggu yang kritikal sebagai warden, kerana perlu menjatuhkan hukuman setimpal secara baik atau secara jahat. Ini kerana jika hukuman secara baik ia langsung tidak membawa kesan dan hukuman secara jahat guru akan dimasukkan ke dalam palang besi. Atau mungkin patut diberi pilihan kepada ibubapa mahukan anak tiada bernyawa atau cuma dihukum?.

Wednesday, May 11, 2011

Akhirnya




Akhirnya aku berjaya juga berenang merentangi Batang Rajang sesuatu yang aku idamkan sejak tahun 2009. Tapi harga yang terpaksa dibayar cukup besar, kadang kala seperti tidak mampu ditanggung. Suhu kadang-kala mencecah 40 darjah celcius, kemarau yang panjang dan ditambah dengan penutupan Bakun menyebabkan air sungai mencetek. Ini bermakna pengorbanan lebih 100 orang merentasi gunung pada hujung 2009 membawa polypipe sebesar penumbuk sepanjang 6 km selama 9 hari adalah berbaloi kerana air minuman masih berfungsi seperti biasa.

Hairan aku dengan keadaan orang kampung di sini tidak pula mengeluh dengan keadaan yang sedemikian rupa walaupun ini bermakna hubungan kami dengan dunia luar betul-betul terputus kerana tidak dapat kemana-mana walaupun menggunakan perahu. Kecuali kami menggunakan perahu kayuh atau enjin setinting dapatlah kami ke Belaga tapi ia memakan masa yang panjang, mungkin kita patut belajar menjadi tahan seperti mereka daripada asyik mengeluh membayar tol walaupun memang itu harga yang patut dibayar!.

Friday, April 08, 2011

Tinggal 5 daripada 21

Itulah angka murid buta huruf yang masih tinggal di tahun 2, semua kaedah dan tenaga telah digunakan bagi mencapai matlamat tersebut. Januari tahun lepas hanya 4 murid daripada 21 sahaja yang boleh membaca, jumlah yang sangat menjadi mimpi ngeri kepada semua orang. Apatahlagi berada di kawasan buta huruf yang tertinggi di Malaysia. Rasanya seperti ada yang tidak kena pada 5 orang murid ini jika setelah 45 minggu tahun 2010 ditambah beberapa minggu hingga sekarang masih belum lancar huruf a hingga z!. Atau mungkin menggunakan kaedah huruf-huruf sebesar meja tulis murid yang aku gunakan tidak berkesan dan sesuai.

Wednesday, March 30, 2011

Bot ekspress Bakun-Sibu masih lagi tersadai di seberang jelatong minyak Ah Keong kerana tidak dapat bergerak susulan air yang sangat cetek. Ini sangat menyukarkan pergerakan aku berbanding 2 tahun yang lepas, ia seperti pernah mempunyai sebuah BMW Brabus tiba-tiba hanya menaiki kereta kancil 660 sahaja. Namun tidak semuanya makin teruk kerana BSN sudahpun tiba di sini dan akan beroperasi pada bulan mei 2011, sekurang-kurangnya ada juga mesin ATM di sini tanpa perlu muntah-muntah menaiki Hliux beberapa jam untuk sampai ke mesin ATM terdekat.

Tuesday, March 01, 2011

Monday, February 28, 2011

Sunday, February 13, 2011


Minggu yang sibuk sebagai warden dan guru sukan kerana urusan penghantaran surat jemputan mesyuarat PIBG ke rumah-rumah panjang dan memastikan latihan bola jaring mengikut standard. Namun itu bukanlah alasan untuk aku tidak melakukan aktiviti ko-kurikulum bersama rakan-rakan pergi ke kem balak (Simpang Aloi) untuk membeli ration dan melawat empangan Bakun untuk memastikan air naik mengikut jadual yang ditetapkan.

Thursday, February 10, 2011

Pusat Sumber 2011

jumlah buku bahasa melayu
seni kreatif tikus



keadaan asal bangunan
keadaan asal bangunan

tangga pusat sumber lama

Akhirnya setelah bertungkus-lumus aku (dengan bantuan beberapa rakan) berjaya membina sebuah pusat sumber dengan kos RM469.00 (duit gaji aku). Ini adalah azam bertulis yang pertama (membina pusat sumber) telah aku capai tahun ini, masih ada banyak lagi yang perlu aku buat untuk mencapai azam yang lain. Namun ia bukanlah seperti yang diharapkan kerana tiada buku yang mencukupi memenuhi pusat sumber. Buku bahasa melayu yang sangat sedikit berbanding dengan buku bahasa inggeris sangatlah menyedihkan itu tidak lagi melihat rak yang telah dicat semula masih ada kesan berlubang dimakan tikus.

Aku akan menghadiri kursus pada 28 Febuari 2011 berkenaan dengan pusat sumber dan NILAM (program membaca). Sudah tentu aku akan diberi pendedahan tentang cara-cara mengkatalog buku, mungkin aku sekali lagi akan dimarah oleh fasilitator kerana tiada kemudahan pusat sumber yang sempurna di sekolah dengan alasan aku tidak kreatif!. Ini pernah berlaku kepada aku pada tahun 2009 di Kapit dan 2010 di Belaga berkenaan kursus Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT). Aku dimarahi kerana tiada kemudahan makmal komputer di sekolah dan tidak kreatif untuk mencari jalan mengadakan makmal komputer!. Hampir tidak masuk akal untuk difikirkan!.

Saturday, February 05, 2011

MenJAGA Sekolah!

Sebutan JAGA di atas harus dibaca secara baku jika ingin menikmati tulisan aku ini. Sudah masuk tahun ketiga aku ditugaskan menjadi JAGA sekolah untuk menJAGA sekolah selama satu minggu. Tiada banyak yang dapat aku lakukan waktu menJAGA sekolah selain daripada memancing, mencari pucuk paku, mencari rebung dan jika bernasib baik dapat bermain dengan rusa selain daripada rutin harian dengan ASTRO. Aku masih tidak faham kenapa perlunya guru-guru dikuarantin selama seminggu di sekolah cuma untuk melakukan tugas-tugas di atas. Jika tidak silap aku waktu cuti guru sebanyak 2/3 cuma boleh diambil dengan tujuan pentadbiran atapun P&P.

Sebagai sebuah sekolah yang mengikut kerangka Kementerian Pelajaran ia mempunyai struktur organisasi yang sangat lengkap bermula daripada pihak pentadbir hinggakan kepada penjaga jenerator dan pengawal keselamatan (penJAGA sekolah). Jika sudah ada penJAGA sekolah menjaga sekolah maka atas dasar apakah aku dikerah menJAGA sekolah? Apakah makna seorang guru cuma melihat papan putih, kerusi dan meja di depannya tanpa pelanggan (murid)?. Adakah pihak Nazir akan melakukan spot check sewaktu cuti sedang berlangsung?

Sunday, January 30, 2011

Wednesday, January 19, 2011

Masalah Teknikal

Aku mungkin mempunyai pelari sekolah yang terpantas yang dapat mewakili sekolah ke sukan MSSRD Belaga, namun sebenarnya cabarannya lebih daripada itu. Walaupun Dylon agak pantas berlari namun dia tidak berapa memahami beberapa perkara yang bersifat teknikal seperti passing baton. Begitu juga dengan pasukan bola jaring yang masih ditahap yang sangat membimbangkan kerana masih melakukan beberapa kesalahan teknikal seperti walking dan tidak berhenti pegun semasa menyambut bola. Kesihatan lutut kiri aku tiba-tiba menjadi teruk hingga terasa mahu patah kerana terlebih berjalan sewaktu melakukan tunjuk ajar latihan olahraga.

Thursday, January 13, 2011

Minggu kedua bertindak sebagai warden tiada masalah besar yang berlaku cuma sesekali menghadapi masalah murid yang tidak biasa dengan waktu makan malam (di sekolah pukul 5.30 petang) yang berlainan dengan waktu makan di rumah mereka. Latihan secara intensif dilakukan mulai hari selasa bagi menghadapi sukan MSSRD yang dijangkakan selepas Tahun Baru Cina. Aku masih mengekalkan jawatan sebagai penyelaras Pusat Sumber, ICT, Sukan dan Panitia Kajian Tempatan serta mendapat jawatan baru sebagai Warden. Cuma jawatan sebagai penyeleras 3 K dilepaskan kepada guru lain oleh Guru Besar akibat bebanan tugas.

Tuesday, November 09, 2010

Membuat Padang 200 Meter

Umum tahu bahawa padang sekolah rendah kebanyakannya hanya berukuran 200 meter bersesuaian dengan fizikal murid juga sesuai dengan saiz sekolah. Sebelum memulakannya kita haruslah menyediakan beberapa peralatan yang sesuai iaitu:-

i. Tali rapia

ii. Pisau

iii. Kayu pancang

iv. Pita pengukur

v. Kotak/bata

vi. Cat sembur

vii. Kayu tajam/bebendul

viii. Minyak Hitam

ix. Span

x. Penyiram bunga

Pertama sekali ialah kita harus mencari sudut tepat (segiempat tepat) untuk sebuah padang. Cuba buat segiempat tepat berbentuk kotak kasut semaksimum mungkin. Caranya dengan memastikan tali selari dengan kotak (boleh digantikan dengan benda lain seperti bata), tali haruslah dipancang jauh dari kotak (untuk memudahkan proses menuang minyak).

Kedua bolehlah kita membuat lengkungan untuk empat lorong 200 meter di hujung kedua belah padang. Caranya mengukur jarak 20 meter di hujung padang lalu dibawa ke arah dalam, kemudian cari titik tengah antara garisan 20 meter tersebut (untuk padang balapan 400 meter jaraknya ialah 36.5 meter). Buat bebendul pada titik tengah tersebut ambil tali yang diikat pada kayu tajam dan mulakan menggariskan padang. Gunakan cat sembur untuk menanda lengkungan tersebut yang telah digaris tadi.

Jarak lorong yang sesuai adalah 1 meter, cara yang sama juga diperlukan untuk membuat lengkungan sebaliknya, kemudian ambil tali, tanda pada sisi padang sebanyak empat lorong, manakala untuk sisi yang berlawanan adalah 8 lorong (termasuk 4 balapan 100 meter). Bentuk padang dari atas adalah hampir menjadi huruf ‘a’ kecil dimana batang huruf ‘a’ kecil adalah balapan 100 meter, manakala bulatan huruf ‘a’ merujuk kepada balapan 200 meter.

Semasa menuang minyak hitam adalah baik dimulakan dengan kedua-dua lengkung 200 meter diikuti empat lorong 200 meter dan akhir sekali adalah lorong 100 meter. Ini untuk mengelakkan berlaku kesilapan, untuk garisan permulaan dan penamat warna berlainan mungkin juga membantu untuk mengelakkan kekeliruan.

Jika sekolah tidak mempunyai kereta penggelek boleh menggunakan kaedah menuang minyak hitam sepanjang garisan dan dengan menggunakan span yang diikat pada batang kayu gosok minyak hitam tadi secepat mungkin (berdua adalah ideal). Namun cara ini tidaklah digalakkan kerana menggunakan minyak hitam yang sangat banyak iaitu 5 tong berbanding 2 tong sahaja menggunakan kereta penggelek.

Friday, October 29, 2010

Obses!

Obses! hanya itulah yang dapat dikeluarkan daripada kotak fikiran aku, hinggakan hampir tiada masalah mencari murid yang berkebolehan dalam sukan bila aku bertindak sebagai setiausaha sukan di sini. Jika sebut sahaja pasal sukan seolah-olah mereka mahu matahari awal terbit dan jangan terbenam-benam hingga mereka terlena. Untuk jadual PJK hari esok, hari ini sudahpun mereka merancang kepada guru untuk bermain permainan yang mereka gemari. Pertandingan permainan berjalan dengan baik dan dijadualkan berakhir minggu hadapan sebelum memasuki bahagian balapan pada minggu seterusnya. Ini bermakna kesemua pertandingan ini berlangsung selama lebih sebulan!. Padang olahraga masih belum dibuat kerana menantikan permainan di padang tamat dan masalah baru pula datang kerana aku harus menghadiri kursus pada minggu hadapan pada 3, 4, 5, 8 dan 9 November.