Friday, May 27, 2011
Monday, February 07, 2011
Lagu Tiga Kupang
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk di kuali
Bila sudah masak
Kita nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula, hey…
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Patuk batang hidung, hidung, hidung
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:32 AM
0
comments
Labels: Lirik
Saturday, October 16, 2010
Kenek-keneklah udang
Kenek-keneklah udang
Lembu patahlah tanduk, ah…
Che Mek kenalah godam
Cik Awang kenalah tumbuk
Kenek-keneklah udang
Lembu patahlah tanduk, ah…
Che Mek kenalah godam
Cik Awang kenalah tumbuk
Kenek-keneklah udang
Lembu patahlah tanduk, ah…
Che Mek kenalah godam
Cik Awang kenalah tumbuk
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:56 AM
1 comments
Labels: Lirik
Saturday, August 21, 2010
Ikan Kekek
Ikan kekek mak iloi-iloi,
Ikan gelama mak ilai-ilai,
Nanti adik mak iloi-iloi,
Pulang sama sama mak ilai-ilai,
Sungguh malang nasib Pak Kadok,
Ayam menang kampung tergadai,
Helang melayang berbalik-balik,
Helang menuju Pulau-Pinang,
Tunggu sayang tak balik-balik,
Air mata jatuh berlinang,
Ikan kekek oi,
Ikan kekek ah,
Ikan kekek (4x)
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:16 AM
0
comments
Labels: Lirik
Saturday, July 10, 2010
Enjit-Enjit Semut
Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas,
Enjit-enjit semut, ulang
Siapa sakit naik atas.
-
Pisanglah emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutanglah emas boleh dibayar,
Hutanglah budi dibawa mati.
-
Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas,
Enjit-enjit semut, ulang
Siapa sakit naik atas.
-
Batu Feringgi jalan mendaki,
Jalannya redup di tepi bukit
Janganlah hati dihinggap dengki,
Jasmani hidup rohani tak sakit
-
Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas,
Enjit-enjit semut, ulang
Siapa sakit naik atas.
-
Padang dan kota jalannya lebar,
Bilalah penat duduk di kereta,
Eloklah kita banyak bersabar,
-
Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas,
Enjit-enjit semut, ulang
Siapa sakit naik atas.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
9:45 AM
1 comments
Labels: Lirik
Tuesday, June 29, 2010
Cik Mamat Parang Tajam
Cik Mamat si parang tajam.
E-I-E-I-O
Parang tajam siapa punya?
E-I-E-I-O
Cik Mamat di mana diam?
E-I-E-I-O
Kampung Baru tempat tinggalnya.
E-I-E-I-O
Aduhai Cik Mamat,
E-I-E-I-O
Cik Mamat si parang tajam,
E-I-E-I-O
Aduhai Cik Mamat
E-I-E-I-O
Cik Mamat si parang tajam.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:58 PM
1 comments
Labels: Lirik
Can Mali Can
Can mali can, can mali can,
Can mali can ketipung payung, (2x)
Di mana dia anak kambing saya?
Anak kambing saya makan daun keledek,
Di mana dia cinta hati saya?
Cinta hati saya jalan terkedek-kedek.
Can mali can, can mali can,
Can mali can ketipung payung, (2x)
Di mana dia anak kambing saya?
Anak kambing saya di bawah pokok sentul,
Di mana dia cinta hati saya?
Cinta hati saya si gemuk gedempul.
Can mali can, can mali can,
Can mali can ketipung payung, (2x)
Di mana dia anak kambing saya?
Anak kambing saya yang makan daun tebu,
Di mana dia cinta hati saya?
Cinta hati saya yang pakai baju biru.
Can mali can, can mali can,
Can mali can ketipung payung, (2x)
Anak kambing saya yang makan pucuk ubi,
Di mana dia cinta hati saya?
Cinta hati saya yang tidak punya gigi.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:45 PM
1 comments
Labels: Lirik
Bangau O Bangau
Bangau o bangau
Kenapa engkau kurus
Bagaimana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul. (2x)
Ikan o ikan
Kenapa tak mahu timbul
Bagaimana aku nak timbul
Rumput panjang sangat. (2x)
Rumput o rumput
Kenapa panjang sangat
Bagaimana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku. (2x)
Kerbau o kerbau
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit. (2x)
Perut o perut
Kenapa engkau sakit?
Bagaimana aku tak sakit.
Makan nasi mentah. (2x)
Nasi o nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah. (2x)
Kayu o kayu
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah.
Hujan timpa aku. (2x)
Hujan o hujan
Kenapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun
Katak panggil aku. (2x)
Katak o katak
Kenapa panggil hujan?
Bagaimana aku tak panggil
Ular nak makan aku. (2x)
Ular o ular
Kenapa makan katak?
Bagaimana aku tak makan
Memang makanan aku. (2x)
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:43 PM
0
comments
Labels: Lirik
Anak Itik Tok Wee
Anak itik Tok Wee
Mandi dalam kolam
Sakit ape Tok Wee
Sakit sendi tulang
Ubat apa Tok Wee
Ubat limau lelam
Sakit apa Tok Wee
Sakit sengal tulang
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:40 PM
0
comments
Labels: Lirik
Monday, June 28, 2010
Anaklah Ayam
Anaklah ayam, anak ayam turun sepuluh
Mati seekor (2x) tinggal sembilan
Mari belajar (2x) bersungguh-sungguh.
Supaya kita (2x) tidak ketinggalan.
Anaklah ayam, anak ayam turun sembilan.
Mati seekor (2x) disambar helang.
Kalaulah kita (2x) sudah ketinggalan.
Ilmu tiada (2x) kawan pun hilang.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:47 AM
1 comments
Labels: Lirik
Thursday, May 14, 2009
UNTUK GURU
Untuk guru, harapan bangsa
Nilainya utama pada negara
Baktinya mulia tidak terkira
Akan kukenang hingga akhir hayat
c/o
Oh! Tuhan ku mohon padamu
Doa restu buat guruku
Yang berjasa pada kami
Suka duka selalu dirasai
Semoga guru, yang akan pergi
Terus perjuangan pada negara
Ajaran guru, tetap kami ingat
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
2:59 PM
2
comments
Labels: Lirik
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
-
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
-
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
-
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
-
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
2:56 PM
0
comments
Labels: Lirik
Wednesday, May 13, 2009
Bapaku Pulang dari Kota
Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku ke sekolah
-
Poon...poon...poon...poon
Poon...poon...poon...poon
-
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik, mari adik
Boleh kubawa jumpa nenek
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:19 PM
0
comments
Labels: Lirik
Sayonara (Selamat Tinggal)
Sayonara, sayonara
Hingga berjumpa lagi…
Buat apa susah, buat apa susah
Susah itu, tiada gunanya…
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:16 PM
0
comments
Labels: Lirik
LEVA BUUT LEVA SUVA
Bendera kita berkibar megah
Lambang semangat juang
Pendorong kejayaan
Kita pun akan tarikan
Tarian kemenangan
Dengan cogan kata kita
LEVA BUUT LEVA SUVA
Bersama…
Berpegang tangan
Berganding bahu
Semarak sinar
Obor kejayaan
Sehingga ke puncak jaya…
(ulang dari rangkap kedua)
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:12 PM
0
comments
Labels: Lirik, SK Long Segaham
SK Long Segaham
SK Long Segaham
Tempat kami menimba ilmu pengetahuan
Mengenal huruf mengecam angka
Membaca menulis mengira
Kami adalah anak wawasan
Mara menuju era kemajuan
Bersatu berdisiplin berusaha berdikari
Mencapai impian di hati
Guru-guruku tunggak harapan
Jasamu kami perlukan
Berikan pedoman sinari jalan
Untuk kami mara ke depan…
SK Long Segaham
Serta guru-guru yang kami muliakan
Tersemat di hati ingatan yang abadi
Budimu Tuhan berkati
Budimu Tuhan berkati…
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:05 PM
0
comments
Labels: Lirik, SK Long Segaham
Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
-
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
-
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
-
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
9:43 PM
0
comments
Labels: Lirik
Ibu Pertiwiku
Sarawak Tanah Airku
Negeriku Tanah Airku Sarawak
Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku
-
Rakyat hidup mesra dan bahagia
Damai muhibah sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak kucintai
-
Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Negara berdaulat
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
9:36 PM
1 comments
Labels: Lirik