Tuesday, June 29, 2010

Bangau O Bangau

Bangau o bangau

Kenapa engkau kurus

Bagaimana aku tak kurus

Ikan tak mahu timbul. (2x)


Ikan o ikan

Kenapa tak mahu timbul

Bagaimana aku nak timbul

Rumput panjang sangat. (2x)


Rumput o rumput

Kenapa panjang sangat

Bagaimana aku tak panjang

Kerbau tak makan aku. (2x)


Kerbau o kerbau

Kenapa tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan

Perut aku sakit. (2x)


Perut o perut

Kenapa engkau sakit?

Bagaimana aku tak sakit.

Makan nasi mentah. (2x)


Nasi o nasi

Kenapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah

Kayu api basah. (2x)


Kayu o kayu

Kenapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah.

Hujan timpa aku. (2x)


Hujan o hujan

Kenapa engkau turun?

Macam mana aku tak turun

Katak panggil aku. (2x)


Katak o katak

Kenapa panggil hujan?

Bagaimana aku tak panggil

Ular nak makan aku. (2x)


Ular o ular

Kenapa makan katak?

Bagaimana aku tak makan

Memang makanan aku. (2x)

No comments: