Wednesday, June 02, 2010

Sayonara Cikgu Zul!

Hari pertama latihan kardiovaskular berjalan dengan baik cuma seperti biasa gangguan anjing hadapan rumah atau premis kedai seringkali mengganggu momentum jarak 10 km, persetankan semua itu yang penting aku sudah berada di kampung. Keadaan ini selalu membuatkan aku terkenangkan trek yang paling ideal (mengikut pandangan peribadi aku) iaitu dari Tamu Bintulu ke Tanjung Batu.

Cikgu Zul akan dipindahkan ke daerah Selangor untuk menjalankan tugas beliau dalam penggal kedua 2010 setelah berkhidmat di Segaham selama setahun 6 bulan. Banyak tugas-tugas beliau (bukan tugas mengajar) akan di handing over kepada guru-guru yang sedia ada di Segaham. Ini bermakna akan ada mangsa baru yang akan ditugaskan di sini menggantikan beliau.
-
Perjalanan pulang ke kampung menempuh jalan sukar seperti biasa kerana menggunakan perahu, Hilux, teksi, kapal terbang, shuttle bus, monorail, bas ekspress, bas loncat dan motor untuk betul-betul sampai di hadapan rumah. Suasana di Bintulu sangat sibuk dengan ramainya orang pulang ke kampung masing-masing dan membeli belah di saat-saat akhir Hari Gawai suasananya tidak ubah seperti di Jalan TAR sewaktu menyambut Aidilfitri.

Tiket Air Asia (tidak pasti tiket MAS) mencecah hingga RM1,200 pada Hari Gawai, jika membelinya 3 bulan yang lepas ia baru sekadar RM450. Sebagai pilihan, ada yang membeli tiket Bintulu ke Kuching dan kemudian Kuching ke Kuala Lumpur dimana kosnya baru kira-kira RM600 tetapi sangat leceh kerana terpaksa bermalam di Kuching.

Perhentian Puduraya telah ditutup selama 4 bulan dimana operasi bas sekitar KL, Selangor, Tanjong Malim dan Seremban telah dipindahkan ke Terminal Hang Tuah manakala ke negeri-negeri lain tidak termasuk Kelantan dan Terengganu beroperasi di Terminal Bukit Jalil.

1 comment:

Anonymous said...

SELAMAT MALAYSIA
Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
“U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
“U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
“U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
Sekian, Terima Kasih.
YANG BENAR,
RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR

SAVE MALAYSIA
MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
"U" Your father YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
"U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
"U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

Thank you,
THE TRULY,
People Who Love Malaysia
Gombak

MAKAN DUIT HARAM, MACAM MAKAN BABI: DR MAHATHIR SAID.....

http://www.youtube.com/watch?v=cuyFp-xo1y4