Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

Biar Cintanya Di lema Sengsara

Yang suram adalah malam kelam ,

Yang kelam adalah kegelapan semalam,

Yang kejam adalah resam….

Yang resam adalah dendam.

Yang dendam aku pendam.

Bila hati telah terluka,

Bila teluka membuah lara,

Bila lara menghimpit seksa,

Bila seksa menghancur cinta…

Bila cinta aku redha…

Kerana istana kasih terlalu teguh,

Kerana impian cinta teramat utuh,

Biar sesekali wajahmu keruh…

Biar seketika sabarku kau bunuh…

Sesungguhnya ku kekal patuh.

Yang ku tunggu adalah harapan,

Yang ku harapkan adalah sinaran

Yang bersinar adalah kebahagiaan,

Yang bahagia itulah impian,

Yang ku impikan adalah ikatan..

Biar derita menghimpit rasa,

Biar rasa terus membara,

Biar bara membakar jiwa,

Biar jiwa taat setia,

Biar setia pada cinta,

Biar cintanya dilema sengsara…

marelvn

0936 pagi

11-07-2008

Segaham

Tuesday, May 20, 2008

Enam Dekad Bencana Palestin

Ketika aku kecil lagi paparan hitam putih kaca televisyen selalu menceritakan Palestine

Bukannya cerita tentang keramat Isra dan Mi’raj yang berlaku

Tetapi cerita derita korban, cedera dan anak kehilangan bapa

Dan hari ini ia masih belum berubah cuma paparannya mempunyai warna

Sudah banyak kali aku melihat perjanjian demi perjanjian dimeterai

Namun selagi ada perjanjian selagi itu ia dilanggar oleh Yahudi

Rupanya sudah genap enam dekad bumi para nabi ini ditimpa bencana

Selepas ia pernah diselamatkan oleh Sallahuddin Al-Ayub pada bencana salib sebelumnya

Sebenarnya bukannya banyak sangat jumlah bangsa penganut taurat yang dipesongkan ini di bumi,

jika hendak dibandingkan dengan penganut yang mengtauhidkan Allah.

Tapi kenapa kita tidak mampu melawannya seperti Sallahudin Al-Ayub?

Ini kerana tiada suatu bidang yang tidak dapat dikuasainya

Katakan apa sahaja perniagaan yang tidak dikuasainya,

malah hingga ke sekecil-kecil barangan pun di bawah kawalannya

Katakan di mana politik di barat yang tidak dikuasainya,

malah kadang-kadang hingga ke Timur pengaruhnya

Cari sahaja bidang ilmu yang tidak mereka kuasai,

hampir semua ilmu yang kritikal dalam genggaman mereka

Malah hiburan Hollywood pun sudah dikuasainya,

supaya senang menyebarkan propaganda Islam itu adalah pengganas

Mungkin kita patut bersyukur Hitler melakukan upacara “Holocaust” untuk mereka

Mungkin benar seperti kata Tun Mahathir kita harus jadi seperti mereka!

Sunday, May 11, 2008

Cinta

Bermacam cara manusia mendefinasikannya

Samada ia menuntut seorang anak derhaka kepada ibunya

Samada ia menuntut nyawa

Samada ia menghilangkan kewarasan akal dan budi

Samada ia mendekatkan sang kekasih pada penciptaNya

Yang pasti ia akan mengorbankan masa;

cuma untuk mengetahui bahawa mereka tidak serasi,

cuma untuk mengetahui mereka tidak diciptakan untuk bersatu,

dan cuma untuk mengetahui mereka tidak sepatutnya bertemu.

Cuma yang masih menjadi persoalan mengapa bercinta jika hanya untuk berpisah!

Raja Melewar

11 Mei 2008

Monday, May 05, 2008

Mungkin lebih baik begini

Hari ini seorang lagi merajuk denganku

Rasanya sudah banyak kali insan merajuk denganku

Kenapa acapkali aku tidak berada di sisi

Mereka akan merajuk

Setiap kali itu terjadi aku perlu memujuk

Bila difikirkan kembali oleh otakku yang dangkal

Seharusnya aku bersyukur kerana

Kehadiran aku dirasai di sisi mereka

Aku tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi

Jika kehadiran aku langsung tidak membawa apa-apa makna kepada mereka

Sudah tentu mereka tidak akan merajuk

Dan aku tidak perlu memujuk

Dan aku berharap sangat itu tidak berlaku di hari lahirku

Iaitu pada hari ini, tahun depan atau tahun-tahun seterusnya.

____________________

Raja Melewar

5 Mei 2008

Monday, April 14, 2008

Seksi di Malam Merdeka

Tanggal 31 Ogos
Bergema laungan merdeka
Sebagai lambang kebebasan
Ketika suatu masa
Tunku melaung azimat
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka!

Stadium merdeka menjadi saksi
Konsert berlangsung di sana-sini
Artis terkinja menari-nari
Bunga api berwarna-warni
Bercahaya berdentum di malam hari
Namun Mat Rempit semakin berani!


Nukilan Maswafi dan rakan-rakan.

Penggunaan teknik PERMATA dalam pembinaan puisi