Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts
Tuesday, December 18, 2012
Saturday, December 06, 2008
Monday, November 24, 2008
Friday, November 21, 2008
Tuesday, November 07, 2006
Kalau hendak diikutkan hati busuk aku, mahu sahaja terbalikkan kontena yang menghantar suratkhabar “The Star” semalam. Mana tidaknya aku yang sudah lama mengikuti larian seluruh Semenanjung Emas ini jangankan perut, hidung aku pun tidak pernah masuk suratkhabar, tapi Zafrul yang separuh masak itu telahpun terpampang muka dan badannya di muka surat N24 semalam. Firdaus yang memasuki larian sejak dari bangku sekolah pun cuma nampak lengan kirinya sahaja. Zafrul menyuruh aku memujinya seperti Marsha memuji dia kelihatan laju berlari semasa gambar itu diambil padahal sebenarnya itu jurugambar itu tidak membetulkan “setting” ASA kameranya dengan betul. Jikalau mahu memuji diri sendiri aku nasihatkan lebih baik buat blog sendiri dan iklankan sahaja dalam tabloid KOSMO mesti seluruh Semenanjung akan membacanya kerana di sini bak kata Zubir tempat aku “membelasah” kawan-kawan aku.Entah kenapa lembab sangat aku mendapat “habuan” daripada apa yang aku lakukan, kalau dilihat Marsha yang kali pertama memasuki larian pun sudah mendapat medal berbanding aku yang terpaksa menunggu jarak masa seorang ibu mengandung. Rupanya Cikgu Rajan pula menyusul Bomoh Zain kemalangan motosikal hingga menyebabkan tulang tangannya retak hingga menyekat rancangannya ke Gunung Irau dua minggu lagi. Bomoh Zain yang patah tangan kanan dan satu tulang rusuk sudah pun dikeluarkan daripada Hospital Tapah minggu lepas namun Haji Nan masih lagi di Hospital Ipoh untuk rawatan terhadap lima tulang rusuknya yang patah.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:38 AM
1 comments
Wednesday, June 21, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)








