Showing posts with label Buah-buahan dan Tumbuh-tumbuhan. Show all posts
Showing posts with label Buah-buahan dan Tumbuh-tumbuhan. Show all posts

Sunday, February 03, 2013

Udang Batu


Udang batu ialah yang jenis udang tahan lama tanpa air, mengikut pengalaman penulis ia masih hidup di dalam bekas tanpa air selama 4 jam. Ada pendapat mengatakan ia dapat bertahan sehingga sehari.

Tuesday, January 08, 2013

Kakus

Buah kakus ialah panggilan orang Iban, manakala orang Kejaman memanggilnya sebagai buah isau. Buah ini bentuknya sama seperti buah mata kucing atau longan begitu juga rasanya tetapi ia tidak serupa kerana isinya lebih tebal dan kulitnya sangat kasar. Ia mempunyai dua jenis iaitu warna hijau dan kuning, biasanya warna hijau dijual lebih mahal berbanding warna kuning.

Keranji/Koran


Inilah buah yang selalu dipantunkan sastera melayu, ada orang menyebutnya buah keranji dan ada yang menyebutnya sebagai buah koran. Buahnya berwarna coklat hitam dan mempunyai kulit yang lembut dan rapuh. Isinya masam seperti asam boi juga lembut dan mempunyai biji seperti biji saga. Ia biasanya gugur di bawah pohon balak.



Wednesday, December 19, 2012

Batu























Tuesday, September 18, 2012

Saturday, September 08, 2012









Engkabang









KITA mungkin biasa mendengar dan melihat minyak dihasilkan menggunakan buah kelapa, jagung dan kelapa sawit, namun tidak ramai yang mengetahui masih terdapat sejenis buah yang boleh diproses untuk dijadikan minyak masak.
Buah yang dimaksudkan ialah engkabang. Mungkin ramai antara kita yang tidak pernah mendengar namanya apatah lagi melihatnya di depan mata. Ini kerana pokok engkabang banyak tumbuh di kawasan pedalaman Sarawak termasuk di sekitar Sungai Rajang.
Buah engkabang atau nama saintifiknya shorea macrophylla cukup sinonim di kalangan masyarakat yang tinggal di pedalaman Sarawak terutama kaum Iban.
Bagi masyarakat Iban, buah itu turut dikenali sebagai bilun atau buah helikopter kerana mempunyai pelepah kecil yang melindungi buahnya seolah-olah bilah kipas helikopter.
Menurut penduduk tempatan, mereka sangat terpegun apabila melihat buah engkabang gugur dari pokok kerana buahnya jatuh secara berputar bagaikan helikopter hendak mendarat.
Engkabang mempunyai keunikan tersendiri kerana berbuah tiga hingga lima tahun sekali dan mengandungi khasiat sebagai agen antipenuaan.
Buahnya bukan sahaja dijadikan minyak, malah turut diproses bagi menghasilkan produk kosmetik untuk golongan wanita.
Ada juga sesetengah masyarakat di Sarawak menjadikan buah engkabang sebagai ulam kerana rasanya lebih lemak dan berbau harum sementara kayunya pula amat bernilai kerana boleh digunakan untuk membuat rumah.
Bagaimanapun, cara memproses minyak amat rumit kerana kulit buah engkabang perlu dikupas terlebih dahulu sebelum isinya dijemur untuk dikeringkan.
Menurut cara tradisional, isi engkabang yang sudah kering kemudian ditumbuk hingga halus dan diperah hingga keluar minyaknya.
Kemudian, minyak tersebut akan disimpan di dalam buluh sehingga menjadi seperti mentega sebelum digunakan untuk memasak.
Minyak yang dihasilkan daripada buah engkabang sangat sesuai digunakan untuk membuat nasi goreng kerana harumannya yang membuatkan nasi menjadi sedap.
Bagi penduduk yang bergantung hidup dengan memungut hasil hutan, ketibaan musim engkabang amat dinanti-nantikan kerana ia menjadi punca pendapatan.
Pada Februari lalu, penduduk di Song, Sarawak bagaikan berpesta menyambut kedatangan musim engkabang sehingga mereka sanggup berjalan di atas kayu-kayu terapung di sungai untuk memungut buah engkabang yang gugur sebelum dijual kepada pemborong.
Seorang tukang kebun, Selah Awi, 42, berkata, ramai orang termasuk kanak-kanak masuk ke hutan untuk mencari buah engkabang.
"Kami akan pungut buah engkabang yang gugur sebelum dibawa balik ke rumah untuk dikeringkan.
"Selepas isi engkabang kering barulah kami menjualnya kepada pemborong kerana isi yang telah dikeringkan lebih mahal harganya," kata Selah kepada Kosmo! baru-baru ini.
Menurut lelaki itu, beliau turut menanam pokok engkabang di kebun yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
"Dulu pokok engkabang banyak tapi sekarang tinggal sedikit saja kerana ia terpaksa ditebang untuk mendapatkan kayu bagi tujuan membuat rumah," ujarnya.
Selah memberitahu, dengan bantuan isteri dan anak-anak, mereka bersama-sama membelah buah engkabang bagi mengasingkan isi dan kulitnya untuk dijemur sebelum dijual.
Beliau berkata, sekarang susah untuk mendapatkan minyak yang dihasilkan daripada buah engkabang kerana prosesnya yang rumit.
"Kalau dulu, orang kampung akan buat minyak sendiri dengan memasak biji engkabang di dalam buluh, namun sekarang tidak ada lagi, malah di kedai pun sudah tiada," kata beliau.
Bagi pemborong buah engkabang yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 56, setiap kali tibanya musim engkabang, halaman rumahnya mesti dikosongkan untuk dijadikan tempat mengumpul buah yang telah dijual oleh penduduk.
"Kadang-kadang sampai tiga tan buah yang telah kering dijual oleh penduduk sehinggakan tidak cukup tempat untuk menyimpannya," katanya yang menjadi pemborong engkabang sejak tahun 1986.
Katanya, buah engkabang yang belum kering dibeli pada harga 60 sen sekilogram, manakala isi yang telah kering dibeli pada harga antara RM1 hingga RM2.
"Walaupun saya membeli buah yang telah kering, namun ia akan terus dijemur dan dikeringkan lagi untuk mendapatkan kualiti terbaik sebelum dihantar ke Sibu.
"Buah ini kemudiannya akan dieksport ke luar negara kerana mendapat permintaan yang tinggi di sana," jelasnya.
Di saat kemeriahan penduduk memungut engkabang apabila tiba musimnya, penduduk tempatan bagaimanapun melahirkan rasa kecewa kerana banyak pokok telah ditebang oleh pembalak haram dan untuk tujuan pembangunan.
Sumber: Kosmo

Friday, August 03, 2012

Kulat Buah (Cendawan)



Orang Iban menamakannya kulat buah walaupun ia tumbuh dan hidup di atas tanah (bahasa melayu kulat merujuk kepada cendawan yang tumbuh di batang pokok). Rasanya sama seperti cendawan butang atau payung (warna putih), ia tidak merbahaya walaupun warnanya menggambarkan sebaliknya.

Thursday, July 19, 2012

Pokok Miau-Miau



Pokok miau-miau berbentuk seperti daun sireh, warnanya hijau muda. Pokok ini adalah jenis menjalar di atas tanah, namun adalah lebih baik ia diikat kepada tiang supaya ia lebih subur dan mudah menjaganya. Ia sangat senang dijaga dan mudah tumbuh pucuk baru selepas dipetik. Ia dibuat sayur dan rasanya seperti bendi (berlendir) dan lembut.

Sunday, January 15, 2012

Daun Gelenggang



Daun gelenggang tumbuh melata di kawasan hutan tanah pamah di Malaysia, ia digunakan dalam perubatan penyakit kulit. Ia dikatakan mujarab untuk penyakit panau dan kurap, caranya ialah dengan menumbuk hingga lumat daunnya dan dicampur dengan air (ada juga yang menambah sedikit garam). Kemudian di sapu pada bahagian yang berpenyakit selama 3 hari untuk mendapat kesannya.

Monday, October 17, 2011

dabai

Pokok buah ini seperti pokok langsat namun buahnya seperti buah kelapa sawit. Buah ini harus direndam di dalam air panas selama 3 minit atau kaedah lain melumurkannya dengan minyak masak bersama kicap serta dijemur selama 30 minit. Rasanya berlemak seperti kacang badam versi lembut.
Bunga kunyit

Agak sukar hendak menemukan bunga kunyit melainkan jika pokok itu tidak "disentuh" selepas ditanam. Ia biasa di buat ulam atau kerabu oleh orang melayu, rasanya ada pedas-pedas sedikit seperti memakan daun sirih.
Terung Iban
Pokok Terung Iban

Rasa terung ini sangat masam, biasanya dibuat sup sahaja oleh orang Sarawak. Jika di bakar seperti ayam panggang semua rasa manisnya akan keluar.
buah ara
buah ara
Pokok buah ara

Biasanya hidup di tepi sungai dan menjadi makanan ikan-ikan juga boleh dibuat umpan memancing. Bentuknya seperti buah tin (yang biasa dibawa balik dari Mekah), buah yang sedap dimakan ialah yang merah hijau dan rasanya seperti buah kedondong versi lembut.
Daun Pai
Daun Pai

Daun ini tiada kegunaan, namun haruslah dielakkan kerana sangat gatal jika terkena kulit.
Tembakau Kayan

Tembakau ini rasanya amat keras, biasanya ditanam ditepi-tepi sungai. Kalau sesiapa yang pernah bekerja di kilang rokok rasanya seperti kualiti tembakau M4.
Daun Ngaing
Daun Ngaing
daun tuden
daun tuden

Kedua-dua jenis daun ini sangat sesuai untuk membungkus nasi kerana ia akan mengekalkan aroma daun dan menjadikan nasi tahan lama. Daun tuden biasanya digunakan juga oleh masyarakat cina untuk membungkus tauhu.