Sungkai, asal usulnya.
Pendahuluan
Saya menerima ulasan yang agak kritis dan membina untuk tulisan saya bertarikh 18 Mac 2006 bertajuk Sungkai. Berikut adalah sedikit kenyataan saya “…pada masa lalu terdapat seorang bayi perempuan hanyut di Sungai Sungkai di atas buih lalu diambil orang kampung lalu dinamakan Puteri Buih… Aku teringat semasa Raja Nazrin datang merasmikan Sekolah Menengah Trolak dulu, air minum Sultan (Perak) didatangkan dari Tapah, aku rasa mereka bersikap berhati-hati kerana dikhuathiri daulat Sungkai (Puteri Buih) masih ada…”
Ilmu asal-usul
Sebelum saya pergi kepada cerita Puteri Buih yang kadang-kala menjadi salah satu bahan mengajar ketika waktu senggang eloklah saya menceritakan tentang “ilmu asal usul”. Ilmu ini hanya boleh dipelajari oleh sesiapa yang berminat hendak menjadi pawang atau bomoh setelah melalui proses meminang (penuntut mesti membawa barang yang dijanjikan seperti kain hitam, garam jantan dan jarum). Ilmu asal usul adalah perkara wajib yang mesti diketahui sebelum mempelajari jampi serapah. Ini kerana di dalam jampi serapah kita perlu mengetahui siapa penjaga kita dan setakat mana kawasan jagaannya.
Bagaimana Sungkai mendapat nama?
Sungkai seharusnya sinonim dengan pokok Sesungkai tumbuhan yang melata di sepanjang Sungai Sungkai dan sekitarnya. Secara fizikalnya teras batangnya lembut seperti pokok ubi dan daunnya seperti daun pokok mengkudu tapi bercabang dan batangnya boleh membesar seperti pokok mangga. Ironiknya orang di pedalaman Pahang (Sungai Pahang) memanggilnya pokok Sungkai dan mereka mengamalkan dalam perubatan tradisional dimana air rebusan daunnya diminum untuk menghilangkan demam panas. Orang Sungkai suka menggunakan pokok tersebut untuk dibuat tiang jambo (pondok menjaga buah durian gugur) kerana tiang tersebut akan hidup dan tahan lama (seperti yang kita menanam pokok ubi). SMK Sungkai ada menanam pokok ini sebagai salah satu proses pembelajaran kepada pelajar-pelajarnya.
Panglima Hitam dan kawasannya.
Panglima Hitam adalah penjaga kawasan mukim Sungkai dan sekitar Pahang, mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan penjaga dan kenapa hanya mukim Sungkai dan sekitar Pahang? Setiap kawasan ada penjaganya yang akan mengawal segala hal-hal ghaib yang berlaku di kawasan itu, di Sungkai dan Pahang nama penjaga tersebut adalah Panglima Hitam. Jika hal-hal ghaib berlaku di Taiping, bomoh di kawasan Sungkai dan Pahang tidak dapat berbuat apa-apa melainkan merujuk kepada bomoh di kawasan Taiping kerana ada penjaganya yang tersendiri di situ, samalah jika sebaliknya berlaku.
Persoalan yang kedua kenapa Sungkai dan Pahang sahaja, alasannya Panglima Hitam hanya mengawal hal-hal ghaib di kawasan adanya pokok Sesungkai. Pada mulanya saya tidak percaya bahawa pokok Sesungkai cuma boleh didapati di Sungai Sungkai dan Sungai Pahang sahaja. Namun setelah menjarah hampir kebanyakan kawasan pedalaman di Semenanjung, pernah melakukan Trans Titiwangsa serta pernah melakukan perjalanan air dari Pending (Kuching) ke hulu Sungai Rajang (Batang Balui) sejauh lebih 600km saya yakin bahawa perkara itu benar.
Puteri Buih
Sungkai mengikut ilmu asal-usul ada kaitan dengan salasilah keturunan Sultan Perak sekarang. Mengikut ceritanya pada masa lalu terdapat seorang bayi perempuan hanyut di Sungai Sungkai di atas buih lalu diambil orang kampung lalu dinamakan Puteri Buih. Kecantikan Puteri Buih amatlah masyhur hingga menarik perhatian Sultan Perak lalu ia meminang Puteri Buih, namun terdapat masalah kerana Puteri Buih kononnya datang dari keluarga bunian.
Setelah perbincangan diadakan antara pihak Sultan dan Panglima Hitam (bunian) maka dua (2) syarat telah ditetapkan untuk menghormati tempat datangnya Puteri Buih ini. Dua (2) syarat tersebut ialah keturunan Sultan tidak boleh minum air berpunca dari mukim Sungkai dan kedua tidak boleh memijak tanah di Sungkai tanpa beralaskan kain kuning. Jika perkara ini dilanggar malapetaka akan berlaku terhadap Sultan. Pernah satu ketika Permaisuri Sultan Perak datang ke SMA Abbasyiah lebih kurang 15 tahun yang lepas pulang terus kerana tiba-tiba sahaja ribut petir sabung menyabung. Alasan yang diberikan oleh penduduk kampung ialah kerana ia memijak tanah tanpa menggunakan alas kain kuning.
Terdapat percanggahan fakta antara Ku Alam dan Ahmad Said dengan versi saya, saya percaya ini dapat mencambah ilmu antara sesama kita. Mengenai ada laut air tawar di Tiang Bertarah telah diperbesar-besarkan, saya percaya apa yang dimaksudkan laut itu cumalah sungai yang besar (macam laut kata orang tua). Mengambil analogi bagaimana Kg Pekan Lama (Sungkai) itu mendapat lama, ia sebenarnya sebuah pekan yang sangat maju dimana air adalah pengangkutan utama.
Dasar sungai yang dalam dan lebar membolehkan tongkang bergerak dari Sungkai ke Teluk Intan, untuk memberikan jawapan yang lebih realistik sila lihat youtube : Kisah Tongkang Sungai Baleh, dimana terdapat tongkang yang sangkut kerana sungainya tidak cukup dalam. Namun ia tidak bermakna sungai yang tidak cukup dalam ini tidak cukup untuk melemaskan gajah!. Lagipun jika Tiang Bertarah sudah menjadi laut semua penduduk Sungkai mungkin terpaksa berpindah ke kawasan Banjaran Titiwangsa untuk hidup.!
Saya percaya Puteri Buih ini dijumpai terapung di kawasan Tiang Bertarah walaupun saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu semasa belajar ilmu asal-usul. Ini kerana Tiang Bertarah adalah penempatan awal di Sungkai dan kebanyakan sejarah bermula di situ termasuklah jumpaan istana bunian oleh orang tua yang boleh dipercayai cakapnya semasa sedang berburu.
Kesimpulannya
Sebenarnya terdapat persamaan versi Ku Alam dan Ahmad Said dengan penulis jika diamati terutama cara Puteri Buih dijumpai. Penulis cuma lebih banyak bercerita dari sudut hal-hal ghaib (Panglima Hitam) manakala Ku Alam dan Ahmad Said bercerita dari sudut sejarah keluarga. Alangkah baiknya jika terdapat usaha untuk menyatukan dua cerita ini menjadi satu.
5 comments:
Salam tuan.
Alhamdulilah dan terima kasih atas maklum balas yang di hulurkan dalam bersama merungkai akan mesteri Sejarah Puteri Buih di Tanah Sungkai.
Terima kasih atas perkongsian berhubung ilmu asal usul yang telah tuan menyatakan, sesungguhnya kite ini tidak lah berapa arif dan mengetahui akan perihal tersebut. Namun dengan perkongsian ilmu ini maka dapatlah kite jadikan ia satu ilmu dalam meniti kehidupan di alam maya yang sementara ini.
Sekadara makluman dan perkongsi imu. Di sungkai terdapat seorang Pawang yang bernama usop panjap dan anaknya yang bernama Amad jika tak silap kite mempunyai sedikit ilmu untuk mengetahui siapa yang menjaga kawsaan di setiap tempat. Maksud kite penjaga kawasan yang tidak nampak dari pancaran mata kasar.
Untuk makluman tuan jua, dengan kerendahan sifat kite nyatakan bahawa kite adalah keturunan Pawang Besar Bidor (Jin Perang) dari Warisan Diraja Bugis. Kerana itu juga di maka nenda saudara kite sakit, tidak boleh berubat dengan orang lain jika tidak malam selepas mengubat nenda saudara kite, orang yang mengubat itu pasti akan didatangi seorang lelaki yang berjubah Hitam dan tinggi mengetuk pintu dan memberi amaran bahawa jangan sesekali cuba mengubat nenda saudara kite.
Tentang sungkai mendapat nama tidak kite ketahui akan ia, namun kite percaya dan yakin bahawa apa yang di nyatakan oleh tuan ada betul perihal Pokok Sesungkai di mana pokok ini hanya boleh hidup di Tanah Sungkai kerana itu lah yang telah di nyatakan oleh nenda kite tentang perihal Pokok Sesungkai. Pokok Sesungkai ini jika di campak di Tanah Sungkai pasti akan hidup namun sebaliknya jika di tanah di luar Sungkai “ kata nenda kite”.
Namun perihal Pokok Sesungkai yang terdapat di pendalaman Sungai Pahang tidak kite ketahui akan ia. Namun jika benar apa yang di nyatakan oleh tuan maka semakin mesteri perihal Pokok Sesungkai, namun kite percaya dan yakin mungkin tuan yang telah mempelajari ilmu asal usul dapat mengetahui akan ia dengan lebih lanjut lagi.
Tentang Panglima Hitam ini tidak dapat kite perjelaskan dan menyokong akan kenyatana kerana nama panglima hitam ini boleh di dengari di serata tanah semenanjung akan perihal akan kepahlawanan dan kehandalannya. Pun begitu telah kite merujuk kepada nenda kite bahawa kemungkinan panglima hitam ini menjaga seluruh tanah semenanjung. Namun jika tuan menyatakan bahawa panglima hitam ini yang merupakan penjaga kawasan mukim Sungkai dan sekitar Pahang
Alhamdulilah, setelah kita merujuk dan mendengar sendiri daripada nenda kite akan perihal puteri buih kite akui bahawa kenyataan kite berhubung dengan laut itu tidak benar namun laut itu merujuk kepada Sungai lebar suatu ketika dahulu.
Telah menjadi adat dan pegangan orang dahulu, barang di jumpai di dalam negeri akan di serahkan kepada raja, bergitu jua lah yang di lakukan oleh sepasang suami isteri yang telah menjaga dan membesarkan puteri buih yang di temui di dalam buih berserta dengan sebilah keris yang di jumpai di dalam belayar si suami.
Alhamdulilah sepanjang penelitian kite didapati perkongsian ilmu ini menunjukkan sesuatu kisah yang jarang di ketahui oleh masyarakat luar. Sesungguhnya perkongsian ilmu ini membawa kepada perkukuhan fakta-fakta yang boleh dijadikan titik kepada permulaan kajian yang lebih terperinci berhubung dengan kisah yang sedang di rungkai akan ianya.
Kite akui bahawa kite banyak menceritakan perihal tersebut yang menjurus kearah sejarah keluarga, namun didalam lipatan sejarah keluarga ini jua di selit dengan hal-hal ghaib.
Sesungguhnya kite amat berterima kasih kepada tuan atas perkongsian ilmu di alam yang sementara ini, sememangnya Allah SWT jua yang maha mengetahui akan sesuatu.
Salam..ayahanda saya syed kamarudin bin syed jabor adalah cucu kpd pawang hitam perak brtempat di bota perak..persoalan saya,adakah pawang hitam di perak adalah orang yg sama..
Try bomoh ini tok keramat +60174334165
Dear brother and sister,
I am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at Sasanarakkha Buddhist Sanctuary (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.
My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lends donation money to President of Temple (Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.
On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because committees always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.
If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK to return that amount to my monk as soon as possible.
My monk contact place:
Ven. U Nandiya
Sasana Daja Buddhist Temple
49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
Tel: (02) 9649-8124
With kindness
KO KO NAING
Taiping, Perak, Malaysia
We will take action to help you…Master
Ok my son is lawyer
Post a Comment