Minggu kedua bertindak sebagai warden tiada masalah besar yang berlaku cuma sesekali menghadapi masalah murid yang tidak biasa dengan waktu makan malam (di sekolah pukul 5.30 petang) yang berlainan dengan waktu makan di rumah mereka. Latihan secara intensif dilakukan mulai hari selasa bagi menghadapi sukan MSSRD yang dijangkakan selepas Tahun Baru Cina. Aku masih mengekalkan jawatan sebagai penyelaras Pusat Sumber, ICT, Sukan dan Panitia Kajian Tempatan serta mendapat jawatan baru sebagai Warden. Cuma jawatan sebagai penyeleras 3 K dilepaskan kepada guru lain oleh Guru Besar akibat bebanan tugas.
2 comments:
Patutlah selalu 'online'..penyelaras ICT rupanya :-D Selamat Tahun Baru 2011, selamat sesi baru 2011
Tq Bro! selamat tahun baru pada kau juga.
Post a Comment