Thursday, June 23, 2011

Tiada Bernyawa atau Cuma Dihukum?

Tangan aku masih lenguh-lenguh kerana menghabiskan tenaga memegang “hantu” yang merasuk Malisa malam tadi. Adakah tindakan murid-murid memanggil hantu melalui permainan “spirit-spirit” itu berbaloi? Hingga menyebabkan hantu itu menyerang Malisa yang sedang membaca buku di pusat sumber. Adakah berbaloi tindakan Chester dan Benjamin bermain di bawah pokok ara berhampiran sungai? Adakah berbaloi tindakan murid-murid tahun 6 membaling batu ke arah sarang tabuan belakang rumah Apok?

Yang pasti minggu ini merupakan minggu yang kritikal sebagai warden, kerana perlu menjatuhkan hukuman setimpal secara baik atau secara jahat. Ini kerana jika hukuman secara baik ia langsung tidak membawa kesan dan hukuman secara jahat guru akan dimasukkan ke dalam palang besi. Atau mungkin patut diberi pilihan kepada ibubapa mahukan anak tiada bernyawa atau cuma dihukum?.

5 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Huh! susahnya jadi Warden... kamu sudah makin garang disana ya?

arsal74 said...
This comment has been removed by the author.
arsal74 said...

Wah...orang di sanapun ada ugutan 'masuk palang besi' ya? Ingat macam kampung kami dulu-dulu ~ cg buatlah apa-apapun: asal jgn patah, buta atau mati.
Nampaknya zaman dah berubah! :)

Maswafi Abd Samat said...

Kak Aishah:

Saya tidaklah garang sangat, cuma bezanya tiada siapa yang berani marah saya macam dulu-dulu. hee..2

Ariffin:

Dunia tanpa sempadan bro!

nyOng.is.me said...

aku belom berpengalaman jadi warden, tapi aku faham perasaan ko masa pegang yang terkena tu. ish3x... meremang bulu roma wooo...