Pusat Sumber 2011
tangga pusat sumber lama
Akhirnya setelah bertungkus-lumus aku (dengan bantuan beberapa rakan) berjaya membina sebuah pusat sumber dengan kos RM469.00 (duit gaji aku). Ini adalah azam bertulis yang pertama (membina pusat sumber) telah aku capai tahun ini, masih ada banyak lagi yang perlu aku buat untuk mencapai azam yang lain. Namun ia bukanlah seperti yang diharapkan kerana tiada buku yang mencukupi memenuhi pusat sumber. Buku bahasa melayu yang sangat sedikit berbanding dengan buku bahasa inggeris sangatlah menyedihkan itu tidak lagi melihat rak yang telah dicat semula masih ada kesan berlubang dimakan tikus.
Aku akan menghadiri kursus pada 28 Febuari 2011 berkenaan dengan pusat sumber dan NILAM (program membaca). Sudah tentu aku akan diberi pendedahan tentang cara-cara mengkatalog buku, mungkin aku sekali lagi akan dimarah oleh fasilitator kerana tiada kemudahan pusat sumber yang sempurna di sekolah dengan alasan aku tidak kreatif!. Ini pernah berlaku kepada aku pada tahun 2009 di Kapit dan 2010 di Belaga berkenaan kursus Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT). Aku dimarahi kerana tiada kemudahan makmal komputer di sekolah dan tidak kreatif untuk mencari jalan mengadakan makmal komputer!. Hampir tidak masuk akal untuk difikirkan!.
10 comments:
Tahniah!.. satu kebajikan Allah gandakan dengan 70 pahala kebajikan.. teruskanlah...
Huhu..sedihnya. Bagaimana mahu memperkasakan bahasa kebangsaan jika buku Bahasa Melayu pun kurang.
Tahniah atas usaha Wafi untuk memberi pendidikan yang lebih sempurna kepada murid2 dibumi sana.
Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt. Amin.
Tq, semua. Kalau ada lebih2 buku BM yang nipis, majalah atau kartun (macam doraemon) bolehla pos ke sini.
anda memang bagus wafi.kalau ramai orang macam hang ni,kita dapat mencapai 100% celik huruf.tahap pengorbanan membezakan wafi dari orang lain.long life wafi!
Alhamdulillah... pahala kat sana lebih banyak daripada kami kat sini, kot. Tahniah
salam,lama tak jenguk blog ko..tahniah bro..balik kl cari aku kat padang..tempat biasa..lama tak borak..SARJEN UM
he..2 tq semua. Pasal pahala lebih banyak tu aku x tahu pula.
Sarjen, insyallah!
nice......
Tahniah Wafi !.........
Tersentuh hati saya melihat masih ada kedaifan dalam sistem pendidikan kita. Kalau balik KL.......hubungi saya, mungkin ada yang boleh dikongsikan.
Insyallah, puan. Terima kkasih kerana sudi berkongsi.
Post a Comment