Monday, January 23, 2012

Produk 3 dalam 1

Satio
J108i

J108i ini adalah telefon bimbit biasa yang dihadiahkan oleh isteriku sempena 'kematian' telefon bimbit Satio (Sony Ericsson Symbian) aku. Harganya 6 kali lebih murah namun tidaklah menyakitkan hati seperti telefon Symbian kerana baterinya tahan lama dan tiada masalah kekunci. Kerana terikutkan nafsu aku membelinya (Satio) tanpa berfikir panjang dan akhirnya memakan diri apabila "touch screen" rosak sebanyak 2 kali dan bateri yang sudah ditukar sebanyak 3 kali. Satu-satu yang boleh diharap tentang Satio ialah kualiti kameranya (12 mp) yang harus diberi 5 bintang. Dalam penelitian aku produk ICT berasaskan 3 dalam 1 walaupun apa jenamanya tetap akan membawa masalah, adalah lebih baik membeli produk-produk asas secara berasingan.

Sunday, January 15, 2012

Daun Gelenggang



Daun gelenggang tumbuh melata di kawasan hutan tanah pamah di Malaysia, ia digunakan dalam perubatan penyakit kulit. Ia dikatakan mujarab untuk penyakit panau dan kurap, caranya ialah dengan menumbuk hingga lumat daunnya dan dicampur dengan air (ada juga yang menambah sedikit garam). Kemudian di sapu pada bahagian yang berpenyakit selama 3 hari untuk mendapat kesannya.

Sunday, January 08, 2012

Nikah

Tirai 2012

Tirai 2012 telahpun dibuka, ini bermakna pengetahuan aku meningkat seiring dengan umur hendaknya. Tahun ini status bujang aku telah berubah kepada sang suami yang mempunyai amanah yang maha hebat. Walaupun isteri aku tinggal di Sarawak untuk sampai ke kediamannya (daerah Selangau) aku terpaksa menaiki perahu selama sejam, hilux selama 4-5 jam dan bas selama 2 jam. Pilihan lain yang aku ada ialah menaiki bot ekspress berkuasa kuda 400 ke Sibu (bandar terdekat dengan Selangau) yang mengambil masa 8 jam setelah ditolak waktu berehat dan henti-henti.

Walaupun begitu hati terasa begitu gembira kerana mempunyai pasangan, mungkin segembira seperti pasangan burung di dalam syurga yang dilihat oleh Adam di dalam syurga sebelum diciptakan Hawa. Tugas-tugas di sekolah rasa sudah tidak terbeban sangat seperti dahulu tambahan guru besar mengagihkan tugas-tugas lama aku kepada Afiq, mungkin berkat berkahwin agaknya. Syukur dan terima kasih ya Allah!.