Monday, April 17, 2006

Larian Cops : 16 April 2006


Jumlah penyertaan seramai 10,929 ribu orang yang dirasmikan oleh PM, menjadikan ia jumlah acara larian terbesar setakat ini. Seperti biasa “mat terap” mendominasi tempat di hadapan yang dianggarkan berjumlah 20 orang. Kali ini aku “bermain-main” dengan tiga pelari. Uncle (keturunan india) dan veteran PASKAL adalah veteran yang menjadi mangsaku kali ini. Kedua-duanya aku potong semasa di Padang Merbok, namun kesian kat uncle tu kerana “syahid” (pengsan) betul-betul di hadapan aku selepas aku biarkan dia memotong aku oleh kerana terdapat St. John Ambulance di situ aku teruskan larian tapi kalau perempuan dah tentu aku bagi CPR. Yang paling menarik minah B299 yang sejelita Fatin (aku kira lepasan SPM) boleh mengikut aku dari Bukit Tuanku sampai kegarisan penamat hingga dia berjaya mendapat tempat ke 14 bagi kategori wanita. Aku cuba mencari B299 untuk mengucap tahniah selepas minum Milo percuma sebanyak 4 cawan, namun gagal tak apalah tidak ada rezeki lain kali berjumpa lagi. Masa pemenang pertama adalah 29 minit, manakala aku mencatat masa 61 minit, Zafrul 73 minit dan Faizal 85 minit. Faizal yang baru pertama kali memasuki larian mengalami sakit dada dan berhenti banyak kali namun semangatnya kuat untuk menamatkan larian, syabas!. Aku rasa aku dalam kelompok 200 peserta terbaik berdasarkan jumlah orang yang memenuhi padang dan kebanyakan rekrut polis muda masih belum sampai berbanding mat terap yang telah sampai ke garisan penamat kesemuanya. Rasanya inilah peristiwa larian yang paling meriah semenjak aku masuk pertandingan larian, kerana ada persembahan menangkap penjenayah oleh krew “Gerak Khas the Movie” siap guna helikopter lagi, memang “best”. Namun apa yang bermain difikiran aku ialah rekrut-rekrut muda polis ini tidak mempunyai “stamina” yang dijangka untuk menangkap penjenayah, bayangkan dalam larian yang melibatkan seluruh rekrut polis muda daripada seluruh negara aku rasa tidak lebih 20 orang berada di hadapan aku!.

No comments: