Thursday, April 06, 2006

Sumpahan itu....

Nama-nama besar seperti Azam, Syahril dan yang terbaru ialah Fadhli merupakan sahabatku yang telah membesar perutnya mengikut skala 0.3 inci sebulan. Apabila lelaki yang melewati umur 30 tahun dan ditambah dengan tugas terbaru menjadi suami pasti akan terkena sumpahan "boroi". Sebenarnya aku sendiri telah terkena sumpahan ini 5 tahun yang lepas tidak ubah seperti Az yang sarat mengandung anak keduanya. Namun dengan motto "pushing the limit" dan "tiada hari tanpa latihan", aku berjaya menolak sumpahan itu. Sekarang aku sudah mula berkira-kira mahu menjadi pelumba F1 kerana mereka ini dapat membakar 600 kalori dalam badan setiap kali perlumbaan, berbanding dengan berlari sejauh 6 kilometer dalam masa 30 minit cuma dapat membakar 200 kalori. Ini semua harus dilakukan kerana aku tidak mampu menolak makanan yang disediakan oleh bakal isteriku seperti nasi lemak sebagai sarapan, nasi beriani sebagai makan tengahari, karipap dan puding untuk minum petang serta nasi dagang untuk makan malam iaitu bersamaan 600 kalori, yang semuanya dilakukan sebagai tanda kasihnya kepada seorang suami!

No comments: