Thursday, April 20, 2006

Mereka Tidak Pernah Belajar Dari Kesilapan

Apabila salah sebuah syarikat dalam kumpulan rugi sebanyak RM200 juta tahun lepas kerana projek pelaburannya di Qatar bermacam-macam alasan yang diberikan, cuma alasan "Azam memakan sotong" tidak termasuk dalam senarai tersebut. Bagi aku mereka tidak pernah belajar daripada kesalahan yang lepas kerana bukan duit mereka pun yang habis. Apabila membandingkan "apple" dengan "apple", syarikat tersebut (kami) dengan Paremba banyak yang tidak kena, bagaimana Paremba boleh mendapat untung untuk projek di Qatar?. Ini kerana mereka menghantar orang islam untuk berurusan dengan negara islam, manakala kami menghantar orang bukan islam hanya kerana memuja tinggi dengan kemampuannya. Kami tidak pernah membuat kajian untuk mengetahui masalah di sana, tahu-tahu kekuatan anggota kami dihantar ke sana bersama isteri dan anak-anak mereka dengan semua kemudahan yang hampir tidak mungkin mereka perolehi jika bekerja hingga pencen di Malaysia!.

No comments: