Thursday, April 27, 2006

32 Bukan Sekadar Nombor

05 Mei 2006 genaplah umur aku 32 tahun sebagai manusia mengikut kalender masihi, namun ia bukanlah hanya "sekadar nombor" seperti anggapan Sultan Muzaffar yang menyambut angka yang sama bulan lepas. Ia lebih daripada itu apabila banyak nilai tambah ada padanya. Mak aku sampai sekarang tidak percaya kebolehupayaan aku melayan karenah "anak tunggal" berbanding "awek tomboy" yang menuntut kesabaran paling tinggi hingga keperingkat aura ke 9 walaupun kami gagal untuk ke jinjang pelamin. Mak aku masih termenung memikirkan anaknya yang tidak pernah mendapat apa-apa pingat sukan di empat buah sekolah terdahulu boleh berjaya mendapat 3 medal untuk larian 10 km, dimana nombor 82 adalah kedudukan terbaik dan masa 47 minit untuk masa terpantas serta menjadi antara 9 manusia terpantas menaiki tangga setinggi 20 tingkat di Taman Desa. Aku berjaya menawan Ledang, Nuang dan Yong Belar dalam masa 4 bulan dan boleh mendaki puncak setinggi 4898 kaki Gunung Nuang dan turun kembali dalam masa 10 jam 45 minit. Aku berjaya lulus semua 6 kertas soalan yang kesemuanya di dalam bahasa Inggeris untuk Diploma MIHRM dengan baik dan yang terbaru pasukan aku berjaya menjadi juara kejohanan Futsal yang mengerah stamina yang cukup tinggi tanpa perlu pemain gantian kerana tiada pemain gantian. Semua ini perlu aku lakukan kerana "sepatutnya hari ini lebih baik daripada semalam".

No comments: