Monday, April 24, 2006

Saya Tidak Dilahirkan Sebagai Bintang

Sabtu yang lepas seperti biasa aku ditugaskan untuk mengambil gambar kejohanan Futsal syarikat untuk dimuatkan di dalam buku Laporan Tahunan untuk terbitan tahun hadapan, namun skripnya telah diubah oleh Yang Maha Esa apabila aku terpaksa meletakkan kamera demi menjadi pemain pertahanan kumpulan Emerald gara-gara tiada orang. Frasa-frasa berbentuk pertanyaan "bolehkah wafi main?", "nampakke bola?" dilontarkan sebaik sahaja aku masuk ke gelanggang. Saya tidak dilahirkan sebagai bintang bolasepak tetapi jika kalian ingin melihat saya berhenti mengejar bola waima bekas pemain selangor dihantar kepada saya, itu hanya wujud dalam mimpi kalian. Aku banyak menghadiahkan sepakan percuma dan satu penalti kepada pihak lawan gara-gara terlatih sebagai "fighter" berbanding pemain bolasepak hingga menyebabkan aku "dikeronyok" untuk perlawanan seterusnya.
Suara sumbang seperti "kalah dengan wafi (kaki bangku)" oleh peminat fanatik aku dan "you boleh mainke?" daripada Pengarah Urusan aku sendiri merupakan frasa yang mematikan kutukan pihak lawan apabila kumpulan kami menjadi juara. Mungkin kata-kata Razman patut dijadikan ikutan "kita jangan ada perasaan tidak boleh menang kepada pihak yang kuat dan bagus macam mereka" dan kata-kata Black patut dijadikan teladan "kami mempunyai pemain yang baik, tetapi apabila ada yang tidak mengikut arahan (untuk menjaga pertahanan), kami kalah".

No comments: