Tuesday, January 01, 2008

Kasihan Nazib yang pitam selepas Pacemakers 13.8km di Tasik Perdana hari ini, namun ia berbaloi kerana mendapat trophi dengan kedudukan nombor 7. Seperti yang aku ramal Hailmi akan menjadi kuasa baru mengalahkan yang lain walaupun tidak mendapat trophi seperti Farid dan Azzali di dalam kategori yang sama. Ida seperti biasa sentiasa mempunyai semangat positif untuk memasuki pertandingan walaupun masih di dalam kecederaan walaupun berjalan dan akan berehat selama sebulan atas nasihat doktor. Aku sendiri masih berehat dimana glucosamine di dalam simpanan cuma akan bertahan untuk esok hari.

Semalam telah diadakan untuk meraikan pemergian aku ke Seremban siap dengan upacara ringkas memotong pulut kuning. Agaknya jika di kira daripada 500 kakitangan cuma Encik Khalid yang susah hati kerana tidak boleh marah-marah aku lagi semasa menghantar tuntutannya, kerana jika orang perempuan yang menggantikan aku menurutnya silap-silap boleh “menangis” oleh kerana terjahannya. Nik Shafini dan Kak Su memang suka dengan pemergian aku kerana asyik memotong tuntutan kerja lebih masa mereka, lagipun dengan ketiadaan aku mereka masih boleh mengepau Pak Su pemilik telefon bimbit chap ayam itu untuk minum petang di D’Kerisik.

3 comments:

@FaD said...

thanks bro bg support..really appriciate it..ha nanti kalo bosan2 kat seremban datang r trenin kat mlaka..dekat je..hehe..just call me

Anonymous said...

pitam yg membawa rahmat...
dapat sentuhan picitan jari-jemari hg, sebelum hg berangkat ke seremban...hehe....Tima Kasih hah

Anonymous said...

ooohh...sempat lg kutuk aku di saat2 akhir pemergianmu...ko ni...klu puji aku kan lebih afdal,hehehe...
tp xleh lawan mung jgkla bab2 belanja membelanja nih...di mana kan ku cari ganti serupa dgnmu....huhuhu...