Thursday, February 28, 2008

Dada aku betul-betul sakit hari ini tertusuk bucu besi sewaktu terjatuh ke dalam lubang buatan manusia di belakang astaka. Kedudukan tangan aku betul-betul memegang dada seperti orang yang baru sakit dada sebab putus cinta, cuma kali ini sakitnya cukup lama hingga perlu Atan mengejarkan aku ke Hospital Seremban. Seperti biasa pada mulanya aku berkeras mahu berehat menunggu sakit itu reda, namun Aishah menegur bahawa muka aku berpeluh menahan kesakitan dan keadaan menjadi lebih teruk apabila lutut aku menggigil. Menunggu selama lebih tiga jam hanya untuk pengimejan dan ubat “Ibuprofen” bukanlah sesuatu yang berbaloi jika dada terasa seperti hendak pecah. Jika tidak kerana Atan berkeras mahu membawa aku ke hospital kerajaan aku lebih rela mengeluarkan duit ke klinik swasta untuk mendapatkan suntikan penahan sakit. Rasanya sakit aku berkurangan hanya kerana lama menanti giliran dan melihat jururawat yang lawa lalu-lalang di hadapan aku!

3 comments:

Anonymous said...

Wafi, I lupa nak story u. Mmg Hospital Seremban servis dia lembab GILA. Dulu i pernah pergi nak check demam tak kebah2, ada dekat 3 jam lebih tunggu. Dalam masa menunggu tu bukan nya ramai sgt pun dia panggil masuk, ada la 4-5 org jer. Ntah apa doktor kat dalam tu buat i pun tak tahu!

Alih2 i pergi swasta jer. TENSION!

Anonymous said...

Ala kesiannya abg Mas kita sakit...kalau dekat boleh tolong urutkan!

Maswafi Abd Samat said...

Farrah!

I plan nak pergi swasta je buat follow up.

Haa...haa..Sapanak urut i????