Wednesday, February 06, 2008

Terlewat aku bangun pagi hari ini walaupun sudah berjanji dengan El untuk bermain tennis jam 7 pagi ini dan mujur dia sendiri pun turun agak lambat dan seperti biasa dia tidak mahu berhenti bermain selagi tidak diajak berhenti begitu sukanya dia pada tennis sama seperti sukanya aku kepada sukan lari. Nasib baiklah aku ini terpaksa menjaga nama baik ketua kelab tennis yang tidak lain diri daripada aku sendiri maka terpaksalah aku menunjukkan segala kebolehan yang sedia ada dalam pukulan tennis walaupun sebelum ini hanya mempunyai pengalaman memukul dinding bersama Zafrul. Pelawaan Zafrul ke Nuang ahad ini terpaksa aku tolak kerana aku bercadang mahu berjumpa Makcik Mah barang sehari dua kerana walaupun aku sudah bermula cuti hari ini hingga isnin depan tugasan terlampau banyak menyebabkan aku menangguhkan pulang ke Sungkai dengan duduk di bilik mencari bahan di internet. Kadang-kadang aku terfikir entah di mana pengayaan ilmu jika sudah jarang ke perpustakaan seperti dulu. Puan Haida memberi tugasan luar kepada aku untuk menjalankan penganjuran merentas desa sejauh 8km sekitar Jalan Sikamat yang melalui beberapa buah kampung dan perumahan pada 22 Mac 2008 dan juga kejohanan olahraga 12 April 2008. Aku tahu memang aku tidak boleh lari kali ini dan seperti biasa kepala aku yang bijak ini mengenakan Syafiq kononnya namanya telah dipillih untuk mengetuai olahraga maka kurangla separuh beban yang aku tanggung

4 comments:

Farrah said...

Trip to Nuang sounds nice if u are going and u bagitau i much earlier hihi. I rinduuuu kan kedamaian dan kecerunan gunung ituuuu!!!

Maswafi Abd Samat said...

Ha...haa...

Jangan risau Zafrul tengah setting untuk 2 khemah dalam bulan ni atau bulan depan. Paling byk ialah cowok2 dr seremban...

Maswafi Abd Samat said...

Ha...haa...

Jangan risau Zafrul tengah setting untuk 2 khemah dalam bulan ni atau bulan depan. Paling byk ialah cowok2 dr seremban...

Farrah said...

cowok2 pun tak kisah la. I dah kemaruk nak naik gunung balik ni. geram tgk gmbr2 lama kita. ajak i ye. kalau tak dpt no lama, cuba no baru. nnt i sms u no baru i. i dah tak tahan pakai no lama, byk sgt prank call.