Saturday, May 24, 2008

Sukan Renang

SEJARAH PERKEMBANGAN

Lukisan-lukisan tentang perenang dari
Zaman Batu telah ditemui di "gua perenang" berdekatan Sura di Mesir barat daya. Rujukan-rujukan bertulis wujud sejak dari 2000 SM. Pada tahun 1538, Nicolas Wynman, profesor bahasa anak Jerman, menulis buku pertama tentang renang. Renang pertandingan di Eropah bermula pada sekitar tahun 1800, kebanyakannya menggunakan gaya dada. Gaya rangkak depan, ketika itu dipanggil gaya trudgen, diperkenalkan pada tahun 1873 oleh John Arthur Trudgen selepas menirunya daripada orang-orang asli Amerika.
-
Renang merupakan salah satu acara dalam
Sukan Olimpik Musim Panas 1896 di Athens. Pada tahun 1900, gaya kuak lentang dimasukkan ke dalam sukan Olimpik sebagai suatu acara. Pada tahun 1902, gaya trudgen diperbaik oleh Richard Cavill, menggunakan tendang keribas. Persatuan renang dunia yang pertama, Federation Internationale de Natation, dibentuk pada tahun 1908. Gaya kupu-kupu yang pada mula-mulanya merupakan salah satu kelainan gaya dada diterima sebagai suatu gaya tersendiri pada tahun 1952.
-
Kolam renang pertama dibuka di Liverpool, pada tahun 1828. Pada tahun 1837 London menjadi bandar pertama memperkenalkan sukan renang. London sendiri mempunyai enam kolam renang. Pada tahun 1844 dua orang asli Amerika Utara, bernama Flying Gull dan Tobacco dijemput menyertai pertandingan renang di London. Mereka menggunakan gaya tersendiri yang lebih kurang sama dengan gaya rangkak yang digunakan hari ini. Gaya renang Flying Gull dan Tobacco ini belum pernah digunakan oleh para perenang Eropah. Gaya renang mereka biasa digunakan oleh penduduk Amerika, Afrika Barat dan Kepulauan Pasifik sejak turun-temurun.
-
Hari ini gaya renang itu disebut the crawl. Perenang Frederick Cavill kemudian memperkenalkan renang gaya rangkak ini dari London ke Australia. Cavill memperbaiki gaya ini dan menamakannya the Australian Crawl. Pada 1902, anak Cavill, Richard, menggunakan gaya the Australian Crawl ini untuk berenang 100 ela dalam masa 58.6 saat. Seorang lagi anak Cavill, Sidney, memberikan latihan gaya ini kepada para perenang di San Francisco, Amerika Syarikat. Salah seorang pelatihnya, J. Scott Leary, berjaya menjadi perenang pertama Amerika Utara yang melakukan renang 100 ela dalam masa 60 saat.
-
Gaya renang Cavill menjadi semakin popular. Seorang perenang bernama Charles Daniels memperbaiki lagi gaya Cavill ini. Dia menamakannya The American Crawl. Pada 1910, Charles Daniels, dengan menggunakan gaya The American Crawl berjaya mencipta rekod baru dengan berenang 100 ela dalam masa 54.8 saat.
-
Gaya rangkak juga digunakan oleh penghuni Pulau Hawaii (Duke Kahanakoku) untuk memenangi acara renang 100 meter di sukan Olimpik pada tahun 1912 dan 1920. Pada sukan Olimpik 1924, Johnny Weismuller dari Amerika Syarikat yang berumur 21 tahun memenangi acara renang 100 meter dalam masa 59 saat. Weismuller mencipta rekod baru dalam 67 acara renang sebelum dia bersara daripada renang pertandingan untuk menjadi bintang filem (Tarzan).
-
Pada 1896 hanya acara gaya bebas (free style) di tandingkan di Sukan Olimpik. Ini bermakna para perenang dibenarkan menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada tahun 1900, tiga acara renang ditetapkan iaitu acara gaya kuak lentang (backstroke), acara gaya rangkak (the crawl) dan acara gaya kuak dada (breast stroke). Pada tahun 1912, perenang wanita diberi peluang bertanding dalam acara renang gaya bebas, acara gaya kuak lentang, acara gaya kuak dada, acara kupu-kupu, acara gaya medley individu, acara gaya medley berganti-ganti, acara junam dan acara renang segerak.
-
Pada zaman dahulu sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya tahan dan bukan sebagai satu perlumbaan kepantasan. Cabaran pada zaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenang menyeberangi Selat Inggeris. Pada tahun 1875 Captain Matthew Webb dari Shroshire, England menjadi orang pertama berenang di Selat Inggeris. Dia berenang dari Dover ke Calais, Perancis dalam masa 21 jam 45 minit. Pada tahun 1956 rekodnya dipecahkan oleh orang Mesir, Hassan Abdul Rahim yang berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam masa 10 jam 50 minit.


Sukan Renang Di Malaysia

Pada awal abad, ramai rakyat di Semenanjung Malaya menunjukkan minat dalam aktiviti-aktiviti sukan renang terancang (organized swimming activities). Oleh kerana minat rakyat terhadap renang terancang begitu besar maka beberapa buah kelab renang di tubuhkan tidak lama kemudian, antaranya Penang Swimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese Swimming Club pada tahun 1928, European Swimming Club pada tahun –tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur dan Kinta Swimming Club di Ipoh pada tahun 1936.
-
Kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang dinaikkan pada 1931 dengan pengelolaan the Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini diteruskan setiap tahun hingga 1937, dengan penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka.
-
Selepas Perang Dunia Kedua minat sukan renang giat dipulihkan. Banyak pertandingan renang dikelolakan di antara kelab-kelab renang orang Asia dari Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur.
-
Pada tahun 1955, The Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan. Dengan pertubuhan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan pertandingan antara negeri. Pada tahun 1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Malaya menyertai dalam lima jenis acara sukan iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki. Untuk sukan renang hanya dua perenang lelaki dihantar. Mereka ialah Fong Seow Hor dan Lim Heng Chek.
-
Sekarang persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur Swimming Union, Malaysia (ASUM)yang berpejabat di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
ASUM adalah sebahagian ahli gabungan badan renang dunia, Federation Internationale De Natation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956 Malaysia ikut serta dalam beberapa pertandingan renang antarabangsa termasuk Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP/SEA dan kejohanan Asia.
-
Dalam sukan SEA XV di Kuala Lumpur, pada tahun 1989, Nurul Huda Abdullah, perenang Malaysia memungut lapan pingat emas dan mencipta rekod renang Sukan SEA untuk acara 200 meter gaya bebas (2:05.75), acara 400 meter gaya bebas (4:21.98) acara 200 meter medley individu (2:22.74) dan acara 400 meter medley individu (4:59.61). Nurul Huda juga dihadiahkan “The Coca-cola Outstanding Female Athlete of the 15th SEA games.
-
Seorang lagi perenang kita yang cemerlang ialah Jeffrey Ong yang dikenali sebagai “King of Malaysia pools” memungut dua pingat emas untuk acara 400 meter dan 1,500 meter gaya bebas (lelaki) dalam empat Sukan SEA berturut-turut iaitu pada 1987 di Jakarta, 1989 di Kuala Lumpur, 1991 di Manila dan 1993 di Singapura. Dia memungut dua pingat perak untuk acara-acara yang sama di Kejohanan Renang Asia pada 1988 di Beijing dan Sukan Asia, 1990 di Beijing juga. Di World Student Games, Sheffield, 1991 dia memungut satu pingat perak untuk acara 1,500 neter gaya bebas. Dia juga mewakili Malaysia di Sukan Olimpik pada tahun 1988 di seoul dan 1992 di Barcelona. Dia telah bersara daripada pertandingan. Seorang pemegang biasiswa Kementerian Sukan, Jeffrey telah menerima Sarjana Muda Penyiaran Bachelor of Broadcasting) dari University of Southern California dengan cita-cita untuk menjadi penyiar sukan.


RENANG BERIRAMA
SEJARAH PERKEMBANGAN

Renang berirama diperkenalkan pada lewat abad ke 19, renang berirama turut di kenali sebagai artistik, perhiasan saintifik, corak renang sama seperti tarian balet dan seorang aktor lelaki adalah “perenang artistik” yang pertama membuat pertunjukkan tarian di dalam air hanya semata-mata hiburan. Rekod pertama pertandingan adalah acara lelaki di Berlin pada 1981. Tetapi balik kepada abad sebelumnya, wanita maju kehadapan terhadap renang berirama.
-
Asalnya renang berirama seperti yang kita tahu ialah berasas kursus keselamatan renang di Persatuan Penyelamat Di Raja.Pada 1924, sekumpulan wanita Canada di ketuai oleh Kaliber, Pemain Kebangsaan Polo air dan penyelam margerat seller, pembangunan apa yang di panggil “Perhiasan Renang” daripada penyelamat dan teknik renang. Di dalam beberapa tahun, peraturan masih lagi di kekalkan dan pertandingan pertama di anjurkan. Pertandingan dunia yang pertama ialah kejohanan peringkat daerah yang diadakan di Montreal kemasyhuran renang berirama kesinambungan kepada semua terutama di Amerika Syarikat.
-
Sukan renang berirama di demonstrasikan pada tahun 1951 di sukan Pan Amerika di Bueenos Aires pada 1952 di sukan Olimpik di Helsinki.Fina, pertubuhan antarabangsa untuk sukan akuatik meliputi berirama pada tahun 1954. Pembukaan kejohanan renang berirama ialah pada tahun 1973 di Belgrade dan di terima kedalam program Olimpik terutama acara wanita pada tahun 1984.

TEKNIK BERENANG

Tubuh manusia
terdiri sebahagian besarnya daripada air dan oleh itu, ia mempunyai ketumpatan yang amat serupa dengan air. Lebih kurang 70% daripada tubuh manusia ialah air. Ketika paru-paru diisi dengan udara, ketumpatan tubuh manusia adalah sedikit kurang daripada ketumpatan air di sekelilingnya. Air akan mengenakan daya keapungan pada tubuh manusia dan oleh itu, mengekalkan keapungan hanya memerlukan sedikit dorongan ke bawah, dengan pergerakan melintang hanya memerlukan sedikit dorongan ke arah yang bertentangan dengan pergerakan yang dikehendaki. Pendorongan ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan dan lengan sebagai dayung, dan dengan menendang kaki untuk menolak air dari tubuh (walaupun tendangan hanya menghasilkan agak sedikit pergerakan pada keseluruhannya). Oleh sebab air masin (misalnya, air lautan) adalah lebih tumpat berbanding dengan air tawar (misalnya, kebanyakan kolam renang), tidak banyak usaha diperlukan untuk mengapung di dalam air masin, berbanding dengan air tawar.
-
Sebilangan gaya renang telah diperkembangkan, berdasarkan pelaksanaan sesetengah atau kesemua prinsip yang berikut:
-
Torso dan kaki harus dikekalkan dalam kedudukan yang selari dengan permukaan air. Kaki yang jatuh atau torso yang condong meningkatkan seretan secara ketara.
-
Tangan harus didepangkan ke hadapan kepala dengan sebanyak yang mungkin supaya dapat memanjangkan panjang purata garis air dan dengan itu, mempercepatkan pergerakan dengan ketara.
-
Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa daya tangan yang dikenakan pada air sebenarnya dijanakan oleh putaran pinggul, dan bukannya oleh otot lengan. Otot yang menarik lengan di dalam air dipasang seinci dari hujung lengan atas. Dengan lengan sebanyak 21" panjangnya, nisbah tuil ialah 1:20. Ini bermaksud bahawa tarikan otot bahu sebanyak 100 paun hanya menghasilkan 5 paun dayanya di bahagian tangan semasa ia menolak air. Sebaliknya, tork yang dijanakan oleh otot pinggul yang lebih besar dan lebih kuat mengayunkan tangan di dalam air seolah-olah pemain golf atau pemukul bola mengayunkan kayu golf atau kayu pemukul dengan suatu pusingan yang cepat pada pinggulnya. Perenang-perenang elit yang berupaya mencapai suatu tambahan yang sederhana pada pencepatan pinggul mereka akan dapat menambahkan puncak daya tangan sebanyak sekali ganda.
-
Masa yang dihabiskan pada sisi harus dipanjangkan supaya bahu tidak memecahkan garis air dan mengakibatkan ombak haluan. Ini mengurangkan keratan rentas depan, mengurangkan lagi seretan, serta juga menaikkan nisbah antara panjang and lebar garis air tubuh. Pembaikan yang serupakan boleh dimungkinkan dengan menyebariskan arah kepala, tangan, kaki, dan lengan yang paling sempit ke dalam air. Torso adalah paling penting, berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Pergerakan tangan, lengan, dan kaki dari belakang ke hadapan harus dikekalkan di udara dengan seberapa lama yang mungkin semasa kuak pemulihan. Ketika di dalam air, pergerakan-pergerakan tersebut harus dijajarkan dengan seberapa hidrodinamik yang mungkin kerana anggota yang dikembalikan harus bergerak sekurang-kurangnya dua kali lebih laju berbanding dengan perenang dan di dalam air, akan menjanakan lapan kali seretan (yang meningkat dengan kuasa tiga lajunya), berbanding dengan luas depan torso. Memutarkan bahu juga menambahkan kuasa tarikan dengan menggunakan otot abdomen untuk membantu menarik lengan di dalam air.
-
"Tangkap" air yang asas tidak sebegitu penting berbanding dengan perkara-perkara di atas. Kebanyakan perenang hanya menangkap air dengan tangan yang rata atau jari-jari yang didepangkan sedikit dan kemudian ditarik dengan lancar pada sepanjang badan. Semua teknik yang tersebut tidak memerlukan kekuatan tambahan. Dengan latihan kekuatan, tangan dan kaki masing-masing boleh dijulurkan dan dilunjurkan lagi ke dalam air untuk menghasilkan lebih banyak dorongan. Untuk mereka yang baru belajar renang, kekuatan yang dinaikkan hanya menghasilkan pembaikan yang kecil jika strategi-strategi di atas (mengurangkan seretan dan memanjangkan garis air) tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
-
Animasi rangka dan dinamik bendalir pengkiraan membenarkan simulasi perenang. Ini membenarkan daya-daya pada sendi dan otot dikira, dan jika simulasi berbilang digunakan, berbagai-bagai gaya atau individu boleh dibandingkan. Melalui grafik komputer atau tangkapan pergerakan, simulasi boleh dibandingkan dengan perenang sebenar. Sedangkan ini menghapuskan banyak keraguan, tekaan masih diperlukan untuk mencipta gaya-gaya yang baru. Merumuskan sebuah buku panduan untuk perenang masih merupakan suatu cabaran kepada para jurulatih renang, dan rasa air masih diperlukan untuk menutup gelung kawalan supaya gaya-gaya renang tidak kemudian menyimpang.

4 comments:

Unknown said...

boley x bg saya rujukan artikel kt atas..i need 2 know..coz i'm doing a thesis bout swimming

Anonymous said...

en ada x informasi mngenai sejarah penyiaran tv sukan malaysia bermula dari abad ke 20..
...tq..

Anonymous said...

hey your blog design is very nice, clean and fresh and with updated content, make people feel peace and I always like browsing your site.

- Norman

Anonymous said...

Horrty