Wednesday, July 22, 2009

Mengantuk aku seharian kerana pulang lewat jam 2.15 pagi ke Segaham hari ini kerana urusan menziarahi kematian di Rumah Nyaving, Long Menjawah. Cara urusan pengkebumian jenazah masyarakat Kayan ternyata tidak banyak berbeza dengan masyarakat Kejaman yang menyimpan jenazah selama seminggu untuk ditatap oleh saudara mara. Hujan awal pagi yang berlarutan hingga ke waktu PJ memaksa aku mengajar di dalam dewan makan, ini membuatkan hari yang dinanti-nantikan oleh pelajar tidak menjadi indah seperti yang sepatutnya. Aku mengambil peluang semalam membetulkan teknik renangan murid tahun 6 semasa mereka mandi di Batang Rajang akibat ketiadaan air. Tiada masalah bagi aku kerana 100 peratus murid di sini boleh berenang dengan baik cuma perlu diubah sedikit kedudukan kepalanya.

1 comment:

Pakwar said...

kebetulan aku dulu juga menziarahi seorang murid yg meninggal di Long Sah B yang ku kira sudah lenyap di telan empangan bakun sekarang.

Mereka memakaikan dengan pakaian paling baik dan diletakkan semua hadiah , buku dsb milik si mati. Kemudia ada seorang tua yang akan meraung-raung sambil menyatakan kekesalan kerana usia yang masih muda sudah diambil nyawa. Dgn menggunakan bahasa kayan,yg diketahui ialah anak sekolah sahaja. Terus tidur di Bakun Resort dgn bayaran rm80 pernight