Thursday, June 29, 2006

Datang sahaja


Sudah banyak R&D dan masa yang diperlukan untuk memasukkan klip video "Because i'm a girl" di atas. Begitu juga banyaknya pertanyaan daripada kawan-kawan "banyakke durian di kampung?". Musim durian tiba lagi, maka Sungkai dikaitkan lagi dengan duriannya. Jika mahu makan durian silalah datang ke rumah saya, saya akan carikan durian yang terbaik untuk anda. Cuma saya pohon jangan minta durian untuk dibawa pulang kerana kami tiada dusun durian seperti orang lain. Dulu pernah juga kami mempunyai dusun durian kongsi bersama adik- beradik abah tapi disebabkan kedegilan aku semuanya tiada lagi sekarang. Suatu ketika kakak abah yang menjaga dusun tersebut mahu mengambil duit jualan durian bahagian kami sekeluarga untuk digunakan sebagai upah haji abah. Tapi aku tidak membenarkan kerana ada dua adik yang masih yatim untuk dijaga, merah padam mukanya menahan marah. Maka sejak itu tiada lagi durian atau duit durian sendiri untuk dirasa. Menyesal? tidak sama sekali.

Wednesday, June 28, 2006

The greatest last place finish ever


On October 20, 1968, at the Mexico City Olympics at 7.00 pm, a young man by the name of John Stephen Akhwari from Tanzania, covered with blood, hobbled into the stadium. He was running in the marathon and early on in the race had taken a horrible fall, injured his head and damaged his knee. And there he was, over 40 kilometers later, stumbling his way to the finish line. The response of the crowd was overwhelming. They encouraged Akhwari through the last few meters of his race with a standing ovation that far exceeded the one given to the individual who had won the marathon earlier. The next day, Akhwari appeared before sports journalists for an interview. The first question asked was, "Why, in spite of the injuries suffered, did you proceed to the finish line, when there was no way you could possibly win the race?" John Stephen Akhwari simply answered: "My country did not send me over 11,000 kilometers to start a race. They sent me over 11,000 kilometers to finish one."

Tuesday, June 27, 2006

Vacancy:please click here

Tenggelam lagi

Banjir sabtu lalu telah menenggelamkan Masjid Jamek Sungkai, Surau Cikgu Mat Enggik, berpuluh-puluh rumah, motor dan kereta serta termasuklah kebun getah tua aku yang seluas 2 ekar suku itu. Banjir kali ini dikira hebat juga juga telah berjaya "menghilangkan" jambatan Kg. Klah Baru yang sedang dibina. Sudah banyak teori banjir yang dikeluarkan seperti Ah Tong Sawmill melakukan pembalakan haram, renjer tidak buat kerja dan teori sejak turun temurun naga (ular besar yang habis bertapa) mudik ke hilir. Setakat ini hanya orang asli yang terkenal dengan sifat jujur dan tidak tahu berbohong itu sahaja yang pernah berjumpa naga ini. Setakat ini tiada jawapan untuk banjir membawa bongkah batu 1986 yang membunuh ramai orang asli di Jornang, banjir 1989 membawa lumpur hitam bersamanya dan yang agak baru banjir balak (pokok-pokok kayu yang besar) tahun 2000 yang meranapkan dusun dan jambatan gantung yang sangat tinggi itu. Sampai sekarang tiada siapa yang dapat memberi jawapan bagaimana ada laluan ular yang besar dan panjang mudik ke sungai di belakang rumah arwah Lebai Desa itu selepas banjir.

Wednesday, June 21, 2006


Monday, June 19, 2006

Terminal 2


Pada PJ Half Marathon semalam aku cuma memperolehi

  • California Fitness 7 days guest pass
  • Shokubutsu shower gel
  • Metholatum
  • Wringley’s cool air
  • Tabasco pepper sauce
  • RM50.00 cash Voucer OSIM uZap (macam Linda Onn pakai)
  • Faber Castell super tech point
  • Fisherman Friend
  • Cintan-cup-a-mi
  • Pokka green tea
  • Marigold water cress drink
  • Yeo’s soya milk
  • Crispy Etali
  • Coco milk chocolate water
  • Acuvue voucher

aje sebagai "door gift". Hanya kesakitan di tahap gaban aje yang dapat digambarkan seperti sakit perut, sakit gigi, sakit kepala, sakit belakang peha, sakit pinggang dan muntah semata-mata untuk melepasi cabaran 21km merentasi Stadium MPPJ Kelana Jaya-LDP-Terminal 2 Subang-Glomac- Stadium MPPJ Kelana Jaya. Akhirnya aku berjaya melepasi “next level” dengan cacatan 2 jam 10 minit bersama awek aku yang paling setia iaitu Zafrul dengan cacatan 3 jam. Cikgu Rajan bertindak cemerlang dengan tempat ke 30 untuk 5km berbanding aku yang cuma berada dalam kelompok 220. Yazid juga bertindak agak baik untuk “first timer” dengan catatan masa 78 minit untuk 10km walaupun gagal mendapat sijil.

Friday, June 16, 2006

Hanya 3 “caution letter” dikeluarkan semalam untuk bulan Mei berbanding 17 “caution letter” satu bulan pada tahun lepas yang masih merupakan rekod terbaik aku setakat ini. Tiga tip berguna daripada Mr. Tan bila mengadakan “Domectic Inquiry” ialah jangan sesekali memandang rendah pada lawan anda walaupun mereka daripada golongan bawah, mesti ada plan Z dan mesti rahsiakan modus operandi. Sudah 4 hari berturut-turut Encik Fadhli kembung perut (dia memang boroi pun lepas kahwin) meminum teh ais yang dibelanja oleh aku bila bola piala dunia tidak pernah pun sekali memihak pada aku. Mahu sahaja aku berjumpa dengan Pak Ngah Gelap di Kampung Sg Klah yang merupakan sifu aku pada pagi Jumaat depan untuk mandi limau untuk menambah aura aku hingga ke tahap Gaban supaya aku tidak kalah lagi.

Wednesday, June 14, 2006

Akhirnya pulang juga Mat Khairi ke Kuala Lumpur dengan muka yang hitam selepas bertapa di Kuala Kangsar dan Guar selama lebih suku purnama. Memang "frust menonggeng" rupanya kawan aku yang seorang ini, selepas menerima mesej daripada aweknya yang dicintai hingga ke tahap gaban ataupun mungkin juga tahap dewa. Sebenarnya dia telah menginterpertasi mesej bahawa hubungan mereka telah putus padahal pada aku sebenarnya aweknya cuma belum "bersedia" dari segi mental untuk berkahwin. Aku nasihatkan sahaja ia menghantar mesej "say hello!" kepada aweknya supaya perhubungan tidak terus terputus dan soal hati tiada paksaan. Pandainya aku menasihatkannya lagak seperti Jalaludin Hasan padahal aku lebih gagal daripadanya dalam soal cinta. Kenapa muka Mat Khairi hitam?. Ini kerana bapanya tidak pernah "berubah hati" menyuruhnya turun ke bendang setiap kali ia pulang ke kampung walaupun anaknya telah mempunyai pangkat di Kuala Lumpur dan untuk menunjukkan hati yang tidak berubah di tahap dewa itu bapanya masih lagi mengisi minyak motor sebanyak RM2.00 untuk setiap kali isian walaupun harga minyak telah naik semenjak tahun 1990 lagi.

Tuesday, June 13, 2006

Memang saya gila kuasa

Gila kuasa adalah frasa yang paling banyak diperkatakan oleh staf di Taman Desa pasal aku sekarang ini. Mana tidaknya daripada tugas seorang "despacth", "receptionist", "secretary" dan ahli jawatankuasa untuk kelab sukan habis di "Belanda" oleh aku. Sekarang pula aku diberi kepercayaan untuk terlibat dalam "Domestic Inquiry". Kepercayaan ini akan aku gunakan untuk merampas kuasa Mr. Tan sebagai Penolong Pengurus itu, maka bertambah "Belanda"lah aku daripada Belanda itu sendiri dan sebenarnya Mr. Tan pun tahu tentang modus operandi yang sedang aku lakukan. Frasa teruklah makin banyak dikeluarkan apabila semakin banyak tuntutan duit dan kerja lebih masa berjaya dipotong. Begitu juga bila Aliza daripada Tawakal telefon suruh buat surat baru menggunakan "letter head" yang lain, aku secara jujur memberikan cadangan kenapa tidak aku tampal sahaja "letter head" baru pada surat yang lama dan faxkan sahaja bukannya Tawakal tahu pun, maka dapatlah aku frasa "you ni teruklah, kalau nak buat pun janganlah bagitau". Namun bila Carmen yang pernah berjanji akan memakai skarf kepala kalau jadi kahwin dengan aku yang bekerja di Taman Desa Medical Centre cakap aku gila kuasa dan teruk petang tadi kerana susah sangat untuk berhubung soal kerja kerana terlalu sibuk walaupun aku mempunyai "direct line". Kata-katanya buat aku terfikir mungkin ada benarnya cakap yang lain, baiklah saya mengaku memang saya gila kuasa dan teruk tapi sekurang-kurangnya saya jujur tidak seperti Encik Azam dan Encik Fadhli itu yang kuat wayang depan bos tapi takut nak cakap bahawa mereka sebenarnya sedang dalam cubaan merampas kedudukan bos mereka seperti modus operandi yang sedang dilakukan oleh Encik Syahril.

Busy ambil minute DI ke tak sempat update blog?? --Posted by Anonymous to maswafi.blogspot.com at 6/13/2006 10:16:48 AM.
Kepada anonymous, saya memang sibuk sangat sehari dua ini untuk menguruskan "Domestic Inquiry" yang merupakan hari terakhir dan butiran yang dicatat ialah sebanyak 31 muka surat. Mahu sahaja aku mengisi borang PERKESO di atas meja kepunyaan Lecthumy yang patah kaki itu untuk kecacatan kekal pada jari hantu aku akibat lama menulis. Orang Melayu memang sudah tidak dapat lari daripada perkataan bomoh, dalam “Domestic Inquiry” pun sebut nama bomoh! Puncanya masa aku pelawa minum air mineral mereka tidak mahu konon-kononnya takut kena bomoh! Kenapa orang lain pelawa tidak menjadi isu? “Kerana kau orang Sungkai” kata mereka! La ke situ pulak!. Aku perasan juga melalui “software" stat counter antara yang paling banyak dicari dalam cari google yang masuk ke dalam blogspot aku ialah artikel Panah Rajuna yang merupakan Jampi Pengasih. Encik Azam dan Encik Fadhli juga dalam keadaan tertekan untuk meneka siapakah yang bakal menang dalam perlawanan Togo menentang Korea Selatan malam ini kerana pasukan pilihan aku iaitu Togo menggunakan khidmat bomoh walaupun mereka telah menang dua teh ais dengan aku untuk perlawanan sebelum ini.

Monday, June 12, 2006

Bomohs and Accountability

Bootlicking Culture

Forgiven but not forgotten.

Jumaat lepas semasa melakukan lawatan wajib ke pasar malam Kerinchi untuk melihat anak perempuan pakcik yang menjual murtabak itu, aku terlihat Encik Azam dan Firdaus sedang membeli VCD Doraemon. Akhirnya ditakdirkan juga aku dapat bertemu dengan adik ipar Encik Azam yang sedang membeli yong tau fu yang merupakan makanan kegemaran aku semenjak hari itu. Sebagai salam perkenalan aku cuma menghadiahkan senyuman kerana bakal kakak ipar aku berada di situ "mengawal" adiknya. Hari Sabtu pula, aku makan tengahari di Restoran Anjuna berhampiran Puduraya dengan Alang adik aku. Satu soalan yang dia nak tahu sangat jawapannya ialah kenapa aku sudah tidak menjengah kakak aku di Selayang sudah lebih dua tahun. Jawapannya bukan kerana duit yang digunakan untuk membayar sewa rumahnya yang tertunggak berbulan-bulan itu, tetapi kerana aku mendapat jawatan "anak derhaka" oleh mak hanya kerana kedegilan aku tidak mahu membayar ansuran kereta kancilnya. Walaupun sekarang mak sudah faham dan sangat menyetujui tindakan aku tetapi perkataan itu sudah dilafazkan dan tiada apa yang dapat mengubahnya. Ia sudahpun dimaafkan tetapi tidak pernah dilupakan.

Monday, June 05, 2006

Cikgu Haryati

"Emm...lebih baik jogging dalam selimut" itulah kata-kata hikmat yang dilafazkan oleh Syabilah bila aku mengajaknya berjongging yang membuatkan aku lebih geram kepadanya, maka dengan rela paksa aku mengajak "awekku" yang paling setia iaitu "Siti Zafrul" seperti biasa ke Tasik Perdana setiap pagi Sabtu. Aku sungguh terharu bila pertama kali satu pasangan yang sungguh romantis berjogging sambil memegang tangan!. Dalam perjalanan pulang ke rumah aku berjumpa dengan Cikgu Haryati yang berasal dari Kelantan, macam-macam yang kami bualkan hingga kepada satu soalan berbentuk peribadi daripada mulut aku yang akhirnya membuatkan bergenang air matanya. Rupa-rupanya bakal tunangnya yang telah dikenali sejak 11 tahun lalu, baru sahaja dijemput oleh Yang Maha Esa bulan lepas. Menggelabah juga aku melihat air matanya bergenang, namun sebagai lelaki yang konon-kononnya "macho" terpaksalah aku berlagak tenang dengan mendengar tuturnya satu-persatu. Bermacam-macam perangai pelik yang dilakukan oleh arwah, beliau yang akan membuka sebuah klinik berkeras mahukan Cikgu Haryati merasmikan klinik tersebut walaupun dikatakan tidak masuk akal kerana sepatutnya orang kenamaan menjadi perasmi. Arwah yang kebiasaannya berkerja pada hari Ahad kerana mendapat RM 1000.00 sehari sudah tidak melakukan rutin tersebut kerana dia sudah tidak perlukan duit yang banyak. Moga Cikgu Haryati menjumpai "soul mate" nya suatu hari nanti tetapi yang pasti ia tidak akan sama dengan arwah.

Friday, June 02, 2006

Salah Siapa

Hari ini di Utusan Malaysia, Khir Toyo telah menyalahkan pemaju kerana runtuhan tanah di Hulu Kelang. Rasanya samalah seperti Encik Azam menyalahkan sotong kerana kalah badminton, atau Encik Azparizan menyalahkan pengadil kerana kalah Futsal, atau Shebby menyalahkan Amir kerana melepaskan dua gol pasukan My Team. Yang menariknya MPAJ mengetahui ada pembangunan yang tidak sepatutnya dibuat tetapi tiada tindakan yang diambil. Kepada Khir Toyo lebih baik jumpa pakar mata jika mahu menyalahkan orang, Encik Azam tidak perlulah disalahkan sotong itu jika anda telah kehabisan stamina, Encik Azparizan janganlah disalahkan pengadil hanya kerana kerana anda mempunyai pemain Selangor dan Shebby janganlah disalahkan Amir kerana bola tendangan percuma itu sangat sukar dijangka.

Thursday, June 01, 2006

Jeffry dan Injilnya

Isnin lalu apabila aku mendaftarkan diri untuk PJ Half marathon di Bangunan The Star aku terkejut apabila melihat kawanku semasa bekerja di Kelana Jaya iaitu Jeffry Ng menjaga kaunter tersebut. Aku rasa dia ni kalau sampai seru masuk Islam insyallah jadi al-hafiz kerana beliau sentiasa membawa kemana-mana kitab injil yang berwarna biru gelap itu. Dia seorang yang agak sensitif tetapi tidak sekalipun emosi jika bertanyakan soalan tentang Islam. Bermacam-macam soalan yang dia tanya padaku semasa berkawan seperti kenapa manusia perlu menutup aurat hingga kepada kenapa manusia perlu bersunat. Hingga sampai kepada satu soalan yang membuatkan aku “mati akal” menjawabnya iaitu kenapa kita tidak boleh makan babi kerana ia juga kejadian tuhan. “Kenapa kau tidak makan sahaja anjing peliharaan kamu, bukankah ia juga kejadian tuhan” balasku sedikit marah. Aku rasa sedikit bersalah kerana terlalu emosi kerana selepas itu dia tidak pernah bertanya lagi soalan tentang Islam kepadaku dan hubungan kami terus renggang hingga sekarang.