Jeffry dan Injilnya
Isnin lalu apabila aku mendaftarkan diri untuk PJ Half marathon di Bangunan The Star aku terkejut apabila melihat kawanku semasa bekerja di Kelana Jaya iaitu Jeffry Ng menjaga kaunter tersebut. Aku rasa dia ni kalau sampai seru masuk Islam insyallah jadi al-hafiz kerana beliau sentiasa membawa kemana-mana kitab injil yang berwarna biru gelap itu. Dia seorang yang agak sensitif tetapi tidak sekalipun emosi jika bertanyakan soalan tentang Islam. Bermacam-macam soalan yang dia tanya padaku semasa berkawan seperti kenapa manusia perlu menutup aurat hingga kepada kenapa manusia perlu bersunat. Hingga sampai kepada satu soalan yang membuatkan aku “mati akal” menjawabnya iaitu kenapa kita tidak boleh makan babi kerana ia juga kejadian tuhan. “Kenapa kau tidak makan sahaja anjing peliharaan kamu, bukankah ia juga kejadian tuhan” balasku sedikit marah. Aku rasa sedikit bersalah kerana terlalu emosi kerana selepas itu dia tidak pernah bertanya lagi soalan tentang Islam kepadaku dan hubungan kami terus renggang hingga sekarang.
No comments:
Post a Comment