Wednesday, September 27, 2006

Tabligh yang sudah kurang adabnya

Tepat jam 12.00 malam tadi sekumpulan Tabligh Vista Angkasa mendatangi rumah kami untuk menjalankan urusannya namun mujur sahaja Mat Khairi mampu menghentikan urusan tersebut dengan bijak sekali. Aku tidak pernah sekalipun menafikan dakwah seperti "hujan membasahi bumi" itu satu sunnah namun dimana adab berdakwahnya jika dilakukan dikala manusia hendak tidur? Itulah akibatnya apabila hanya mengamal sebahagian sahaja sunnah rasul iaitu “iman” dan “amal” tanpa didasari oleh ilmu yang asas. Sudahnya dengan ilmu yang dangkal itu menyebabkan rukun Islam yang kelima itu sudah semacam dilencongkan ke Bangladesh setiap tahun!.

2 comments:

Anonymous said...

Bangladesh???
Tabligh ada di seluruh dunia... Sebab itu ada berjuta juta jenis manusia dalam usaha tabligh. Tabligh bukan kelab atau persatuan. Mereka ialah org Islam biasa macam kamu, cuma mereka sedar mereka wajib buat dakwah. Dalam belajar-belajar buat ada lah salah silap nya. Memang orang yang nak baiki diri ada silapnya. Sebab itu dia sedar diri dan nak baiki diri. Jangan kerana sedikit silap dikondemnya kerja yang awak sendiri wajib buat. Awak belum lihat dari dalam. Tidak ada mana-mana usaha di dunia ini yang seperti usaha tabligh. Mungkinkah mana-mana usaha dapat satukan seluruh ummat walau bangsa berbeza, bahasa berbeza, tapi maksud dan kerja yang sama. Itulah dia usaha nabi S.A.W.

berpagi said...

sepatutnya kita bersyukur ada orang yang masi nak buat usha dakwah...kt tempat aku ramai budak2 yg nakal da taubat asbab adanya orang yang masi risau keadaan ummat nie....mmg terkadang ada silap dan salah....tp kita patut sokong orang2 mcm nie..kalau salah tgur dgn cara hikmah...ALLAHUALAM