Persatuan Restoran Islam Pulau Pinang mahu menaikkan roti canai sebanyak RM0.20 akibat kenaikan tepung sekilo sebanyak RM0.15, patutlah mereka ini kaya kerana dengan kejamnya dapat untung lebih RM0.19 dengan penambahan kos RM0.01 untuk setiap keping roti walhal sebelum kenaikan sudah untung berganda. Tahniah juga kepada Restoran Syed kerana sudah berjaya menaikkan harga minuman Milo kepada RM2.20 hingga aku dan Zubir Playboy dan berazam untuk memboikot restoran tersebut tetapi rasanya tidak lama kerana tidak banyak permandangan yang “indah” boleh dinikmati di restoran lain.
Tuesday, October 30, 2007
Persatuan Restoran Islam Pulau Pinang mahu menaikkan roti canai sebanyak RM0.20 akibat kenaikan tepung sekilo sebanyak RM0.15, patutlah mereka ini kaya kerana dengan kejamnya dapat untung lebih RM0.19 dengan penambahan kos RM0.01 untuk setiap keping roti walhal sebelum kenaikan sudah untung berganda. Tahniah juga kepada Restoran Syed kerana sudah berjaya menaikkan harga minuman Milo kepada RM2.20 hingga aku dan Zubir Playboy dan berazam untuk memboikot restoran tersebut tetapi rasanya tidak lama kerana tidak banyak permandangan yang “indah” boleh dinikmati di restoran lain.
Monday, October 29, 2007
Biarpun menanggung kesakitan yang amat sangat sekurang-kurangnya ia dapat juga mengurangkan penderitaan aku yang baru berhabis duit sebanyak RM1,150.00 untuk Honda NSR yang amat aku sayangi dan cintai. Kadang-kadang aku terfikir juga kenapalah bangang sangat diri aku berhabis duit sebanyak RM840.00 cuma untuk dua komponen elektrik yang diimport untuk menjana ‘valve” walhal Honda NSR yang aku beli daripada Hanafi itu cuma bernilai RM1,500.00 pada 2003 selepas kehilangan Yamaha RXZ. Hendak dikatakan Honda NSR itu berjasa mengurat awek tiada pula kerana tiada perempuan yang pernah membonceng melainkan Makcik Mah itupun setelah dipujuk
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:03 AM 0 comments
Friday, October 26, 2007
Jemputan makan-makan oleh Pacesetters Bukit Jalil disambut dengan langkah kanan oleh aku dan dengan penuh iltizam aku menghabiskan satay dan ayam KFC secara marathon bersama Sham, Farid, Hilmi, Omar dan Ida. Mereka menjemput aku untuk memasuki kelab mereka dalam usaha mereka meramaikan kaum Melayu dikalangan mereka, susah juga aku hendak membuat keputusan kerana dalam setiap makan-makan yang dianjurkan amatlah tidak bersesuaian dengan orang Islam kerana minuman arak yang disediakan walaupun kita boleh untuk tidak minum. Namun terdapat kelebihan kerana mereka mempunyai tajaan yang banyak untuk menyertai setiap pertandingan dan untuk makan malam tadi sahaja tidak kurang dua ribu duit dibelanjakan. Ronnie yang dalam pening-pening lalat itu masih boleh memberi semangat dan panduan kepada Farid untuk melakukan marathon penuh di link ke 2 bukannya seperti bangsa aku yang setiap hari
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:22 AM 0 comments
Thursday, October 25, 2007
Tiba-tiba sahaja Renee mak angkat mat salleh menahan aku selepas makan tengahari semalam berhampiran dengan kedai Touch & Go, bermacam-macam soalan yang keluar daripada mulutnya. Yang membuatnya terkejut ialah kenapa badan aku sudah seperti ikan kering yang digoreng garing, agak-agak macam manalah perasaannya bila melihat
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:17 AM 0 comments
Wednesday, October 24, 2007
Kuala Lumpur Association of Veteran Athletes ( KLAVA ) sekali lagi menganjurkan “relay run” dengan menggunakan nama KLAVA Deepavali Muhibbah Run jatuh betul-betul pada hari umat Hindu merayakan perayaan mereka. Agaknya KLAVA sudah hilang akal dalam memuhibbahkan “runners’ pada hari mulia sesetengah orang walaupun pilihan terletak di tangan mereka sendiri. Riak, takbur dan kembang hidung beserta punggung-punggung aku kerana semenjak menjadi “elite runners” dalam 10 pasukan terbaik Ramadhan yang lepas bersama mentor aku, nama aku menjadi pilihan menjadi pelari ke 3 “relay run” untuk kumpulan yang tidak cukup korum di Putrajaya ahad ini. Sudah dua orang menjemput aku untuk urusan itu tetapi aku masih memikirkan perkara itu hingga sekarang kerana 3km bukanlah jarak “favourite” aku, kerana selama ini aku cuma sekadar menguji ketahanan otot jantung untuk larian pantas.
“Domestic inquiry” dan “self terminated” adalah dua istilah yang paling aku tidak gemari di dalam melaksanakan tugas kerana banyak mengganggu urusan pentadbiran gaji semalam. Mujurlah sempat juga aku menghantar CIMB autopay pada Suhaimi pada lewat petang semalam di Jalan Barat mengikut jadual. Aku tidak faham dengan sifat kawan-kawan aku yang tidak mengambil pusing dalam soal kedatangan kerja hingga menyusahkan rakan-rakan yang lain, bila istilah “domestic inquiry” dan “self terminated” “diproses” oleh barulah mereka merayu-rayu dengan pihak atasan untuk tidak melakukan sifat buruk mereka lagi.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:19 AM 0 comments
Tuesday, October 23, 2007
Hujan lebat berkali-kali turun semalam namun tidaklah sampai banjir kilat berlaku, jika berlaku pun tidak mengapa ada juga idea buat Khary Jamaluddin membalun duit pembayar cukai. Aku betul-betul tidur lena kerana cuaca yang sangat sejuk dan kebetulan sudah empat hari tidur lambat dan tidak lena kerana menguruskan “salary adjustment” yang tiada ruang kesalahan boleh dilakukan lebih-lebih lagi gaji aku sendiri. Mak angkat aku sudah asyik bertanya bila anak angkatnya mahu menziarahinya, atau lebih tepat rasanya mentekedarah makanan yang akan disediakan. Alangkah indahnya dunia ini jika Kak Wan yang menjadi mak angkat aku, sudah tentu aku tidak bertangguh meziarahinya kerana dapatlah juga melihat anaknya yang kadang-kadang aku seperti mahu menggigit lengannya. Inilah masalahnya bila Syawal menjelma aku sudah seperti tidak mampu melawan “makhluk bertanduk” itu, dan di dalam masa yang sama terpaksa melihat Nik Shafini membesarkan badannya di D’Kerisik pada Syawal ketujuh dengan menggunakan duit aku. Nasib baik aku cuma mendapat wang maya anjuran Bursapursuit BSKL berjumlah lebih 34 ribu dengan pembelian saham Megan sebanyak sejuta unit dengan wang pelaburan berjumlah 55 ribu semalam di tengah-tengah kejatuhan saham diseluruh dunia, jika mendapat wang betul aku rasa jenuh juga aku mahu mencari rakan-rakan yang ada untuk turut bersama dengan Nik Shafini dan Kak Su menguatkan otot perut.
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:35 AM 1 comments
Sunday, October 21, 2007
Suhu agak sejuk hari ini dengan bacaan 23 darjah celcius pada jam 6.56 pagi Jalan Travers, cuaca yang sangat sesuai untuk menguji otot aku yang paling berkuasa di Taman Burung sejauh 10 ribu meter bersama
Posted by Maswafi Abd Samat at 5:22 PM 0 comments
Saturday, October 20, 2007
Marah betul aku dengan diri aku sendiri kerana pada 8 Syawal aku masih bekerja di pejabat tingkat 19, itupun aku masih terkejar-kejar dengan masa 40 jam yang masih berbaki sebelum semua bos-bos aku terbang ke
Posted by Maswafi Abd Samat at 2:46 PM 0 comments
Friday, October 19, 2007
Hanya kedai makan Lebai sahaja yang dibuka semalam hingga membuatkan dia menanak nasi lebih daripada kebiasaan. Air cuma dapat dihidang selepas habis makanan di pinggan menggambarkan betapa sibuknya Lebai menjaga pelanggannya, cuma di pejabat aku tidaklah sibuk sangat kerana ramai yang masih bercuti menghabiskan saki-baki kuih raya di kampung. Ramai juga yang menegur aku kerana kulit muka aku aku sedikit hitam dan berkilat dari kebiasaan mana tidaknya jika masa-masa aku di bulan Ramadhan dan awal Syawal dihabiskan untuk latihan larian, mencari buluh di paya dan menangkap ikan. Unit-unit saham aku yang terakhir dilepaskan sepenuhnya petang semalam dengan nilai RM4.30 seunit kerana risau ia akan menjunam akibat perang Turki-Iran seperti yang berlaku semasa krisis pinjaman perumahan di Amerika Syarikat tiga bulan lepas, ini memberi petunjuk bahawa bila-bila masa dari sekarang aku sudah bersedia melepaskan jawatan sekarang tanpa rasa sesal.
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:49 AM 0 comments
Thursday, October 18, 2007
Along dan Alang pulang juga berhari raya di hari ketiga setelah berjaya menyelesaikan masalah masing-masing. Hari raya ini semua kawan-kawan asyik bertanya bila mahu memakan nasi Minyak dan tidak kurang juga yang mahu aku menyertai Kelab Lelaki Boroi anjuran mereka. Dalam diam-diam mereka turut mengata Azami yang tidak kahwin-kahwin hingga pelbagai teori yang dikemukan. Aku rasa itulah juga yang dibualkan oleh mereka tentang aku jika aku tiada di sisi mereka. Hujan melanda setiap petang agak mengurangkan kawan-kawan berhari raya ke rumah aku. Tidak banyak kontrovesi yang berlaku tahun ini seperti tahun-tahun lepas cuma khutbah Hari Raya yang tidak mengikut senario kampung aku menjadi bahan bualan iaitu cerita tentang kemajuan yang melimpah ruah yang sebenarnya tiada langsung!. Aku agak terkejut dengan kematian Iban pada 2 Oktober yang lepas akibat kemalangan jalan raya di Johor itupun diberitahu oleh Azmi yang kebetulan berada di rumah mentuanya di Trolak Utara.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:11 AM 0 comments
Friday, October 12, 2007
Posted by Maswafi Abd Samat at 5:32 PM 1 comments
Wednesday, October 10, 2007
Sudah masuk hari ke 28 aku berpuasa tetapi tidaklah aku tahu jumlah untuk Nik Shafini. Sasaran latihan hanya mencapai cuma 143.65km masih jauh daripada sasaran asal jadual Ramadhan iaitu 200km, ini adalah kerana keadaan fizikal aku yang lemah kerana tiada selera bersahur dan keadaan cuaca yang tidak menentu Ramadhan ini. Cepat betul Ramadhan berlalu rasanya kalau boleh biarlah ia setahun kerana tidaklah boleh Nik Shafini dan Kak Su mengepau aku teh tarik gelas besar dan roti telur di D’Kerisik sedangkan aku sendiri hanya minum teh tarik gelas kecil dan roti kosong. Bila difikirkan memang pelik mereka berdua ini termasuk aku sendiri tetapi aku cuma menganggap ini satu bentuk latihan berbini, lagipun pepatah Yahudi ada menyebut “practice make perfect”. Nampaknya Zubir Playboy pula diserang keracunan makanan kerana terlebih makan agaknya cuma tidaklah sampai dimasukkan ke wad pemerhatian Slim River seperti Uda minggu lepas kerana memakan kerabu kerang yang dibeli hinggakan Makcik Mah yang terpaksa menerima rawatan pesakit luar masih trauma bila aku mahu membeli juadah berbuka di Pasar Ramadhan. John pula sudah masuk hari ketiga hari ini di Hospital Kuala Lumpur untuk proses kimoterapi yang akan berlangsung selama 5 minggu nampaknya dia akan beraya di hospital tahun ini.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:10 AM 0 comments
Tuesday, October 09, 2007
Sudah 26 hari Ramadhan berlalu aku masih belum dapat betul-betul berurusniaga dengan anak Kak Wan melainkan dengan Kak Wan sendiri, sudahlah masa aku semakin suntuk Kak Wan pula sudah empat hari tidak berniaga. Ini menyukarkan aku mencapai matlamat untuk bertanyakan nama anaknya entah-entah Kak Wan terus bercuti pulang ke Pattani. Entah apa yang difikirkan oleh Ayob Tulakang dan kawan-kawannya hingga menjadikan hiasan Aidilfitri semacam Hari Krismas di tingkat lapan kerana ada ikon bintang-bintang digantung di situ, itulah akibatnya jika asyik mengayat awek dengan menjanjikan bulan dan bintang. Empat teman serumah aku sudah pulang ke kampung masing-masing hanya tinggal aku dan Iwan sahaja berpuasa di Vista Angkasa sekarang aku cuma boleh pulang pada hari Khamis dan Iwan pada hari Jumaat. Keadaan jalanraya sudah mula kurang sesak walaupun aku terlewat sedikit pagi ini kerana menikmati tidur selepas hujan yang membawa angin sejuk.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:17 AM 0 comments
Monday, October 08, 2007
Lebuhraya PLUS yang dinaik taraf masih belum siap sepenuhnya bakal menyumbang kesesakan kepada pemilik kenderaan yang pulang ke kampung menyambut Aidilfitri minggu ini. Agak sesak pasar Ahad di Sungkai kerana aku sibuk membeli kuih raya dan Makcik Mah yang membeli langsir raya, terbang jugalah duit aku sebanyak RM111.40 untuk lapan jenis biskut dan dua jenis kerepek. Yati pula sudah bertukar loghat Kedah dalam percakapannya semenjak berhijrah mengikut suaminya ke Pokok Sena namun masih comel seperti dulu. Banyak cerita baru yang diberitahu olehnya kepada aku tentang “geng” Pekan Lama yang sudah banyak berubah iaitu antaranya Gurpal yang masih mengalami masalah mental kerana kemalangan tahun lepas. Salah aku juga kerana semenjak berpindah ke A-A Tin aku sudah jarang ke Pekan Lama berjemaah mandi sungai dengan mereka kerana sudah selesa dengan lombong. Cuma kalau aku ke Pekan Lama, aku masih mempunyai azam untuk membalas dendam terhadap Sarman yang membenam aku di sungai hingga tinggal separuh nyawa kerana menarik seluarnya hingga nampak anunya.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:04 AM 0 comments
Friday, October 05, 2007
-
Selalu sangat aku terjumpa barang berharga bila menguji tahap kardiovuskular di Bukit Damansara, cuma kali ini ia agak berteknologi tinggi buatannya hinggakan Fadhli dan
-
Nik Shafini sudah beberapa hari tidak mahu bercakap dengan aku, jika bercakap pun hanya perbendaharaan bahasa Melayu seperti keji, jahat dan teruk sahaja yang boleh diucapkan kepada aku kerana kemurahan hati aku menyiarkan gambarnya sedang tidur seperti bayi Johnson minggu lepas. Aku rasa ini semua salah Syahril kerana dia yang menghasut aku yang lemah iman ini menyiarkan gambar tersebut, mungkin sepatutnya Syahril ini turut dirantai bersama makhluk bertanduk pada bulan Ramadhan.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:09 AM 2 comments
Thursday, October 04, 2007
Tidak pasal-pasal dua pegawai bilis polis dibawa ke mahkamah kerana dituduh memberi keterangan palsu terhadap pegawai jerungnya, sudahlah jerungnya terlepas daripada sistem kehakiman, sekarang ini hukuman seperti telah dijatuhkan kepada bilis-bilis tanpa mengadakan penyiasatan yang telus terhadap jerung. Kes ini samalah seperti binatang yang membunuh Nurin Jazlin belum ditangkap ibu-bapanya sudah
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:13 AM 1 comments
Wednesday, October 03, 2007
Mamai kepala aku dibuatnya seharian semalam asyik melayan tidur dihadapan komputer cuma sesekali dikejutkan oleh deringan telefon, ia kemudian disambung di surau dan sesekali dikejutkan dengan bacaan al quran membuatkan aku insaf kerana aku belum mati lagi dan terus menyambung kerja seperti biasa dan tertidur lagi dihadapan komputer. Masih gagal mendapat air tangan anak Kak Wan sewaktu membeli buburnya walaupun sudah hari ke 20 berpuasa dan aku terus menyambung tidur setelah menjamah bubur tersebut. Tersedar jam 11.30 malam barulah aku yang sedar aku masih belum betul-betul berbuka puasa hingga membawa aku yang masih mamai ke gerai Sup Herba di Pantai Dalam. Rasanya ubat yang aku makan dalam dos yang biasa itu tidak pula memberi kesan langsung jika aku diserang penyakit insomia!
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:59 AM 0 comments
Tuesday, October 02, 2007
Pagi-pagi lagi Radio Era sudah memperdengarkan lagu-lagu raya walaupun bulan baru menguncup kembali menandakan masih ada lagi sepuluh Ramadhan yang perlu dilalui. Yang penting semalam aku tidak perlu mengadap Zubir Playboy untuk berbuka tetapi mengadap
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:35 AM 0 comments
Monday, October 01, 2007
-
Seperti biasalah kawan-kawan aku yang kalah akan memberikan alasan seperti kepala lutut longgar kerana sudah berkahwin dan dalam kumpulan mereka ada peserta perempuan. Inilah satu-satunya larian yang yang aku sertai tidak memberikan wang tunai atau hamper kepada pesertanya melainkan medal yang penuh bermakna terukir kedudukan peserta dan hari ini barulah aku sedar apa dimaksudkan “runners sejati”, ia bukan hanya bermaksud keghairahan berlari tanpa mengira waktu tetapi tidak memerlukan wang untuk memenuhi kantungnya walaupun berada ditempat pertama. Secara keseluruhannya aku cuma memberikan tiga bintang kepada pihak penganjur daripada segi persediaan teknikalnya dan jumlah peserta namun tidaklah langsung mencacatkan larian ini.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:11 AM 0 comments
Labels: Larian