Sangat memenatkan di “bulan yang panas” walaupun cuma 3.65 km larian berganti-ganti anjuran Persatuan Atlit Veteran Kuala Lumpur di Taman Metropolitan Kepong semalam. Jika bukan kerana sistem pesanan ringkas mengenai “runners sejati” harus berlari tidak kira waktu yang mencabar keimanan aku serta sifat hasad dengki yang tertanam dalam jiwa tidak mahu kawan-kawan aku mendahului aku, mungkin aku sudah berada di Jalan Masjid India ataupun Mid Valley menghabiskan duit saki-baki yang masih ada di dalam bank seperti bangsaku yang lain.
-Kembang hidung beserta dengan punggung-punggung aku sekali apabila penganjur mendefinasikan kumpulan aku yang menduduki tempat kesembilan sebagai “elite runners” suatu yang tidak pernah aku terfikir selepas aku akhil baligh. Walaupun terdapat beberapa cubaan oleh kawan-kawan aku untuk memancing Firdaus ke dalam kumpulan mereka namun cubaan itu gagal kerana sudah tentulah Firdaus lebih rela menolong protegenya yang pernah mengkhianatinya dengan mengalahkannya dalam acara berkumpulan. Untuk jarak yang bukan “favourites” aku, masa yang dicatat ialah 15 minit 20 saat sebagai pelari kedua, manakala Firdaus 13 minit 46 saat sebagai pelari pertama dan Afad 16 minit 42 saat sebagai pelari ketiga yang kesemuanya memakai baju putih cap ayam berbanding peserta memakai baju adidas kuning yang memenuhi ruang acara.
-
Seperti biasalah kawan-kawan aku yang kalah akan memberikan alasan seperti kepala lutut longgar kerana sudah berkahwin dan dalam kumpulan mereka ada peserta perempuan. Inilah satu-satunya larian yang yang aku sertai tidak memberikan wang tunai atau hamper kepada pesertanya melainkan medal yang penuh bermakna terukir kedudukan peserta dan hari ini barulah aku sedar apa dimaksudkan “runners sejati”, ia bukan hanya bermaksud keghairahan berlari tanpa mengira waktu tetapi tidak memerlukan wang untuk memenuhi kantungnya walaupun berada ditempat pertama. Secara keseluruhannya aku cuma memberikan tiga bintang kepada pihak penganjur daripada segi persediaan teknikalnya dan jumlah peserta namun tidaklah langsung mencacatkan larian ini.

No comments:
Post a Comment