Tidak sampai sebulan lagi masa untuk aku menyiapkan diri mengharungi pertandingan di Kuantan tetapi aku masih galak dengan permainan tennis di dalam masa 17 hari ini. Jika tidak kerana lutut kiri aku yang tidak memenuhi standard untuk larian jarak 10km tidaklah aku bermain sukan kegemaran Roger Federer ini. Barulah aku tahu betapa sukarnya mengawal nafsu makan nasi yang sepatutnya dikurangkan daripada diet biasa kerana tiada aktiviti tahap gaban selepas marathon penuh Link Kedua, jika dibiarkan silap-silap perut aku akan memboyot seperti Azam Orang Minyak ataupun Fadhli.
Thursday, November 29, 2007
Tuesday, November 27, 2007
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:21 AM 1 comments
Friday, November 23, 2007
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:31 AM 3 comments
Thursday, November 22, 2007
Sekarang ini ramai “runners” yang giat berlatih untuk Great Eastern Pacesetters 30 km yang dijadualkan dua bulan lagi dan menjadikan lelaki yang boleh berlari di bawah 3 jam itu sebagai “benchmark” mereka, oleh kerana lelaki itu adalah aku sendiri terpaksalah aku riak dan takbur. Sampaikan trek latihan aku di Bukit Cinta Damansara menjadi sasaran mereka pada waktu malam untuk berlatih, kerana melahirkan ramai “runners” seperti Zafrul, Ayob dan Marsha yang agak kurang berkeyakinan dengan jarak jauh suatu masa dahulu. Puas juga aku mengajak mereka menjadikan Firdaus lelaki yang boleh berlari sejauh 42 km di bawah 4 jam itu “benchmark” tetapi alasan mereka mentor aku itu terlalu jauh untuk “ditangkap” kecuali dengan menaiki basikal!.
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:37 AM 0 comments
Tuesday, November 20, 2007
Memang telah dijangka aku akan menghadapi masalah besar dengan perisian Kaizen HR bila terpaksa melakukan “setup code” baru untuk tuntutan kerja lebih masa untuk lapan syarikat, dan selepas matahari terbenam aku hanya dapat menyiapkan 80 peratus kod baru tersebut. Hendak aku harapkan
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:07 AM 0 comments
Monday, November 19, 2007
Lif tidak berfungsi lagi semalam kerana kerja-kerja baik-pulih dilakukan semalam namun ia tidak menjadi isu kerana cuma orang yang datang dari planet lain sahaja yang bekerja pada hari ahad kerana orang
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:16 AM 0 comments
Sunday, November 18, 2007
Hari ini Joey berjaya meleraikan fikiran aku yang kusut dengan senaman aerobiknya di Tasik Jaya Petaling Jaya yang betul-betul dapat menguji jantung aku ke tahap maksimum, walaupun kekusutan itu telah cuba aku selesaikan dengan sebiji Zilpodem kerana aku sudah tidak mampu berlari kerana kecederaan lutut kiri aku. Hebat juga tanggungjawab sosial yang dipikulnya setiap hari ahad jam 7.30 pagi memastikan anak buahnya yang aku kira dia tidak tahupun nama mereka untuk mengikuti senaman yang menggembirakan itu secara percuma selama 40 minit. Kenapalah aku tidak pernah terfikir mengikutinya secara serius sebelum ini dengan asyik melayan ego berlari yang tiada kesudahan, lagipun sangat ramai awek-awek yang mengikutinya untuk diayat walaupun terpaksa mengayat emaknya sekali. Selepas 7 hari, hanya lutut kiri aku yang tidak dapat berfungsi sepenuhnya seolah-olah sudah kehabisan “gris” di dalamnya setelah ujian jarak 2.2km dilakukan petang semalam. Uda menghadapi temuduga di Canon Opto Seksyen 26 Shah Alam dengan penuh yakin kerana berjaya menjawab semua soalan pagi semalam. Aku sendiri sebagai “Human Resources Practitioner” tidak bergantung harap kerana sudah menjadi kebiasaan jika seseorang itu berjaya menjawab semua soalan di dalam borang analisis temuduga akan tertulis “something is not right” berbanding perkataan yang sepatutnya iaitu “knowledgeable” kerana takut orang baru akan memintas mereka.
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:11 AM 0 comments
Friday, November 16, 2007
Hujan turun renyai-renyai lagi pagi ini membasahi bumi Kerinchi yang merupakan satu kejadian agung yang diharap dapat membersihkan jalan tar yang sudah berhabuk akibat pembangunan berhampiran Kondo Panorama. Akhirnya setelah bekerja selama 6 tahun 5 bulan di sini, akhirnya 6 lif gagal berfungsi di Menara 2, ramai yang mengeluh kerana terpaksa menaiki tangga. Melalui catatan masa aku sendiri untuk menaiki tangga secara “control ayu” kerana lutut kiri masih dalam kecederaan ia cuma mengambil masa lapan minit sambil membawa ketupat dan kuah kacang untuk jamuan di tingkat 20. Rasanya hari ini aku mahu sahaja memeluk mentorku
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:26 AM 0 comments
Wednesday, November 14, 2007
Tag Huer cap ayam aku sudah berhenti pada hampir jam 5.00 pagi untuk menunjukkan bahawa aku sudah berhenti latihan untuk selama 3 hari. Lutut kiri aku mulai sakit sejak petang semalam, doktor menasihati aku supaya mengambil “calcium carbonate” untuk proses pemulihan tanpa perlu pergi ke pakar kerana ia adalah perkara yang biasa untuk makhluk asing seperti aku. Semenjak ahad yang lepas aku sudah tidak langsung berpantang dalam soal makan setelah berdiet selama hampir sebulan kecuali semasa jamuan Hari Raya, sekejap sungguh perut aku boroi seperti Fadhli dan Azam Orang Minyak. Aku tidak dapat membayangkan jika aku sudah berkahwin dengan anak Kak Wan yang pandai memasak itu. Berat badan aku sudahpun mencecah 65kg iaitu 3kg lebih banyak daripada bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bahawa walaupun kita bersenam tahap gaban seperti makhluk asing pemakanan haruslah dijaga seperti mengurangkan nasi dalam pemakanan.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:14 AM 0 comments
Tuesday, November 13, 2007
Hari kedua “alignment” aku sudah pun sedikit baik daripada semalam, jika mengikut kiraan aku yang gagal matematik ini dalam masa 5 hari lagi semua otot-otot aku akan berfungsi semula seperti sediakala. Cuma sekarang ini aku masih berjalan secara “control ayu” seperti bakal menantu berjalan dihadapan mak mentua hinggakan Kak Aishah marah-marah sayang melihat diri aku kerana mendera diri aku sendiri di Link Kedua, maklumlah bukankah aku bakal adik iparnya yang paling disayangi sudah tentulah dia mengambil berat tentang diri aku. Sudah ramai yang mahu mendaftar diri mahu menjadi protégé aku sejak daripada semalam bila keupayaan aku meyakinkan Farid menjadi ukuran, rasanya kenalah Doktor Mafeitz menyediakan katil yang lebih untuk rakan-rakannya menginap di PPUM. Setakat ini sejarah membuktikan hanya
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:30 AM 0 comments
Monday, November 12, 2007
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:11 PM 1 comments
Labels: Larian
Friday, November 09, 2007
Apalah agaknya yang difikirkan oleh seorang peserta ketika melakukan pendaftaran hingga sanggup menamakan pasukannya sama dengan tin sardin iaitu “Chap Ayam” semasa pertandingan KLAVA Deepavali Muhibbah Open Relay semalam di Taman Bukit Kiara. Oleh kerana pasukan Chap Ayam tersebut mendapat tempat ke lapan terpaksalah aku mempercayai bahawa orang gila itu tidak bukan adalah diri aku sendiri. Sebenarnya pasukan itu mendapat tempat ke tujuh bila Nazib mencatat masa 8 minit 11 saat, Helmi sebagai pelari kedua mencatat masa 9 minit 52 saat dan aku sebagai pelari terakhir mencatat masa 8 minit 58 saat untuk jarak setiap 1.93 km. Aku malas untuk bertekak dengan penganjur kerana bagi aku apalah sangat keputusan rasmi itu dengan nilai persahabatan antara kami, apatah lagi Rambo sendiri mengaku bahawa Kamal berasa dibelakang aku 30 saat itu sudah memadai buat kumpulan Chap Ayam. Apa yang penting hasrat murni aku untuk menyingkirkan Farid dan Sham dari kumpulan 10 terbaik tercapai walaupun Ida terpaksa menjadi korban kerana ditinggalkan oleh aku sejauh 2 minit.
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:59 AM 0 comments
Labels: Larian
Tuesday, November 06, 2007
Tiba-tiba Azrin mentor blog aku sendiri “meletup” bila aku mengutuk video Pulau Tenggol yang mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan kerana gagal mengangkat minda aku berimiginasi tentang keindahannya berbanding tulisannya sebelum ini yang aku rasa lebih baik daripada gambar bergerak tersebut. Aku dan Syahril sudah puas memerah otak kenapa Nik Shafini terlampau rajin dalam sejak minggu lepas walaupun kerjanya tidak pernah dipantau oleh bosnya melainkan aku dan Syahril. Hendak dikatakan ada pelancaran kondo baru rasanya tahun depan baru bermula, hendak dikatakan mengharap gaji dan bonus yang banyak daripada majikan ia sudah pun dihabiskan raya yang lepas.
Setelah beberapa tahun mengisi borang untuk menghadiri latihan yang kosnya bernilai lebih daripada RM900.00 akhirnya ia diluluskannya juga. Macam-macam alasan yang diberikan kenapa permohonan aku ditolak seperti aku sudah cukup pandai dalam hal ehwal sumber manusia, bunyinya seperti aku sudah layak menjadi pengurus walaupun cuma berjawatan cap ayam. Nasib baik kursus pengiraan “EA” itu memang langsung aku tiada pengetahuan dalam kepala otak aku yang bijak ini jika tidak sudah tentu borang itu terpaksa aku sendiri aku bakulsampahkan seperti borang-borang yang lain. Agaknya kemana perginya belanjawan untuk aku beberapa tahun itu pergi? Mungkin untuk mengisi kursus-kursus yang selalu sangat dihadiri oleh Azam Orang Minyak dan Fadhli.
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:42 AM 1 comments
Friday, November 02, 2007
Kebas punggung aku selama 8 jam kerana suntikan dadah untuk menenangkan sakit kepala aku, lagi
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:36 AM 4 comments
Thursday, November 01, 2007
Sakit kepala tiba-tiba menyerang aku pagi ini mungkin disebabkan tekanan untuk menyiapkan buku aturcara Hari Anugerah Cemerlang 2007 Sekolah Kebangsaan di Kota Damansara. Sejak bila pula aku tiba-tiba menjadi cikgu sekolah pun aku tidak tahu, jika Makcik Mah tahu apa yang aku lakukan sudah tentu dia gebang satu kampung. Jika tidak kerana
Bersunguh-sungguh nampaknya Ramlan membawa pasukannya mengadakan latihan malam tadi di Bukit Damansara di dalam kegelapan untuk menghadapi “relay” di Putrajaya ahad ini. Kecederaan aku nampaknya sudah pulih 90 peratus lebih cepat daripada jangkaan asal orang yang gagal matematik. Cuma latihan secara interval yang dapat dilakukan dan aku paling benci bila sakit dada kembali menyerang kerana teknik itu memerlukan aku melakukan dalam keadaan 80 peratus kelajuan maksimum yang boleh dicapai.
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:47 AM 2 comments