Sakit kepala tiba-tiba menyerang aku pagi ini mungkin disebabkan tekanan untuk menyiapkan buku aturcara Hari Anugerah Cemerlang 2007 Sekolah Kebangsaan di Kota Damansara. Sejak bila pula aku tiba-tiba menjadi cikgu sekolah pun aku tidak tahu, jika Makcik Mah tahu apa yang aku lakukan sudah tentu dia gebang satu kampung. Jika tidak kerana
Bersunguh-sungguh nampaknya Ramlan membawa pasukannya mengadakan latihan malam tadi di Bukit Damansara di dalam kegelapan untuk menghadapi “relay” di Putrajaya ahad ini. Kecederaan aku nampaknya sudah pulih 90 peratus lebih cepat daripada jangkaan asal orang yang gagal matematik. Cuma latihan secara interval yang dapat dilakukan dan aku paling benci bila sakit dada kembali menyerang kerana teknik itu memerlukan aku melakukan dalam keadaan 80 peratus kelajuan maksimum yang boleh dicapai.
2 comments:
sejak bile abg mas tukar profesion ni?
Ha..ha.. sejak i meluaskan "sempadan" mencari jodoh!!!
Post a Comment