Saturday, February 16, 2008

Aku sudah semakin suka dengan Seremban, kerana setiap pagi Sabtu dan Ahad dapat menjamah nasi lemak bersama telor goreng kurang minyak di hadapan kem artileri selepas memperhalusi trek jalan Sikamat dan juga karenah Wan Baling yang tidak habis-habis menyusahkan aku. Minggu ini aku sedikit kasihan padanya kerana telah ditimpa najis di bilik air kelmarin dan kehilangan terompah kuningnya pagi tadi. Tapi kasihan aku tidak berpanjangan kerana apabila ia dalam riang gembira hendak berjumpa dengan aweknya di Melaka yang tidak pernah mengaku pun dia pakwenya, aku terpaksa mendengar nyanyian sumbangnya dari pagi hinggalah sewaktu aku menghantarnya ke Terminal One.

-

Sama ada aku yang ramah atau orang di Seremban yang ramah aku tidak pasti, tetapi dengan modal air liur sahaja aku, Eddy, Nizam dan Tom merasa cendol Hj. Shariff yang popular di sini di atas kebijaksanaan aku memanipulasi Uncle Mani yang duduk bersebelahan meja kami. Hendak aku harapkan Nik Shafini dan Kak Su belanja jangan haraplah walaupun aku memakai bikini buat persembahan untuk mereka. Hingga ke hari ini masih ada lagi yang bercerita bagaimana lembing itu boleh patah semasa Kak Long melakukan rejaman di padang walaupun sebelum itu kami berkata ia adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku, bagi aku itulah kebesaran tuhan sebenarnya.

2 comments:

Anonymous said...

Terharu plak rasa ko masih ingat kat kami ber2,klu nak rasa belanja kami dtglah sini...duit tgh byk nih..dah jumpa makwe br x,@ masih memilih yg mana 1?? Miss U....

Maswafi Abd Samat said...

Mana boleh tak ingat kalau dah tiap-tiap hari kena pau!

Untuk perhatian!!!

Nama2 awek dalam pemantauan:-

asmah, el, zainab dan aziah