Marah betul aku dengan telefon bimbit aku kerana gagal menghubungi Azie untuk ucapan selamat hari lahir, mungkin dia sibuk agaknya lagipun aku bukanlah pakwenya, balaknya, dan abangnya pun bukan apatah lagi menjadi abang angkatnya. Sebenarnya sebelum ini aku tidak pernah pun menghubunginya walaupun semua orang tahu aku suka separuh mati padaanya kerana ini merupakan salah satu teknik berjimat cermat di musim minyak yang mahal ini. Hari ini kali keempat aku berjumpa Dr. Aniza, walaupun sebenarnya mata aku yang jahat ini suka sangat mengintai doktor pelatih di situ. Urusan gigi geraham bongsu aku berjaya diselesaikan apabila jahitannya telah berjaya dibuka cuma terasa sengal-sengal sedikit dan hingga sekarang aku masih memegang pendapat bahawa doktor di sektor kerajaan lebih baik kerjanya berbanding doktor di sektor swasta kerana pengalaman mereka menyelesaikan kes-kes yang teruk. Aku masih belum mendapat “tiun” untuk berbuka puasa dan bersahur di sini seperti kebanyakan yang lain cuma aku melakukan tugas di atas padang seperti biasa walaupun di tegur oleh kawan-kawan.
3 comments:
Suka separuh mati kat azie tapi kenapa tak luahkan ajer kat dia..
Amboi2 sodap je mulut nak marah eden.
Mana tau den tak pernah cakap kat dia????
Masalahnya dia dah ada pakwelah!!!
Eden tak marah dee..Eden cuma nak bagi pendapat jekk..dia dah ada pakwe tapi awak masih gila separuh mati kat dia..ikut suker ati lah
Post a Comment