Aku semacam tidak percaya sudah berada di Sibu, kerana tempat yang paling jauh mampu aku pergi dengan duit sendiri pun hanyalah Trans Titiwangsa itupun setengah mati. Tidak banyak halangan untuk ke sini kerana aku datang dengan urusan kerajaan, maka aku dilayan seperti anak raja walaupun aku sedar aku adalah anak Makcik Mah. Layanan di Kingwood Hotel yang terletak berhampiran dengan jeti sangat baik hinggakan ke tahap mereka sanggup mencarikan peta lengkap Sarawak dengan percuma untuk aku. Cuma kemudahan tandas di sini agak pelik kerana tidak menyediakan paip air untuk membasuh “natural call”. Bandar Sibu adalah bandar pelabuhan yang sangat sibuk di sepanjang Sungai Rejang yang sangat besar dan hampir mustahil untuk kita rentasinya dengan kudrat yang ada. Perjalanan aku masih berbaki 240 km dengan menaiki dua bot ekspress ke Kapit dan seterusnya ke Belaga dan kalau terlajak dengan sengaja bolehlah aku “honey moon” di Kalimantan Indonesia.
4 comments:
Good luck bro di sana mencari cinta! kalau ada broadband jgn lupa blog ah ! Nanti aku nak pergi Mulu bulan 3 ni kalau aku ade time n duit lebeh.. bule gi melawat :)
Thank you, haa..haa.. kalau ada line telephone pun kamik syukur. Tapik kamik rasa sik ada. Kalau nak singgah boleh nanti kamik uppdate dalam blog kami macam mana nak belaga.
uiskh...jauh nya kawan kamik pegi...
waaaaduh...baru nak suh ko ajar aku swimming...nampaknya tak jumpa la ko race kat sini...
slamat berjaya huh..
wafi.. ingat aku x?? ni emi... PPISMP (roomate ustaz nizam).. wah.. update lah blog ni. aku nak baca pasal org sana.. :)
Post a Comment