Tuesday, September 29, 2009

Aku hanya berada di Segaham pada jam 8.30 pagi itupun di atas ehsan Fredie yang sanggup mengambil kami dengan perahunya. Entah kepada semenjak daripada bulan Ramadhan yang lepas aku menghadapi masalah untuk pulang melalui jalan air ke Segaham dari pekan Belaga (satu-satunya cara yang untuk) hingga terpaksa menghabiskan wang menginap di hotel.

Masalah aku yang tidak memahami masalah orang di sini dan sikap mereka yang tidak mahu berterus terang menyebabkan segalanya menjadi susah. Kadang-kadang kita perlu berterus terang walaupun ia pahit untuk ditelan tetapi ia lebih baik daripada aku dan kawan-kawan terpaksa menunggu di tepi jeti hingga malam tempat arwah Cikgu Nizar tenggelam di Batang Rajang mengharapkan ada perahu yang mengambil kami.

Walaupun aku sudah memaafkan perkara ini tetapi ia masih kekal dalam memori merupakan yang paling pahit sepanjang aku berada di Sarawak kerana ia sepatutnya boleh dielakkan jika aku belajar memahami budaya orang di sini dan mereka berterus terang. Ini menyebabkan momentum aku untuk menyambut Hari Raya bersama kawan-kawan sudah hilang kerana peristiwa itu beg aku seberat 15 kg hampir dipenuhi dengan kuih raya yang kubeli di Semenanjung.

Terubat juga hati aku melihat semua murid-murid aku gembira merasa kuih raya yang kubawa dan menerima angpau seringgit. Macam-macam yang didoakan oleh Evelyn untuk aku dan sudah semesti aku cepat mendapat jodoh menjadi usikannya. Begitulah sucinya hati seorang kanak-kanak hanya tahu mendoakan yang baik-baik untuk orang lain.

Saturday, September 26, 2009

Aidilfitri bersama Menteri Besar di Manjung 2009

Cerita Sebuah Siren-2009

Ikan Baung Segar 2009

Lemang Moden 2009

Malang

Minggu Patriotik 2009

Saujana-Fitrah Hari Raya 2009

Saujana-Suasana Hari Raya 2009

Surat dari Belaga

Sudah genap 6 hari Ramadhan meninggalkan kita, manusia seolah-olah lupa bahawa sebelum ini mereka begitu zuhud memuja Allah dengan tiba-tiba sahaja berhibur tanpa hentinya tiada batas. Syawal aku sambut dengan cukup gembira kerana dapat berjumpa dengan hampir semua kawan-kawan lama di Sungkai. Juga sebagai bonus Helmi membawa aku berhari raya di Manjung bersama Menteri Besar Perak sesuatu yang istimewa di hari raya ini. Cuti yang hanya seminggu di semenanjung dirasakan cukup tertekan kerana terpaksa menyelesaikan kerja-kerja membaik pulih rumah yang masih belum selesai dengan kadar segera. Bukannya aku tidak mempunyai wang untuk mengupah orang melakukan semua kerja-kerja itu, cuma rugi jika kemahiran yang ada tidak digunakan sepenuhnya.




Thursday, September 17, 2009

Perjalanan aku pulang ke Perak berjalan dengan lancar kerana masih terdapat tiket dari Seremban ke Tanjung Malim. Yang berbeza dari tahun lepas ialah segala urusan ekspress haruslah dilakukan di Terminal 2 yang sudah beroperasi (sebelum ini di Terminal 1). Sangat hebat sambutan kawan-kawan di Raja Melewar semuanya tertanya-tanya bagaimana kehidupan aku di Sarawak. Perkara yang paling banyak ditanya ialah adakah murid aku boleh berbahasa Melayu, gaji yang diperolehi dan bagaimana rupa awek-aweknya.

Bagi aku belajar di Raja Melewar ialah perkara yang terbaik berlaku kepada aku dalam tempoh lima tahun ini. Tempat ini mengajar aku menjadi baik, menjadi lebih energetic, menjadi lebih bersedia untuk apa jua keadaan bila bekerja. Ini adalah kerana suasana kehidupan yang diamalkan di sini sangat tertib supaya menjadi teladan kepada anak murid namun aku masih belum bersetuju tentang pengamalan terlampau banyak fail assignment daripada buku-buku di rak-rak pensyarah.

Aku dan Tom dulu pernah mempertikaikan keputusan kawan-kawan kerana tidak pernah meletakkan perkataan Raja Melewar pada 4 helai baju yang ditempah untuk kelas kami. Mungkin mereka merasa malu dengan Raja Melewar tidak setaraf dengan tempat pengajian mereka sebelum ini agaknya. Rasanya aku masih lagi bersama dengan rakan-rakan Raja Melewar kerana masih lagi menerima jemputan untuk mendaki gunung. Harapnya mereka masih lagi menjadi sahabat aku walaupun sudah dihantar jauh di pedalaman!.

Tuesday, September 15, 2009

Perjalanan dari Segaham ke Belaga berjalan lancar dengan enjin 40 kuasa kuda yang memakan petrol sebanyak 7 gelen tidak seperti enjin 15 kuasa kuda cuma memakan petrol 5 gelen sahaja. Masa juga dapat dijimatkan hampir separuh daripada berbanding menggunakan enjin berkuasa kuda 15. Ramai rakan-rakan sudah mula pulang bercuti berhari raya setelah bertungkus lumus bekerja pada cuti seminggu sebelum UPSR.

Sunday, September 13, 2009

Hari yang begitu menggembirakan buat aku kerana sudah dua hari hujan turun dengan lebatnya dapatlah ia memenuhi tangki biru yang sudah kosong. Ia menjadikan hari tidak terlalu sejuk dan terlalu panas memudahkan latihan kardiovaskular, jika diikut hadis nabi mungkin malam Lailatulqadar sudah berlalu. Aku terpaksa menukar penerbangan ke semenanjung daripada hari khamis kepada selasa kerana urusan pengambilan sijil diploma yang masih belum selesai untuk menghadapi temuduga perlantikan kepada jawatan tetap selepas Hari Raya. Sudah tentu ia membabitkan kos yang bukan sedikit kerana terpaksa membayar bayaran tambahan sebanyak RM297.00.

Friday, September 11, 2009

Murid tahun 6 sudahpun dengan gembiranya menamatkan UPSR, sehubungan dengan itu pelbagai janji manis yang dituntut oleh mereka daripada aku. Ini kerana aku ini jenis yang suka menaburkan janji-janji manis seperti mereka boleh menonton tv dan bermain sehingga penat supaya mereka tekun belajar. Sudah hampir 2 minggu bot ekspress tidak beroperasi begitu juga masalah air sudah mencapai tahap kemuncak hingga pihak sekolah terpaksa membeli janakuasa baru untuk mengepam air Batang Rajang bagi kegunaan nature call. Untuk penyediaan makanan dan minuman kami masih lagi menadah air Sg. Musi yang sudah semakin perlahan.

Tuesday, September 08, 2009

Suhu mencapai sehingga 36 darjah celcius sehangat permulaan UPSR hari ini, kelihatan semua murid berdebar-debar kecuali beberapa nama seperti Rianto dan Azlan yang kelihatan tenang. Ini bukanlah kerana mereka dalam keadaan bersedia tetapi tidak tahu apa-apa mengenai urusan pelajaran mereka selama 6 tahun ini. Dalam sedar tidak sedar, sudah 18 hari aku menyambut puasa di Bumi Kenyalang yang menjanjikan pengalaman yang sangat sukar tetapi memberi keinsafan kepada aku betapa bersyukurnya aku tinggal di Perak sebelum ini.

Suhu mencapai sehingga 36 darjah celcius sehangat permulaan UPSR hari ini, kelihatan semua murid berdebar-debar kecuali beberapa nama seperti Rianto dan Azlan yang kelihatan tenang. Ini bukanlah kerana mereka dalam keadaan bersedia tetapi tidak tahu apa-apa mengenai urusan pelajaran mereka selama 6 tahun ini. Dalam sedar tidak sedar, sudah 18 hari aku menyambut puasa di Bumi Kenyalang yang menjanjikan pengalaman yang sangat sukar tetapi memberi keinsafan kepada aku betapa bersyukurnya aku tinggal di Perak sebelum ini.

Sunday, September 06, 2009

Pagi-pagi lagi Dalina sudah mengetuk pintu rumah aku meminta kebenaran menggunakan masa ulangkaji Bahasa Melayu untuk murid tahun 6 ke gereja, mungkin mereka sudah penat melalui pembelajaran secara intensif selama 2 bulan ini agaknya. Minggu hadapan adalah minggu kritikal untuk semua murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR, harapnya keputusan lulus boleh mencecah 70 peratus seperti yang dicita. Awan kelihatan tidak terlalu panas kerana kelihatan gelap tetapi aku sebenarnya tertipu kerana ia adalah jerebu tiada kaitan dengan hujan. Suhu juga menunjukkan pada tahap 34 darjah celcius menyebabkan tekak aku dan lidah aku kering sewaktu menjalani latihan kardio.

Thursday, September 03, 2009

Sangat pelik kerana dalam masa 3 minggu ini pelbagai peralatan elektrik tidak dapat berfungsi kerana rosak seperti TV, pemanas air dan dekorder Astro. Penilaian awal aku ini mungkin terjadi kerana terdapat lebihan arus elektrik oleh generator sekolah sewaktu pertukaran generator kedua.