Lewat sehari pulang ke Segaham kerana sampai sudah terlalu lewat di Belaga adalah sesuatu yang mengecewakan kerana terpaksa membuang duit dan masa menyewa hotel untuk sehari. Dari satu segi aku harus bersyukur kerana dapat merasai nikmat berpuasa di Kampung Melayu Belaga sesuatu yang tidak dapat dirasai di Segaham seperti memakan kuih dan bersolat tarawikh secara berjemaah. Aku dapat sampai di Segaham awal pagi ini dengan menggunakan perahu sekolah dan mengajar untuk 4 waktu selepas rehat.
No comments:
Post a Comment