Siapa yang kita sanjung?
Kita selalu mementingkan akademik bila berhadapan dengan anak-anak walhal sebagai manusia kita jarang sekali menyanjung kelompok akademik seperti Prof Diraja Ungku Aziz seperti kita menyanjung David Beckham yang berada dalam kelompok sukan mahupun James Cameroon yang berada dalam kelompok seni kreatif. Jika kita soal semula dimana perginya semua beribu-ribu genius-genius yang mendapat 10 A ke atas (dalam SPM), maka akan ada jawapan bahawa mereka sudah pergi ke universiti ternama dan bekerja sebagai doktor mahupun peguam.
Adakah Tun Mahathir seorang yang outstanding di mata dunia mendapat 10 A semasa melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan? Jawapannya sudah tentu tidak, dan begitu juga yang terjadi kepada ramai pemimpin, ahli akademik, ahli sukan dan penulis buku tersohor yang lahir di negara ini. Di mana silapnya kelompok genius-genius hingga tidak dapat menjadi sedikit luar biasa seperti menjadi penulis mapan dalam bidang masing-masing?.